BAB 8

678 29 6
                                    

“Syahir, awak tak boleh buat macam ni. Berdosa. Lelaki tak boleh sesuka hati pegang perempuan, perempuan pun sama.”

“ Tapi kenapa emak dengan ayah saya boleh? Kenapa cerita-cerita dalam televisyen tu boleh?. Kenapa saya tak boleh?.”

“Sebab emak dengan ayah awak dah berkahwin. Cerita-cerita dalam televisyen tu lakonan semata. Perkerjaan yang mereka pilih.”

“Tapi diaorang tak kahwin lagikan? Jadi diaorang pun dah buat dosalah juga.”

Cikgu kelas tersebut mengangguk.

“Jadi awak jangan buat dosa macam diaorang dah buat. Okay?.”

Syahir mendiamkan diri.

“Awak faham tak apa yang saya cakap ni, Syahir?.”

Syahir mengangguk.

“Kalau faham, pergilah duduk dekat tempat awak semula. Tapi, ingat ya Syahir… awak tak boleh buat macam yang awak dah buat dekat Amanda tu pada mana-mana kawan perempuan yang lain tau.”

Anak lelaki itu hanya mengangguk.

Cikgu tersebut merasa perbuatan mesra ibu dan ayah perlu berpada-pada di hadapan anak kecil. Tak pun, perlu diterangkan agar anak faham perbuatan mesra itu untuk pasangan yang dah berkahwin sahaja.

Mengajar zaman sekarang ni penuh dengan cabaran. Dia sangat berharap, apa apa pun yang dia perlu hadap di masa akan dating nanti, dia terus kuat. Semoga niatnya nak mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna dipermudahkan oleh Allah. Aamiin.

***

Pagi itu sekali lagi Amanda buat perangai. Ada sahaja masalahnya di awal pagi. Macam-macam drama.

“Tak nak mandi!.”

“Jangan buat perangilah Amanda. Mana ada orang pergi sekolah tak mandi. Pagi-pagi dah buat darah ibu naik. Ada je alas an dia tak nak ke sekolah. Nak jadi apa ni?.”Suara Puan Fadzilah tinggi. Riaknya serius. Terlalu banyak peel si bongu ini.

“Sakit,” adu Amanda dengan air mata yang mula mengalir.

“Sakit kenapa pula? Drama queen betul.” Si ibu masih lagi marah-marah.

Amanda bangun daripada katil dan berjalan menuju ke belakang pintu. Kain selimut yang disorokkan di situ ditunjukkan kepada Puan Fadzilah.

Berkerut dahi Puan Fadzilah sebelum membuntang matanya.

“Astagfirullah al azim, adik.” Terus perempuan itu mengucap panjang dengan riak wajah terkejut. Tangan memegang kain selimut yang dikotori dengan kesan darah yang sudah kering.

“Kenapa kain selimut ni penuh dengan darah? Adik dah datang haid ke?.”

Pantas Amanda menggelengkan kepala. Tangan ditunjukkan ke arah ibunya.

“Ya Allah, adik. Kenapa yang teruk sangat pelipat tangan adik ni?.” Isteri kepada Encik Roslan itu menyoal sambil membelek tangan kiri Amanda yang berair, berwarna merah, berdarah.

“Gatal sangat semalam sebab tu adik garu. Tapi, tak sangkalah sampai nak luka macam ni. Adik tak tahan. Makin dia keluar air bisa, makin gatal. Sakit, ibu. Nak luruskan tangan pun tak boleh sebenarnya. Adik rasa kulit dekat situ tegang sangat. Macam nak terkoyak. Lepas tu adik rasa panas sangat. Kalau kena air mesti sakit.” Beria Amanda bercerita.

“Buat perangai apa lagi tu?.” Encik Roslan menyoal si anak dan isterinya di daun pintu bilik yang terbuka luas.

“Ekzema adik flare up.” Balas Puan Fadzilah dengan ringkas.

HAI ABANG SAYANGWhere stories live. Discover now