BAB 3

714 33 2
                                    

“Adik tak nak pergi sekolah hari ni,” ucap Amanda di sebalik kain selimut. Hanya kepala yang menjengah keluar daripada sebalik kain selimut tersebut.

“Janganlah nak buat perangai macam ni. Cepat siap, kejab lagi bas dah nak sampai.,” pujuk Puan Fadzilah sambil menarik kain selimut yang menutupi tubuh anak perempuannya itu.

“Adik tak nak pergi sekolah hari ni.” Amanda mengulang kata dengan nada yang sedikit tegas.

“Kenapa adik tak nak pergi sekolah hari ni? Kerja sekolah yang cikgu bagi tu adik tak sempat siapkan ke?.” Encik Roslan bersuara dan melangkah masuk ke dalam kamar Amanda.

Amanda menggeleng perlahan.

“Dah tu, kenapa?.” Encik Roslan lontarkan soalan lagi dengan usapan di kepala Amanda.

“Hisyam tu peluk adik lagi ke? Kelmarin ibu dengar cerita dia naik van sekolah ke klinik kesihatan. Pipi dia kena jahit. Adik kejar dia dengan batang penyapu lagi ke sebab dia peluk adik? Cium adik?.” Puan Fadzilah sudah mencekak kedua-dua pinggang.

Amanda menggeleng lagi.

“Ilah ni, apa cakap macam tu? Kan Mah bagitau Hisyam jatuh masa main kejar-kejar. Bukan sebab Manda kejar Hisyam dengan batang penyapu.”

“Ilah cakap je. Manalah tau Hisyam tu cium, peluk adik lagi macam hari itu.”

“Abang tak suka Ilah ajar Manda kejar budak dengan batang penyapu. Tak sopan. Anak kita ni perempuan.” Datar ayat itu diucap.

“Dah tu, nak biar je bila ada budak lelaki peluk, cium Manda? Kecik-kecik dah pandai buat gangguan seksual dekat anak kita. Padan muka dia, kena kejar dengan batang penyapu.” Air muka Puan Fadzilah tak berapa setuju dengan kata suaminya.

“Lepas tu, Mah datang rumah serang Ilah, kan?.”

Puan Fadzilah tersenyum. “ Dia tanya kenapa adik kejar Hisyam dengan batang penyapu. Bila Ilah cakap sebab Hisyam peluk, cium adik… dia tak percaya tapi bila Hisyam mengaku dia ada peluk, cium adik… Mah pula yang kejar Hisyam dengan batang penyapu.”

Encik Roslan menggeleng kepala perlahan. Kebanyakkan yang tinggal di taman perumahan ini berkerja sebagai anggota polis. Budak-budak sebaya Amanda ramai sangat. Baby boom melanda anggota polis di daerah itu . Seorang demi seorang isteri mereka berjaya hamil.

“Dah, dah, jangan nak bagi alasan sangat. Abang-abang tak malas pun nak pergi sekolah. Manda nak ibu belikan lembu sepasang ke? Dah tak nak pergi sekolah, Manda pergi jaga lembulah. Tak pun nak suruh abah carikan calon suami untuk Manda? Manda nak kahwin ke?.”

Amanda menarik wajah. Terus bangun daripada pembaringan. Lengan Encik Roslan dipeluk erat. Kepala dilentokkan di lengan itu.

“Abah… tengok ibu ni. Adik tak main-main tau. Adik memang tak nak pergi sekolah.”

“Ibu pun tak main-main juga. Kalau selalu sangat adik tak nak pergi sekolah, ibu nak carikan sepasang lembu untuk adik jaga. “

Amanda mengeluh. “Adik takut. Kelmarin kawan adik minta tolong adik tuliskan nama dia dekat buku latihan . Kemudian adik tersilap. Adik tertulis nama adik dekat buku latihan tu. Dia cakap dia nak bagitau dekat abah dia nanti. Dia nak abah dia marah adik. Adik takut,” cerita Amanda.

Puan Fadzilah dan Encik Roslan saling berpandangan.

“Kenapa dia tak tulis sendiri?,” tanya Puan Fadzilah.

“Sebab dia cakap tulisan adik cantik.”

“Jadi kuli orang pula dekat sekolah? Nama apa budak tu? Biar ibu pergi jumpa dia. Amboi, biasa sangat perangai dia tu. Cakap dekat ibu, apa nama budak tu.”

“Amanina. Anak Pakcik Rosli,” beritahu Amanda dengan nada suara yang perlahan.

“Pakcik Rosli mana tu?.” Encik Roslan pula melontarkan soalan.

“Dia pun polis macam abah juga. Satu balai dengan abah juga.”

“Koperal Rosli? Sarjan Rosli? Bukan seorang dua nama Rosli dekat balai tu.”

“Yang kakak dia nama Liana tu, ke?.” Faizal Ajmal, abang kedua Amanda. Sebaya dengan Aidan tiba-tiba menyampuk.

Amanda memandang ke arah Dikngah yang sedang menyikat rambut sebelum mengangguk.

“Dikngah kenal ke Liana tu?.”

“Tak kenal sangat tapi tahulah Liana tu kakak kepada Amanina. Diaorang selalu datang sekolah naik basikal. Anak Koperal rosli.”

“Mana tahu dia anak Koperal Rosli?,” soal Encik Roslan lagi. Pagi-pagi lagi dirumahnya ada acara soalan dan jawapan.

“ Sebab masa balai buat jamuan hari raya itu hari, nampak Liana panggil dekat Koperal Rosli tu abah.” Suara Dikngah menjawab tenang.

“Mana tahu tu Koperal Rosli?.”

“Diklong bagitau.” Ajmal menjawab tak bernada.

Encik Roslan tersenyum. “Siap adik, adik kena pergi sekolah juga hari ni. Diklong dengan Dikngah jelah naik bas kejap lagi. Adik ni biar ibu hantarkan.”

Puan Fadzilah mengangguk. Iyakan kata-kata suaminya.

“Sungguh ke ibu?.”

Puan Fadzilah lebarkan senyuman. Dia nak tengok juga budak mana yang dah ambil duit Amanda selama ini. Puan Salbiah, emak kepada Aidan bercerita yang ada orang minta duit pada Amanda selama ini.

Kadang-kadang bekal yang Puan Fadzilah berikan kepada Amanda pun si budak ini ambil. Jadinya, seharian di sekolah, Amanda belajar dalam keadaan perut kosong. Sebab itu, pulang sahaja daripada sekolah, banyak betul yang Amanda makan.

“Yeayyy….” Riang hati Amanda. Sedikit sebanyak dia berasa selamat.Memanglah Aidan dah berjanji nak ceritakan semuanya kepada abah Amanina tapi Amanda tetap berasa gerun. Dia tetap berasa selamat saat ibu ada bersamanya. Ibu gangster tau!

“Dah, cepat siap. Ibu nak siapkan bekal untuk adik.”

“Okay, ibu.” Pantas Amanda turun daripada katil sebelum berlalu ke bilik air.

“Dikngah satu sekolah dengan adik tu, tengok-tengoklah adik sikit. Ada orang buli dia sampai dia takut nak pergi sekolah,” pesan Puan Fadzilah sambil hulurkan sebelah tangan kepada Dikngah. Bas sekolah sudah berhenti di hadapan rumah mereka ketika itu. Anak-anak Puan Salbiah pun ada yang sebaya dengan Diklong dan Dikngah. Memang diaorang selalu naik bas sekolah ini.

HAI ABANG SAYANGWhere stories live. Discover now