[ hyunjoo's pov ]
semasa aku dan youngjo ingin balik dari sekolah, tiba-tiba kami dikepung oleh sekumpulan pelajar lelaki yang merupakan samseng di Sekolah Menengah Atas Daewon ini.
"hoi nerd, aku ada kerja sekolah sejarah ni, kau tolong aku buat eh." kata lelaki yang berdiri di hadapan konco-konconya lalu membaling buku ke arah youngjo.
"weh, kau apa hal?! kau ada tangan, kau buatlah sendiri bodoh!" kata aku lalu marah dan mencarut. "eh tomboy, kau girlfriend dia eh? HAHAHAHAHA." katanya lalu ketawa, diikuti dengan 'anak buah' nya.
"youngjo, kau tak suka tengok benda ganas kan? baik kau pusing ke belakang." kata aku lalu melipatkan lengan baju sekolah aku. youngjo pun akur dengan kata-kata aku lalu memusingkan badannya.
"nak bergaduh eh? haa marilah-" mukanya terus ditumbuk kuat oleh aku. dia pun terus terjatuh tersungkur. "park seojun." kata aku lalu menarik kolar bajunya, membuatkan dia berdiri. mukanya terus ketakutan, begitu juga dengan gengnya.
"aku bukan jenis yang cari gaduh. tapi, kalau kau cuba nak buli kim youngjo, aku akan pastikan yang kau akan bermalam di hospital selama 6 bulan akibat koma. aku tak nak menonjolkan diri tapi, aku ni mahir dalam seni mempertahankan diri. kau jangan suruh aku guna kemahiran aku untuk keganasan. aku tak suka. jangan berani nak ganggu dia, faham?!" jerit aku.
"f...faham." kata seojun lalu melarikan diri bersama gengnya. "kim youngjo, kau dah boleh pusing balik." kata aku. "uish, hyunjoo kau memang hebatlah." kata youngjo lalu bertepuk tangan.
"alaa mana ada." kata aku lalu malu. "dah jom balik.
YOU ARE READING
[C] We're Just Friends | Youngjo
Fanfic[ completed! malay short fanfiction ] ❝ kita hanya sekadar kawan saja. ❞ ❝ tak, kita lebih daripada sekadar kawan. ❞ kisah seorang jejaka yang berkawan dengan seorang gadis kasar yang mempunyai rahsia terbesar. ❥ plagiarism are definitely illegal ❥...