" Winwin. Apa bising-bising dekat bawah tu? " tanya aku sambil menjeling ke tingkat bawah sekali.
" Tu lah member NCT. Memang kecoh diorang tu. Tu baru 14 orang " terbeliak mata aku mendengar ayat Winwin.
Baru 14 orang? Habis tu ada berapa yang sebenarnya? Uish! Dah lah semua namja. Takut weh!
Aku dan Winwin pun sampai di ruang makan yang besar namatiy tu.
" Siapa perempuan ni? " tanya seorang namja yang nampak sado itu. Auch! Mata sepet lak tu. Sado lak tu.
Aku pun melihat semua namja itu. Uish! Boleh pilih calon laki aku macam ni. Eh apa aku merepek ni!
" HA DIA NI AAA -- " Jisung pun menggaru kepalanya.
Oh. Aku lupa nak bagitahu nama aku lagi. Dah separuh hari aku dekat sini. Nama aku pun diorang tak tahu.
" Choi Naerin imnida " kata aku sambil membuat peace janggal.
Ape aku buat ni wey! Kau buat model kaku dekat depan 14 namja wey! Eee terasa bodo seketika.
Aku memandang mereka dengan malu dan mereka hanya member pandangan ' aku harap dia ni okay '
" Dah duduk " Taeyong mengarahkan kami semua duduk di meja makan.
Aku hanya memandang daging tersebut. Takut tau tak. Dah lah tak tahu tempat ni. Diorang pun tak pernah nampak dan kenal. Ni kan nak makan makanan yang diorang masak. Entah ada apa dalam ni.
" Makan je lah. Takda racun dalam tu " Jaehyun menjeling ke sebelahnya di mana Naerin duduk.
" N-nae " jawab aku dengan nada terkejut. Aku pun memotong dan makan.
Sedap nya!!! Siapa masak ni!
" Sedap kan? Ni Taeyong dengan Jaehyun yang masak " kata seorang anak cina.
Aku memandangnya dengan pandangan ' anak cina mana ni '
" Dia Chenle " kata Jeno lalu bangun dari duduknya untuk pergi ke dapur mengambil air.
" Boleh saya tanya? " tanya aku mendiamkan suasana yang riuh rendah tadi.
" Sa- saya dekat mana? " tanya aku dengan muka ingin tahu.
Ya! Aku nak tahu sangat aku dekat mana sekarang. Aku nak balik rumah! Walaupun sekejap, aku dah terasa rindu dengan parents aku.
" Patutnya aku yang kena tanya kau. Kau dari mana dan macam mana boleh ada dekat sini ? " tanya Taeyong dengan pandangan badboy nya.
" Saya tak tahu " jawab aku sekilas.
Aku menundukkan pandangan aku. Baru aku perasan. Aku tak nampak pun kening lebat Xiaojun dekat sini. Winwin pun takda.
Mana diorang pergi? Dah lah aku rapat dengan Winwin je dekat sini.
Aku pun bangun kerana selera makan aku hilang dengan cepat. Aku tak selesa dengan situasi yang aku alami sekarang. Hanya satu pertanyaan yang aku sangat inginkan jawapan.
Macam mana aku nak keluar dari tempat ni.
× × × × × × × × × × × × ×
Aku berjalan di sekeliling dalam gudang tersebut. Lalu aku ternampak satu kawasan khas untuk gambar dan terlihat sangat banyak gambar di kawasan tersebut. Tempat tersebut menarik perhatian aku.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
and
21
Ramainya. Tapi masa makan tadi baru ada 14. Mana yang lain?
Aku pun meletakkan semula frame besar tersebut di tempatnya.
" Rasa sunyi pula gudang ni " mata aku merayau ke setiap sudut gudang tersebut.
Mana diorang pergi?
Aku pun menuju ke pintu utama untuk mengambil angin malam di luar. Sekarang sudah menunjukkan pukul 8 malam.
" Wah segarnya! " aku menghirup sepenuhnya udara di luar.
Kalau dekat tempat aku ni. Hirup asap je lah. Takda segar-segar ni.
Aku mengambil tempat di beranda lalu baring beralaskan rumput sebenar.
" Cantiknya bintang! " aku sangat kagum kerana di tempat aku, bintang makin hilang. Tapi dekat sini, langit di hiasi penuh dengan bintang.
Cantik. Itu je yang ada dalam hati aku. Rupanya tempat ni takda lah seseram yang aku sangka. Cuma ramai lagi namja dekat dalam gudang tu aku masih tak kenal
Lamunan aku terhenti apabila terdengar bunyi sesuatu di semak samun tepi gudang tersebut.
Aku bangun lalu membuka langkah menuju ke arah semak samun tersebut tetapi --
" Kau buat apa dekat sini " tegur seseorang.
" WARGH!!!! " jerit aku kuat. Bunyi di semak samun tadi pun menghilang.
" Aku tanya kau buat apa dekat sini! " marah Taeyong memandang tepat pada mata aku. Aku menjadi batu di hadapannya.
" Masuk " arahnya sekali.
Aku merasakan badan aku automatik bergerak sendiri menuju ke dalam rumah.
Kenapa ni!
Apa jadi dekat aku!
Siapa diorang semua ni!
to be continued
- vote
- comment
YOU ARE READING
❝ C U B E ❞ - N C T
Fantasyᴍᴀᴍᴘᴜᴋᴀʜ ᴀɴᴅᴀ ᴛᴇʀᴜsᴋᴀɴ? ɪ'ᴍ ᴅᴀʀᴇ ʏᴏᴜ sᴛᴀʀᴛ : 16 / 10 / 2020 ᴇɴᴅ : 27 / 02 / 2021 - ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ - #rank3nct[180821]