aku pun cepat-cepat mengambil kunci kereta kak younghee lalu memandu dengan cepat. "perempuan tu, berani dia tak bagitau aku yang dia juga kacukan, dah lah tak bagitau aku yang dia nak tinggalkan korea dan pindah ke australia. argh! siaplah dia!" kata aku dengan geram.
malangnya, aku terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. "sial betul!" jerit aku sambil memukul stereng. air mata aku pun bergenang lalu mengalir. "ini semua salah aku, sebab aku tak menghargai dia, tak jaga dia, dan tak mencintai dia." kata aku.
"kim youngjo, kau mesti berjumpa dengan dia." kata aku seorang diri lalu mengelap air mata.
➷➷➷➷➷
jam menunjukkan pukul 6:30 petang, 3 jam lebih aku terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. aku dah cuba beberapa kali untuk call dia, namun tiada sambutan. aku terus pergi ke arah balai pelepasan.
"seo hyunjoo! awak kat mana?!" jerit aku sambil mencarinya sehingga lah aku ternampak seulgi dan taeyong.
"yah kang seulgi!" jerit aku lalu berjalan ke arahnya.
[ seulgi's pov ]
"yah kang seulgi!" aku dengan taeyong terkejut lalu ternampak youngjo. "alamak seulgi, dia dah tau dah." bisik taeyong kepada aku. "baik kita lari." bisik aku.
"jangan nak lari." kata youngjo memegang bahu taeyong. dia pun mengeluh. "kenapa korang tak bagitau aku pasal dia nak balik ke australia?" aku bertambah terkejut.
"macam mana awak tau?" tanya aku. "kak younghee bagitau. tapi, itu bukan persoalannya, kenapa dia sanggup tinggalkan aku?"
➷➷➷➷➷
"baiklah, hyunjoo ni sebenarnya dia dah lama sukakan awak sejak pertama kali awak datang sebagai pelajar baru di kelas dia. dan sejak korang berdua mula berkawan dan rapat, dia selalu bercakap pasal awak kepada aku sampai telinga aku nak berdarah." kata aku lalu tersenyum. begitu juga dengan youngjo dan taeyong.
"tiada sesiapa tau latar belakang dia sebab dia tak nak alami perkara yang sama seperti takda kawan hanya kerana dia ni berkacukan. juga, setelah awak bagitau kat dia yang awak sukakan dahee, dia pasrah dan cuba untuk membuang perasaan dia terhadap awak. sebab itulah dia bersungguh-sungguh nak awak dapatkan dahee, she wants you to be happy." kata aku lagi.
"sebenarnya......dahee tipu aku......" kata youngjo lalu menundukkan kepala. aku dan taeyong pun mengeluh. "aku menyesal, aku dah tak dapat membetulkan keadaan. seorang tipu aku, seorang pula tinggalkan aku." kata dia lagi.
"youngjo, awak masih belum terlambat." kata taeyong lalu menyerahkan nota kecil kepada youngjo.
"apa ni?" tanya dia kehairanan lalu melihat isi kandungan tersebut. "ini alamat rumah hyunjoo di australia."
YOU ARE READING
[C] We're Just Friends | Youngjo
Fanfiction[ completed! malay short fanfiction ] ❝ kita hanya sekadar kawan saja. ❞ ❝ tak, kita lebih daripada sekadar kawan. ❞ kisah seorang jejaka yang berkawan dengan seorang gadis kasar yang mempunyai rahsia terbesar. ❥ plagiarism are definitely illegal ❥...