Terasa sakit kepala menyerang apabila aku membuka mata. Terang benderang ruangan yang aku baring sekarang. Aku berkelip beberapa kali untuk menghilangkan rasa kabur dimata.
" Hyung! Budak mochi dah bangun! " Jerit seseorang.
Aku pun terkejut lalu terus bangun. Niat ingin melarikan diri. Takut lah buka mata tiba-tiba dekat dalam bilik and ada namja.
" Auch! " aku jatuh semula ke atas katil. Kaki aku berbalut rupanya. Aku patah kaki ke apa ni?
" Kau belom sembuh lagi. Baik kau duduk diam je dekat situ " seorang lelaki mengalihkan pandang semula ke komputernya selepas menjeling ke arah aku.
" Sa-saya dekat mana ni? " tanya aku gagap. Tak pernah nampak tempat luas macam ni. Ni baru bilik. Dah macam ruang tamu rumah aku dah.
" Kau dekat gudang kitorang " jawab lelaki seorang lelaki yang bertubuh tinggi tapi muka alah alah macam baby. uwu
" Saya nak balik! " aku bangun laju dan lupa tentang kaki aku.
" Aaa! " jerit aku ingin terjatuh. Tetapi di selamatkan oleh seorang lagi lelaki yang baru sahaja ingin masuk ke dalam bilik tersebut.
" Aku dah cakap kau belum sembuh lagi. Kau duduk situ diam-diam atau -- " ayat lelaki itu tergantung. Dia membuka langkah ke arah aku dan mengeluarkan pisau lipat di dalam poketnya.
" atau benda ni akan hinggap dekat jantung kau " lelaki yang bermuka badboy itu mengukir senyuman sinis.
Aku takut. Tersangat takut sekarang.
" Hyung! Jangan lah takutkan dia! " marah seorang lelaki yang tinggi tadi.
" Siapa suruh dia degil " jawab lelaki tadi.
" Xiaojun. Kau tolong bawa budak ni pergi bilik dia. Aku dah suruh Kun siapkan bilik dia tadi " arah lelaki badboy tadi.
Namja yang bermuka goodlooking dan panggil menggoda aku bahagian mata dan kening dia. Yeoja yang tengok dia, mesti dah cair tahap gaban dah.
" Senang je kerja kau arah-arah orang sana sini " balas Xiaojun sambil menjeling.
" Kau nak aku bunuh kau ke? " kata-kata lelaki badboy tadi membuatkan aku menggigil tulang rusuk.
" Takpa lah hyung. Biar Jisung yang bawa budak ni. Xiaojun jom sekali " Jisung cuba meleraikan pergaduhan sinis tadi.
Wah. Besar gila gudang ni. Cantik pula tu. Macam istana siot.
Aku terpukau dengan gudang tersebut. Tidak perasan yang aku tersengih-sengih melihat kawasan gudang tersebut.
" Jangan nak suka sangat. Kau menumpang dekat sini " sampuk Xiaojun yang berada di sebelah aku. Eh lah dia ni. Tak boleh tengok aku senang lah dia ni.
" Jangan layan sangat Xiaojun ni. Dia memang macam tu " bisik Jisung ke telinga aku. Kesian dia terpaksa bongkokkan badan sebab terlalu tinggi. Nak di bandingkan dengan tinggi aku ni. Macam lidi dengan pencil.
Xiaojun hanya menayangkan muka coolnya sambil berjalan menuju ke tingkat 3.
Uish. Gudang pun ada lift. Kaya betul diorang ni.
YOU ARE READING
❝ C U B E ❞ - N C T
Fantasyᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀᴜsᴋᴀɴ? ɪ'ᴍ ᴅᴀʀᴇ ʏᴏᴜ sᴛᴀʀᴛ : 16 / 10 / 2020 ᴇɴᴅ : 27 / 02 / 2021 - ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ - #rank3nct[180821]