"gila kau! nanti orang lain fikir benda bukan-bukan!" bisik aku tapi masih jelas. "masuk jer lah, kau bukannya tau malu pun." kata seulgi lagi.
"fine, pastikan kau dah ada baju tau." kata aku lalu pintu pun dibuka. "haih kau ni asal lama-" aku masuk lalu terjerit kerana melihat youngjo yang tidak berbaju dan memakai seluar jeans hitam. aku pun cepat-cepat menutup mata manakala dia dengan pantas menutup mulut aku. "jangan jerit, nanti orang lain fikir benda bukan-bukan!" bisik dia pula.
"youngjo tolonglah, aku dah cakap pakai baju, kenapa kau tak pakai? eyy kau ni memang pervert betul." kata aku sambil menutup mata. namun, aku dapat merasakan yang youngjo datang menghampiri aku.
malangnya, aku terhenti kerana ada dinding. aku membuka mata aku dan dia masih tidak berbaju. aku terdiam. mata aku ternampak badannya yang tegap dan bahunya yang luas. "kenapa? awak suka tengok badan saya?"
aku menelan air liur aku. lalu, dia pun menanggalkan cermin matanya. aku terkedu.
holy cow, youngjo baru dah muncul. dia dah boleh menang anugerah Daddy Of The Year.
halah kau ni hyunjoo, asal kau dah jadi lembik? tiba-tiba, dia mendekatkan mukanya dengan muka aku. sampaikan aku boleh rasa nafas dia meniup muka aku.
"y....youngjo......kita t....tak patut......" lalu dia pun menjarakkan mukanya daripada aku dan mengambil baju t-shirt putih itu lalu memakainya. aku tak tau macam mana seulgi ajar dia tapi terima kasih seulgi, sebab kau lah, aku berfangirling dalam hati.
"ok tak?" tanya dia lalu memandang ke arah cermin lalu menggayakan diri sendiri. "okay, so aku keluar diri cau." kata aku lalu cepat-cepat keluar.
aku pun menutup pintu lalu bersandar mengambil nafas lega. "eh, yang kau lama-lama dengan dia asal? dan asal muka kau merah semacam?" tanya seulgi. "nanti aku bagitahu."
pada masa yang sama, pintu dibuka dan terlihat youngjo membawa baju dan seluar jeans yang dicuba olehnya. "jom, bayar baju ni." kata nya.
aku menganggukkan kepala dan pergi ke kaunter bersama mereka berdua.
YOU ARE READING
[C] We're Just Friends | Youngjo
Fanfiction[ completed! malay short fanfiction ] ❝ kita hanya sekadar kawan saja. ❞ ❝ tak, kita lebih daripada sekadar kawan. ❞ kisah seorang jejaka yang berkawan dengan seorang gadis kasar yang mempunyai rahsia terbesar. ❥ plagiarism are definitely illegal ❥...