“Kenapa abang tak nak ambil warna Burgundy Red ni? Cantiklah abang. Mesti cantik kalau abang pakai stetoskop warna macam ni.” Amanda menyuarakan pendapatnya kepada Aidan ketika mereka berada di salah sebuah farmasi yang berada di ibu kota.
Tadi dah ke Kamal Bookstore, dah alang-alang nak beli buku, Aidan nak beli jugalah sekali dengan stetoskop tapi pilihan warnanya tak banyak, yang ada pun tak berapa nak tarik perhatian sangat. Biasa-biasa sahaja. Kalau nak warna macam stetoskop di hadapan mereka ini kena tempah dulu. Jadinya, beli buku sahajalah tak jadi nak beli sekali dengan stestoskop.
“Cantik ke?.” Aidan menyoal sambil memegang stetoskop yang berada di hadapannya. Sempat wajah Amanda dikerlingnya.
Amanda mengangguk dengan senyuman. Beria-ia mengangguk. Bersinar kornea matanya saat itu. Sangat berharap Aidan membeli stetoskop yang dipilihnya.
“Berapa harga stetoskop ni?,” soal Aidan kepada salah seorang pekerja di farmasi tersebut.
“Kejap ya. Saya check harga dulu dengan bos.”
Aidan mengangguk.
“Nanti Manda nak letak nama Manda di tali stetoskop ni. Boleh tak abang?.” Wajah lelaki di sebelahnya dipandang. Wajah bercahaya. Suaranya juga bernada teruja.
Berkerut dahi Aidan. “Kenapa nak buat macam tu pula?.”
“Supaya abang sentiasa ingat dekat Manda bila abang dah jauh nanti. Bukan dekat tau Malaysia dengan Ireland tu. Makan masa berjam-jam. Abang kasi tak Manda nak buat macam tu? Ke abang malu? Kalau abang malu, Manda tak jadilah nak buat macam tu.” Dalam hati berharap sangat Aidan benarkan dia buat begitu. Kalau boleh dia nak semua orang tau Aidan miliknya seorang walau tiada di antara mereka yang melafazkan kata cinta. Kalau boleh lagi, dia nak sangat cop di dahi Aidan itu dengan namanya.
Aidan ketawa kecil. Pucuk hidung Amanda dicuit sedikit. “Ikut suka Amandalah. Abang tak kisah. Okay juga Amanda buat macam tu sebab manalah tau satu hari nanti stetoskop ni hilang ke, senang sikit abang nak cari.” Setuju sahaja Aidan dengan permintaan Amanda.
“Yeayyy… Amanda sayang abang.” Suara terlebih ceria Amanda menerjah telinga Aidan.
Aidan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepada perlahan.
“Untuk Littmann Classic III ni harganya dalam RM 300.”Pekerja farmasi tersebut. memberitahu harga untuk stestoskop yang Aidan sedang pegang.
“Memang macam ni ke harga stetoskop ni, abang?.” Separuh berbisik nada suara Amanda menyoal sebaik mendengar pekerja farmasi memberitahu harga. Mahallnya! Boleh dapat sebentuk cincin belah rotan.
“Memang macam nilah harganya. Kalau jaga elok-elok, sampai pencen boleh pakai tau.” Amanda mengangkat kening sebelah kanan bila Aidan mengeluarkan beberapa not RM 50 daripada dalam dompet.
“Abang tak rasa membazir ke? Mana tau di Ireland lagi murah ke? Tak pun kenapa tak beli daripada senior? Senior mestii jual murah. Yang secondhand.”
“Di Ireland nanti lagi mahal. Sebab itu banyak pelajar Malaysia yang beli buku medik di Kamal Bookstore tu dan bawa ke Ireland. Tak pun beli dengan senior atau pinjam buku senior. Untuk stetoskop ni, abang memang nak ada satu, yang baru, yang kena dengan pilihan hati abang. Ada nilai sentimental tau sebab stetoskop ni Manda yang pilihkan.”
Kembang setaman hati Amanda bila mendengar kata-kata Aidan yang bagi orang lain hanya biasa-biasa sahaja.
“Kalau rasa ada nilai sentimental, abang kenalah jaga elok- elok. Jangan sampai hilang. Jangan kasi kawan-kawan pinjam juga.Okay?.”
YOU ARE READING
HAI ABANG SAYANG
RomanceMengandungi 15 bab sahaja Aidan seorang doktor Amanda seorang pelajar Uni Satu sudah bertunang Satu masih menagih cinta Bersama dengan satu yang sudah bertunang itu dengan cara baik atau cara tak baik? Perigi cari timba Pikat sampai dapat Buat sampa...