T,F ( 1 )

367 15 0
                                    

seokjin pov,

pukul7.00 pagi

"kriiiinnnggggg'',jam loceng ditutup.aku melihat jam menunjukkan pukul 7.03 pagi. ''arh,sekolahhhh''rungutku. aku terus bangun masuk ke dalam bilik mandi untuk bersiap ke sekolah.selesai sahaja aku mandi ,aku mengenakan pakaian yang berwarna light .aku mengikut jadual untuk dibawa ke sekolah.sebelum keluar bilik aku lihat diri aku di pantulan cermin,''hurm ,hensem betul kau ni seokjin,ahahaahaha. bak kata salah seorang member bts tu, ' I'M WORLDWIDE HANDSOME YOU KNOW', Ahahahaha.'' gelak aku tak sedar jam sudah berinjak ke 7.48. 

''WOI SEOKJIN,KAU TAK RETI NAK BANGUN KE HA?! NAK AKU NAIK BILIK KAU KEJUT KAU MACAM RAJA KE?! '' jerit makcik aku dari tingkat bawah . ''haihh'', aku mengeluh.aku terus menggalas beg dan memegang beberapa buah buku . aku membuka pintu bilik dan keluar.  perwatakan aku bila keluar sahaja dari bilik automatik berubah . kalau dalam bilik aku akan jadi periang ,bila keluar je dari bilik aku akan menjadi pendiam. aku melangkah turun ke bawah .aku melihat farish dan adik perempuan kembarnya farisha menjamah sarapan yang disediakan mak cik aku. mereka sepupu aku . tapi perangai tak serupa macam sepupu .dan ye,kami sebaya . cuma tak sama kelas .itupun aku bersyukur gila !

mak cik aku berlalu ke luar rumah .aku nampak dia membawa sedulang air kopi dan sepinggan nasi goreng . mungkin nak bersarapan dengan pakcik aku di luar rumah .''eh seokjin,kenapa lambat bangun huh?''-farisha .  ''lambat bangun lah tu,yelah semalam balik lewat buat apa dekat belakang sekolah semalam ramai -ramai dengan lelaki ,hahahahahaha''-farish . ''iyelah bang, tak malu betul muka. dengan perempuan pon sama. ramai pulak tu . eii,geli betul ''-farisha . eh ,apahal diorang ni . pagi-pagi nak cari pasal dengan aku . aku diamkan diri dengar diorang sindir -sindir aku .

aku ambil tempat duduk di meja makan . aku dudk jauh sedikit dari kembar tu. aku ambil secawan air masak je untuk basahkan tekak. bukan aku taknak makan, nanti ada je mulut puaka yang tak habis habis nak sakitkan hati orang. aku tak pernah terasa pon,diorang je pikir aku ni sentap habis. padahal aku diam sebab malas nak cakap perkara yang buang masa aku .

''woi, kau memang tak reti nak bercakap ke''-farish . ''aku pergi dulu'',aku terus bangun dari tempat makan. ''kurang ajar betul''-farisha. aku sempat dengar apa yang farisha cakap . di hadapan pintu,pakcik aku sedang menghirup kopi panas sambil berbual dengan mak cik aku. aku hanya membongkokkan diri bila melintas depan mereka .mereka hanya memandang aku tanpa mengucapkan apa apa. aku membuka pagar dan terus keluar dari pagar rumah menuju ke perhentian bas .

TOGETHER,FOREVER [TAEJIN MALAY FANFIC]Where stories live. Discover now