BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN…
"Eeeiii... tangan kau. Keringnya. Macam tangan orang tua," ucap Huda dengan cebikan di wajah.Amanda memandang kekura tangannya yang kering. Tidak membalas apa yang Huda katakan.
"Kau ni tak baiklah cakap macam tu dekat Manda. Body shaming kau tau tak. Ingat dia minta ke ada tangan macam ni? Semua ni Allah yang kasi tau. Kun Fa Ya Kun. Mak kau tak ajar eh pasal sensitivity?," marah Amanina dengan wajah yang tegas.
"Kau pun Manda... bila orang cakap-cakap pasal kau, kau diam je. Lawanlah balik. Sakit-sakit ni Allah yang kasi. Cakap jelah Kun Fa Ya Kun. Herghhh... tu pun susah ke."
"Apahal kau petik-petik pasal mak aku pula?."
"Dah tu, aku nak petik nama siapa lagi?."
"Dah memang kering sebab tulah aku cakap. Satu lagi, kenapa kau tak pakai tudung? Allah suruhkan? Dahlah leher tu hitam lepas tu tak pakai tudung pula, kau ingat kau cantik sangat?."
Mata Amanda mula berair. Satu kelas sedang memandangnya saat itu. Perasaan malu semakin menebal di dalam diri. Dia rasa macam nak lari saat itu.
"Habis kau fikir kau cantik sangatlah? Mulut tu ada bau longkang tau tak! Busuk! Kau tau ke kenapa leher dia hitam? Ada kau tanya dia?." Amanina semakin melenting. Dia memang suka bergaduh dengan orang. Puas!!! Tambah apa yang dia buat itu adalah betul! Pihak lawan akan dikalah seteruk-teruknya!
"Tak perlukan sebab untuk jadi hitam. Leher hitam sebab tak sapu bedak dekat situ. Dekat muka putih sebab sapu berkilo-kilo bedak."
"Dia ada ekzemalah! Leher dia jadi hitam sebab ekzema. Ekzema tu buatkan kulit dekat bahagian leher dia gatal. Bila digaru, tempat tu jadi hitam, berkedut. Bodoh tu simpan sikit."
"Kau yang bodoh. Ekzema ke alzheimer ke ada aku kisah? Baru umur 15 tahun tapi tangan dah macam nenek-nenek."
"Kau doa biar dia rasa ekzema tu macamana, Manda. Kau orang teraniaya. Itu hari ustazah cakap doa orang dianiaya ni cepat termakbul. Bagi dia rasa apa kita rasa selama ni, Manda."
Huda terus ketawa selepas itu.
"Patutlah back up sangat kawan dia rupanya sebab dia pun ada sakit yang sama. Mesti penyakit kulit ni berjangkitkan? Eeeeiiii.... jijik!."
"Kau jangan nak kurang ajar sangat eh. Jangan biadab! Kau fitnah aku!."
"Bila masa aku fitnah kau?."
"Penyakit ni mana berjangkit."
"Apa bising-bising ni? Dari jauh saya dengar suara awak," marah Cikgu Mukminah dengan rotan panjang di tangan.
"Huda ni. Dia cakap penyakit kulit macam saya dengan Manda ni berjangkit. Jijik! Body shaming! Dia fitnah saya!."
"Betul ke Huda?."
"Saya cakap je."
"Pernah dengar tak ayat ni? Kalau tak ada benda baik-baik nak cakap, lebih baik diam. Minta maaf, cepat."
"Apahal pula?." Tempik Huda. Tidak berpuas hati. Amanina tersenyum sinis. Padan muka! Rasakan!
"Huda!!!."
Huda mengeluh keras.
"Sorry!," ucapnya acuh tidak acuh.
"Dengan cara yang betul Huda."
"Ish...." Wajah Cikgu Mukminah dijeling tajam.
Dalam keterpaksaan, tangan kanan dihulurkan kepada Amanina kemudian kepada Amanda.
YOU ARE READING
HAI ABANG SAYANG
RomanceMengandungi 15 bab sahaja Aidan seorang doktor Amanda seorang pelajar Uni Satu sudah bertunang Satu masih menagih cinta Bersama dengan satu yang sudah bertunang itu dengan cara baik atau cara tak baik? Perigi cari timba Pikat sampai dapat Buat sampa...