BAB 15

1.8K 46 13
                                    

Tekak terasa sangat kering ketika ini. Suhu bilik pun terasa agak sejuk. Tapak kaki sendiri terasa sejuk saat saling bersentuhan. Kain selimut yang sedang dipakainya ini tidak cukup tebal nak kurangkan rasa sejuk yang mencengkam sehingga ke tulang belakang.

Cahaya yang ada ketika ini hanya daripada bilik air yang pintunya dibiarkan terbuka sedikit. Dia memicit perlahan kepala yang masih lagi terasa berat sebelum samar-samar dia nampak di belakang tapak tangannya ada jarum. Insert branula di urat pembuluh darahnya. Ada satu beg yang berisi cairan berwarna putih tergantung di palang besi yang terletak bersebelahan katilnya. Cairan yang rasanya dia tahu. Sodium chloride kalau tak salah.

Otak mula cuba memutar wayang sebelum kejadian yang boleh sebabkan dia ada di hospital ini. Rasanya dia ada di klinik, Aidan yang clerk case dia tadi. Teruk sangat ke demam dia sampai kena masuk hospital ini? Ahli keluarga dia dah tahu ke belum?

Maklumlah, dia ambil Grab Car tadi untuk ke klinik Aidan bertugas (Locum doktor ).
Boleh sahaja dia nak ke klinik lain tapi dia lagi suka pergi klinik yang Aidan ada.

Lagipun sebelum dia pergi tadi, dia dah telefon Klinik Harmoni  tanya samada Aidan yang bertugas atau doktor lain. Walaupun lemah sangat-sangat tapi demi nak tengok wajah Aidan yang dirindui, dia gagahkan diri juga. Tapi tak sangka sampai dia boleh pengsan. Demam yang menyerangnya kali ini agak jahat, ya. Habis kacau bilau sistem di dalam badan.

"Dah bangun? Macamana rasa okay sikit tak badan tu?," soal satu suara yang amat dia kenali. Lelaki kesayangan hati, lelaki pujaan hati, lelaki idaman hati.

"Pening kepala lagi. Lapar, haus,"jawab Amanda lemah. Suara juga serak-serak tapi pasti kedengaran seksi di pendengaran Aidankan?

Aidan mendekati Amanda, suhu badan di ambil. 38.3. Sudah turun sedikit. Tapi tetap tinggi. Tetap perlukan pemantauan. Aidan berharap sangat supaya demam Amanda cepat sembuh, cepat surut supaya mudah Amanda nak mengulangkaji pelajarannya nanti.

"Tadi ibu dengan abah ada datang. Ibu dengan abah baru sahaja balik. Ibu ada bawakan bubur kalau abang tak silap tadi." Aidan berlalu ke almari besi yang berada tidak jauh daripada katil yang Amanda duduk.

Aidan membawa keluar satu termos kecil berwarna biru daripada dalam almari satu pintu. Dituangnya ke dalam satu mangkuk. Mangkuk yang Puan Fadzilah sediakan. Lengkap dengan pasangan sudu dan garpu plastik. Ada tiga tipuware kecil yang berisi ikan bilis goreng, bawang goreng dan juga telur masin separuh bahagian sahaja. Air botol mineral dibuka. Makanan dan minuman itu diletakkan di hadapan Amanda.

"Alah, abang suapkanlah, Amanda tak larat ni. Lagipun tangan sakit, kena cucuk." Amanda mula merengek bila Aidan hanya sediakan makanan, tiada tanda mahu suapkan makanan ke dalam mulutnya. Demam-demam begini, hormon bermanjanya meningkat, menjadi-jadi. Tambahan pula, hening di awal pagi ini, lain macam betul rasa di dalam diri. Rasa macam nak jadi kucing Parsi. Nyiauuu...!!!

"Suaplah, abang," rayu Amanda dengan suara yang sengaja dimanjakan siap pakej muncung di mulut dan tangan yang sengaja di angkat tinggi. Mahu Aidan lihat tangannya yang dicucuk. Mahu Aidan jatuh simpati padanya. Jatuh hati dengan kecomelannya juga.

Aidan tersenyum. "Yalah, abang suapkan tapi janji habiskan." Amanda mengangguk sambil tersenyum. Aidan duduk berhadapan dengan Amanda. Ada meja yang memisahkan mereka berdua.

"Abang duduklah dekat sini. Duduk jauh-jauh kenapa?."Tempat di sebelahnya di tepuk perlahan. Tak nak ada jarak yang pisahkan mereka. Hormon pukul awal pagi memang tak boleh dikawal, tambahan pula badan tidak sihat, jadinya akal tak dapat fikir panjang. Menurut sahaja apa nafsu mahu.

"Duduk dekat sinikan lagi senang nak suap." Aidan menolak baik-baik. Perlu jaga diri sendiri sebelum jaga orang yang sakit ini.

"Alaaaa.... Amanda nak abang duduk dekat sini. Mehlah abang duduk dekat sini." Amanda merayu lagi. Wajah dicebik manja, tangan Aidan yang berada di atas meja disentuh. Bibir pula diketap dengan mata sengaja dikecilkan. Habis manja dah ni aksi yang dia pamerkan. Tiada lagi aksi manja lain dalam kamus hidupnya. Mungkin perlu belajar dengan Kak Pea lagi nanti.

HAI ABANG SAYANGWhere stories live. Discover now