BAB 13

654 32 2
                                    

“Manda pergi mana? Banyak kali abang call tapi Manda tak jawab pun. Sampai hati.”

“Manda penatlah abang. Sejak-sejak dah masuk tingkatan empat ni, banyak pula kerja khusus yang Manda kena buat. Lepas tu dilantik pula sebagai setiausaha pengawas sekolah, lagilah banyak kerja yang kena buat.” Senyum serba salah dihulurkan kepada Aidan.

“Sampai hati.”

Wajah monyok yang Aidan tayang buatkan Amanda ketawa kecil.

“Janganlah nak merajuk. Tak kacaklah.”

“Abang rindu nak tengok muka Manda. Lagipun abang nak kongsi satu berita dekat Manda ni.”

“Berita apa?,”soal Amanda sambal memeluk patung beruang rapat ke dada sekaligus menutup bukaan leher baju yang agak luas itu. Malu kalau Aidan ternampak yang bukan-bukan. Kang, tak lena pula tidur malam lelaki di hadapan dia ini.

“Abang dapat dekan. Pointer abang 3.51.” Suara Aidan sudah cukup nak gambarkan rasa hatinya. Iyalah siapa sahaja yang tak seronok bila dah berusaha dengan sungguh-sungguh dan dapat keputusan yang cemerlang. Rasa berbaloi penat lelah.

“Tahniah abang. Berhasil juga usaha abang studi siang dan malam sampai tahap berdarah hidung. Tapi, masa dekat pre-med dulu boleh dapat 4.00 flat kenapa masa sekarang tak boleh nak dapat result macam tu juga?.”

“Susahlah sayang. Ingat senang macam zaman pre-med ke?.”

Amanda makin lebarkan senyuman. Merona kemerahan wajahnya bila panggilan sayang meniti di bibir Aidan. Sudah beberapa kali lelaki ini memanggilnya dengan panggilan begitu.

“Semoga next semester abang boleh dapat keputusan yang cemerlang lagi. Boleh dapat dekan lagi dengan pointer lebih daripada 3.5. Pulunlah studi lagi abang sampai dapat 4.00 flat.”

“Dapat 3.00 lebih pun abang dah bersyukur sangat dah. Lulus semua subjek pun abang dah seronok, lega tersangat dah. Abang tak target tinggi pun, cukup lulus kesemuanya pun tak apa dah.”

Amanda hanya tersenyum. Aidan gembira, dia juga tumpang gembira.

Abang rindu Manda.” Meleret suara Aidan dengan senyuman nakal.

“Manda pun.”  Suara Amanda perlahan. Tersipu-sipu jadinya dia. Aduh... melting!
Summer nanti abang balik tapi sebelum tu abang nak join summer camp dulu lepas tu baru abang balik Malaysia.”

“Bukan abang kata nak pergi jalan-jalan di UK dengan kawan? Tak jadi ke?.”

Aidan tersenyum.

“Abang rasa macam ada orang di Malaysia tu tengah seru abang. Suruh abang balik cepat-cepat.”

“Mana ada!.”

“Rindu abang tak?.”

Amanda mengangguk sahaja.
“Bila kita jumpa nanti Manda nak buat apa dekat abang?.”

Berkerut dahi Amanda.

“Buat apa?.”

Sengihan di bibir Aidan semakin melebar. Sengihan nakal.

“Peluk abang ke? Cium abang ke?.”

“Abanggg…!!! Eeeiii… gatal! Ada apa-apa lagi tak nak cakap ni? Manda sebenarnya mengantuk sangat.”

“Alaaa… temankanlah abang dulu. Takkan tengok muka abang yang kacak ni pun boleh buatkan Manda mengantuk lagi? Sampai hati. Orang rindu dekat dia, dia boleh layan orang macam ni pula.”

“Eeeiii… Menyampahnya dengar abang cakap macam ni.”

“Sayanggg…”

“Apa?.”

Aidan tidak perasan kelibat Alisa di belakangnya. Sebabkan berada di negara orang, tak ramai yang faham bicaranya, Aidan secara terbuka buat panggilan video.

‘Bersayang-sayang dengan perempuan sana. Bercinta dengan perempuan di sini. Tak elok betullah perangai Aidan ni. Kalau Ana Muslim tau mau frust menonggeng perempuan itu.’ Rungut Alisa di dalam hati  dengan wajah menyampah.

HAI ABANG SAYANGWhere stories live. Discover now