BAB 4

657 33 4
                                    

Puan Fadzilah membiarkan Amanda berjalan dahulu menuju ke kelas. Dia ikut di belakang Amanda. Puan Fadzilah perasan dia menjadi tumpuan anak-anak di situ pagi ini.

Ketika Amanda menghampiri kelas, terkedu Puan Fadzilah jadinya bila melihat seorang budak perempuan menyeluk poket baju kurung Amanda. Cepat-cepat dia menuju ke arah Amanda dan budak perempuan tersebut.

“Kenapa ambik duit Manda? Kasi balik duit tu dekat Manda,” arah Puan Fadzilah dengan nada tegas. Tajam pandangan matanya. Kornea matanya melihat tanda nama yang dijahit pada tudung yang budak perempuan ini pakai. AMANINA. Jadinya, inilah pemilik yang memegang nama Amanina.

Amanina terkelu. Terkejut!

“Makcik cakap kasi semula duit yang awak dah ambil daripada Amanda. Ini namanya mencuri tahu tak. Tahu tak, makcik boleh seret awak pergi balai polis sebab awak mencuri duit anak makcik?.”

Amanina hanya terpaku. Wajahnya menceritakan segala-galanya. Dia takut, dia cuak.

Puan Fadzilah hulurkan tangan kanannya kepada Amanina. Meminta semula duit yang dia sudah ambil.

Perlahan-lahan Amanina berikan not berwarna biru itu kepada Puan Fadzilah.

“Kenapa ambil duit Manda? Awak datang sekolah ni tanpa duit ke? Abah, ibu awak tak kasi duit dekat awak?.”

“Kasi. Dua ringgit.”

“Dah tu, kenapa ambil duit Manda lagi? Awak tak boleh ambil benda yang bukan hak awak. Tahu tak perbuatan awak tadi tu biada biadab? Awak seluk poket baju kurung orang. Perbuatan awak salah!.”

Amanina hanya diam.

“Kenapa suruh Manda tulis nama awak dekat buku latihan awak? Awak tak ada tangan ke?.”

Puan Fadzilah menahan nada suaranya. Tidak mahu dia terus terjerit-jerit tapi dalam masa yang sama dia nak anak ini tahu perbuatannya salah.

“Sebab tulisan Manda cantik.”

“Awak tak boleh jadikan itu sebagai alasan. Awak patutnya tulis sendiri nama awak, itukan buku awak, bukan buku Amanda. Nak tulisan menjadi cantik, awak kena selalu menulis barulah tulisan awak akan jadi cantik.”

“Maaf, puan. Ada masalah apa, ya?.”  Tiba-tiba mereka disapa oleh seorang guru. Mungkin guru yang bertugas pada hari ini.

“Saya Puan Fadzilah. Ibu kepada Amanda. Pelajar Tahun Satu Harapan. Ini Amanina. Pelajar bernama Amanina ini dah ambil duit anak saya. Kadang-kadang bekal yang saya sediakan untuk Amanda ini pun diambil oleh Amanina ni. Selain itu, Amanina ni ada minta anak saya tulis nama Amanina di atas buku latihan Amanina sebab katanya tulisan anak saya ini cantik. Malang tak berbau, anak saya tersilap tulis nama dia atas buku latihan Amanina ni. Jadinya, Amanina ni cakap dia nak bagitau pada abah dia. Nak abah dia marahkan anak saya sebab dah tersilap tulis nama. Disebabkan perkara ini, anak saya tak nak datang ke sekolah. Cikgu, perkara ni mungkin kecil pada cikgu tapi ini adalah salah satu kategori membuli. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang menggembirakan bukan menakutkan.”

Guru muda tersebut tersenyum.  “Saya guru kelas mereka berdua. Saya akan siasat hal ni. Puan janganlah risau.”

“Mestilah saya risau, anak saya tak nak datang sekolah sebab kena ugut dengan kawan sekelas dia. Baru darjah satu dah pandai nak ugut-ugut anak orang, dah pandai membuli anak orang lain. Cikgu boleh siasat tapi saya nampak dengan mata saya sendiri, Amanina ni masukkan tangan dia ke dalam poket baju kurung anak saya. Ambil duit yang saya berikan untuk dibuat sebagai belanja.”

“Saya faham perasaan puan. Saya juga seorang ibu seperti puan. Anak saya pun ada di dalam kelas ini juga. “

“Jangan kasi anak saya duduk di sebelah Amanina ni dah.”

Guru kelas itu mengangguk sambil tersenyum.

Puan Fadzilah mengeluh. “Saya minta diri dululah, cikgu.”

Sekali lagi guru kelas tersebut mengangguk.

“Adik, bekal ni nanti rehat, adik makan. Duit yang ibu kasi tu, adik guna sebaiknya. Nanti tengah hari, ibu jemput adik balik.”

Amanda mengangguk. Wajah mula berubah suram. Sedih sebab terpaksa berpisah dengan ibu untuk beberapa jam.

“Awak, jangan ambil duit Amanda lagi dah! Kalau nak makan bekal yang makcik sediakan untuk Amanda tu, awak kena minta izin dekat Amanda dulu. Kita orang Melayu, ada adab. Jangan buat Amanda macam kuli awak dah. Sekali lagi makcik dapat tahu awak ambil duit Amanda, ambil bekal Amanda, makcik bawa awak pergi balai polis. Biar abah awak tahu perangai awak di sekolah. Kawan baik-baik dengan Amanda, dengan budak-budak lain pun. Jangan nak jadi kaki buli. Allah marah. Allah tak suka. Okay?.” Tangan kanan dihulurkan kepada Amanina. Nak anak ini menyalaminya.

“Saya minta diri dulu, cikgu. Assalamuailaikum.”

“InsyaAllah, budak-budak ini akan baik sahaja sepanjang sesi persekolahan.
Waalaikumussalam.”

Puan Fadzilah menggeleng perlahan. “Apalah nasib awak ni Manda. Itu hari kena peluk, kena cium dengan budak lelaki, sekarang kena buli dengan kawan sejantina pula.”

Sengaja Puan Fadzilah bercakap dengan nada yang agak kuat. Biar cikgu itu memandang serius perkara yang dah terjadi.

Puan Fadzilah melemparkan senyuman kepada pelajar yang memandangnya. Pagi-pagi lagi dah ada drama.

HAI ABANG SAYANGWhere stories live. Discover now