“Tunjuk dekat ibu mana Syahir itu?.” Ini kali kedua Puan Fadzilah datang ke sekolah. Kali pertama kerana nak mengenali siapa Amanina. Kali kedua ini pula kerana nak tahu siapa budak lelaki yang bernama Syahir ini.
Jari telunjuk Amanda terarah kepada seorang budak lelaki yang sedang berjalan ke arah kelas. Beg sekolah digalas oleh seorang lelaki dewasa. Tak pasti itu ayah atau atuk.
“Yang berjalan dengan pakcik tu ke?.”
Amanda mengangguk.
“ Panggil dia,” arah Puan Fadzilah.
Amanda berjalan ke arah Syahir. Wajahnya beriak serius.
“Syahir. Ibu aku nak jumpa kau.” Arahan yang ibu berikan dibuat tanpa banyak soal.
Budak lelaki tersebut tersenyum sebelum datang mendekat ke arah Amanda dan Puan Fadzilah.“Awak ke yang namanya Syahir?.” Puan Fadzilah berikan soalan sambil memandang budak lelaki tersebut daripada atas sehingga ke bawah sebelum anak mata budak tersebut ditatap.
“Ya, sayalah Syahir. Kenapa?.”
“Kau ada cium, peluk pinggang Amandakan?.” Malas Puan Fadzilah nak berbasa basi. Baik dia teruskan kepada soalan. Tak nak buang masa di sekolah. Ada banyak kerja yang sedang menunggunya di rumah.
“Saya….” Lidah Syahir membeku sekaligus matikan fungsi untuk berkata-kata dengan lancar.
“Kau ada bagi surat cintakan dekat Amanda?.” Soalan diberikan lagi.
Syahir menelan air liur. Nampaknya Amanda tak bergurau bila dia cakap nak bagitau hal itu kepada ibunya.
“Kenapa kau buat macam tu dekat Amanda? Kau tau tak benda yang kau buat tu salah?,” marah Puan Fadzilah. Darahnya naik sehingga kepala. Hatinya terasa panas.
“Saya bergurau je, makcik.”
“Bergurau kau kata?.” Dan seuisai berkata-kata satu tamparan terhinggap di pipi Syahir.
“Apa masalah kau ni? Gila ke?.” Tiba-tiba ada suara mencelah. Sedari tadi menjadi pemerhati.
Kornea mata Puan Fadzilah terarah kepada lelaki yang menghantar Syahir.
“Pakcik tak dengar ke apa yang saya bising-bising daripada tadi? Anak pakcik ni dah cium pipi anak saya.”
Lelaki separuh abad itu memandang Syahir.
“Apa yang kau dah buat? Kau tau tak salah cium anak dara orang? Aku hantar kau ke sekolah ni sebab nak kasi kau pandai. Dapat ilmu bukan cium anak dara orang.” Belakang badan Syahir dipukul berkali-kali oleh pakcik tersebut.
“Pukul kuat-kuat sikit pakcik. Kalau berbekas pukulan pakcik tu, pakcik yang masuk dalam lokap nanti sebab pukul anak.”
“Dia cucu akulah. Aku minta maaf. Aku tak tahu mana dia belajar benda-benda macam ni.” Perlahan ayat itu ditutur keluar. Wajahnya membahang. Malu. Rasanya mereka sudah menjadi tontonan ramai pagi ini.
“Benda ni bukan benda biasa-biasa yang kita oleh pandang ringan ya, pakcik. Ini hari dia peluk, cium anak saya. Masa ke depan nanti entah apa lagi dia boleh buat. Kali ni saya kasi warning dulu. Kalau cucu pakcik ni buat hal lagi, saya takkan teragak-agak nak bawa dia ke balai polis. Biar suami saya tahan cucu pakcik ni dalam lokap. Jangan kacau Amanda dah lepas ni. Manda, ibu balik dulu. Kalau dia kacau Manda lagi, bagitau dekat ibu.”
Amanda mengangguk.
“Kenapa ni Puan?.” Soalan daripada guru kelas Amanda. Guru yang sama menegur Puan Fadzilah berkenaan kes Amanda dibuli oleh Amanina hari itu.
“Budak Syahir ni. Baru darjah satu dah pandai peluk, cium anak saya.”
Terkelu lidah guru kelas tersebut.
“Syahir?.”
“Saya gurau je cikgu.”Pantas Puan Fadzilah buntangkan matanya kepada Syahir.
“Tak apalah, Puan, pakcik. Baliklah dulu. Nanti saya sendiri akan settlekan ke ni.”
“Malu aku dengan kau ni, Syahir. Tahun depan tak payah sekolah di sini dah. Tukar pergi sekolah lain.”
“Baguslah macam tu, pakcik. Jangan dah tukar sekolah tapi perangai tak berubah juga. Otak budak-budak ni macam span. Dia tengok je apa-apa perbuatan kita.Mendidik perlu bermula daripada rumah. Assalamuailaikum.” Puan Fadzilah mengatur langkah kaki meninggalkan kawasan kelas tahun satu. Mesti kawan-kawan Amanda akan anggapnya seorang yang garang. Elok juga macam itu, barulah tiada budak akan cari pasal dengan Amanda.
YOU ARE READING
HAI ABANG SAYANG
RomanceMengandungi 15 bab sahaja Aidan seorang doktor Amanda seorang pelajar Uni Satu sudah bertunang Satu masih menagih cinta Bersama dengan satu yang sudah bertunang itu dengan cara baik atau cara tak baik? Perigi cari timba Pikat sampai dapat Buat sampa...