BAB 1

2.3K 34 9
                                    

BAB 1
Bunyi lagu Selamat Hari Raya  nyanyian daripada Dato Siti Nur Haliza kedengaran merdu pada panca mendengar sesiapa pun, memenuhi seluruh lorong dua, Taman Setia.

Hari ini sudah masuk bulan Syawal, sudah hari yang keempat belas. Menjadi acara wajib setiap tahun, acara tahunan bagi penghuni di lorong dua ini untuk mengadakan jamuan kecil-kecilan.

Acara makan yang akan kenyangkan perut, boroikan perut yang sememangnya sudah buncit dan kembangkan perut yang penuh dengan lemak  tepu sekaligus mengeratkan hubungan  silaturrahim antara satu sama lain.

Bakat memasak juga boleh ditunjukkan sambil-sambil tangan sibuk membelek catalog Avon tak pun Rorine atau mungkin juga Satinni.

Orang lelaki sibuk membakar lemang di hujung lorong, orang perempuannya sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang sedang mencedok kuah kacang untuk dimakan dengan nasi impit ke dalam bekas.

Ada juga yang sedang memotong nasi impit dan ketupat kepada saiz yang senang untuk dimakan. Tak kurang juga dengan makcik  yang sibuk mengacau rendang di dalam periuk besar. Pokoknya masing-masing ada kerja sendiri. Tak ada yang duduk sahaja sambil sumbat mulut dengan makanan itu dan makanan ini.

Amanda mengeluh perlahan sambil memandang ke arah salah seorang abangnya yang sedang menghala pistol mainan atau turut dikenali sebagai cap gun yang dibadan pistol itu tertulis perkataan Yinpai ke udara.  Ke  arah langit malam yang membentangkan bintang-bintang dan bulan yang kawahnya boleh dilihat walaupun dari Bumi. 

Pistol mainan yang bila ditekan ke  trigger akan menghasilkan  satu kepulan asap putih yang  keluar melalui muzzle.  Bau belerang juga akan dapat memasuki ke rongga menghidu. Bunyi yang terhasil juga boleh tahan kuat.  Turut dikenali sebagai pistol berpeluru belerang.  Harganya pada ketika ini tidaklah terlalu mahal.  Lebih kurang RM 2.00 sahaja.  Harga pelurunya juga murah.

Pistol mainan yang gunakan peluru belerang atau nama lain bagi pelurunya adalah cap refill shot ring. Cap refill shot ring akan diletakkan di salah satu bahagian pistol yang dinamakan sebagai cylinder. Permainan yang mampu untuk dimiliki oleh mana-mana budak pun, lelaki atau perempuan.

Masa solat terawih ketika di bulan Ramadhan  hari itu, makcik-makcik di surau yang solat terawih secara berjemaah naik angin sebab terkejut dengan bunyi yang pistol mainan itu hasilkan. Kalau ada makcik yang senang sangat melatah, memang batallah solat berjemaahnya.  Berbakul-bakullah sumpah seranah yang diucapkan. Bunyi pistol pun dah berbakul makian, kalau bunyi meriam atau mercun entah apa pula yang makcik tersebut akan katakan.

‘Bosannya jadi budak perempuan sorang-sorang. Kan seronok kalau jadi lelaki.’ Getus hati Amanda sambil memandang kearah anak patung kertas yang Diklong belikan.

Harga anak patung kertas ini berapa puluh sen sangatlah kalau nak bandingkan dengan harga pistol mainan dan pelurunya itu.  Diklong tak berlaku adil.

“Kenapa Amanda duduk sini sorang-sorang?. Kenapa tak pergi main dengan abang-abang?. Kenapa tak pergi duduk depan sana?.” Puan Salbiah menyoal salah seorang anak kepada jirannya. Duduk di hadapan pintu rumah dengan mainan anak patung kertasnya. Kesian pula Puan Salbiah bila melihat anak gadis itu seorang diri. Muka pun monyok sahaja.

“Diklong tak kasi Manda main dengan diaorang. Diklong cakap pistol-pistol tu mainan budak lelaki. Budak perempuan kena main ni. Lepas tu Diklong cakap depan sana tak ada sesiapa nak tengokkan Manda. Tapi Manda bosanlah main sorang. Tak ada kawan.” Bibir yang mungil itu membuat aduan tanpa memandang ke arah Puan Salbiah. Mata terlalu asyik memandang ke arah budak lelaki yang sorak bukan main punya kuat lagi bila pistol menghasilkan bunyi yang kuat.

HAI ABANG SAYANGWhere stories live. Discover now