"Kenapa muka monyok je ni?,” soal Aidan sebaik wajah Amanda terpampang di skrin laptop. Otaknya tepu jadi dia ambil keputusan untuk tatap wajah Amanda. Walaupun hari ini dah lebih dua kali dia menghubungi Amanda.
“Gambar passport Manda tak cukup satu. Manda syak kedai gambar tu kasi gambar passport Manda tak cukuplah. Abanglah ni, kalut sangat nak pergi Kamal Bookstore sampai tak sempat Manda nak check betul-betul gambar tu. Bazir duit. “
Aidan ketawa.
“Pergilah cuci lagi. Dia ada kasi CDkan.”
“Esok baru nak pergi cuci lagi. Abang nak tahu tak, Manda dah jarang pergi sekolah sekarang ni sebab dah habis examkan. Dalam lima hari tu adalah tiga, empat hari Manda pergi sekolah. Hari yang Manda tak pergi sekolah tu, Manda tolong emak abang dan Kak Pea pergi COD [cash on delivery] tempahan yang pelanggan dah buat. Seronok betul sebab dapat pergi banyak tempat. Barulah Manda tak asyik fikir dekat abang, “ cerita Amanda dengan senyuman.
“Kesiannya budak tu, tak ada orang nak bawa dia pergi sana, pergi sini. Ada kawan abang cerita, duit biasiswa yang kami dapat ni, kumpul sikit-sikit, nanti balik Malaysia bolehlah beli kereta bayar cash sebab nilai matawang Euro bila tukar ke Ringgit Malaysia akan dapat banyak ribu.” Aidan membuka mulut bercerita dengan sinar mata yang bercahaya.
“Bolehlah abang beli Honda Fd nanti. Bayar tunai! Manda boleh tumpang naik kereta abang.” Bingit suara teruja Amanda dengan senyuman lebar.
Aidan ketawa perlahan.
“Tak adalah banyak sangat sampai dapat beli kereta jenama tu dengan bayaran tunai. Kereta Malaysia sudah. Macam Viva ke…."
“Tapi elok juga kalau abang tak beli kereta jenama tu sebab banyak gadis-gadis suka menempel dengan lelaki yang ada kereta Honda. Bila abang pakai kereta biasa je, barulah tak ramai perempuan nak dekat dengan abang. Barulah peluang Manda nak bersama dengan abang tinggi.”
Lebar kemain lagi sengihan Amanda. Berseri-seri.
“Jangan nak fikir jauh sangatlah. Manda tu kena start risau pasal result PT3. Kalau tak dapat banyak A macamana nak duduk dalam kelas sains tulen? Macamana nak sambung medik macam abang?.’
“Alaaa… abang ni. Spoillah! Manda dah berusaha, sekarang tawakal jelah. Abang ni saja nak matikan mood happy Manda.”
“Abang cemburu! Manda seronok-seronok dekat sana, abang dekat sini macam nak pecah otak dah hadap macam-macam benda. Serabut tengok nota.”
Amanda ketawa.
“Hadap jelah jalan yang abang dah pilih ni.”
“Happykan hati abang, Manda. Nyanyilah lagu apa-apa pun.”
“Nanti hujan lebat pula dekat sana.”
“Memang tengah hujan pun. Hujan salji.”
“Nak lagu apa?.”
“Apa-apa je. Jap, abang nak ambik fon kepala.”
“Manda nak pergi ambil air kejap. Abang tunggu tau.”
Aidan mengangguk. Skrin di sana ada pemandangan bilik Amanda. Aidan tersenyum. Fon kepala yang berada di atas sebuah buku dicapai. Ada sekeping gambar passport Amanda di dalam bukunya. Buat lepaskan rindu. Empat keping yang dicuci oleh kedai gambar. Masa Amanda sibuk nak bayar, dia curi sekeping dan masukkan ke dalam poket seluar. Aidan sendiri tidak pasti kenapa dia bersikap begitu. Sayangkah?
YOU ARE READING
HAI ABANG SAYANG
RomanceMengandungi 15 bab sahaja Aidan seorang doktor Amanda seorang pelajar Uni Satu sudah bertunang Satu masih menagih cinta Bersama dengan satu yang sudah bertunang itu dengan cara baik atau cara tak baik? Perigi cari timba Pikat sampai dapat Buat sampa...