BAB 6

648 29 2
                                    

"Adik tak nak pergi sekolah hari ni!.” Sekali lagi Amanda buat drama di pagi hari.

Ketika di zaman tadika dulu, cuti sekolah pun dia nak pergi sekolah. Ada saatnya sampai menangis-nangis bila tahu sekolah ditutup. Itu maknanya, Amanda berasa seronok di sekolah. Masa umurnya lima tahun di tadika taman sebelah, macam pagi inilah Amanda buat perangai.

“Kenapa pula? Amanina tu buli adik lagi ke?.”

Amanda menggeleng perlahan. Mata dah mula bergenang.

“Dah tu kenapa? Kerja sekolah yang cikgu bagi tu Manda tak sempat siapkan?.”
Amanda menggeleng lagi. Air jernih itu dah mengalir di pipi.

“Kalau macam tu bangun., mandi, siap pergi sekolah. Jangan nak buat perangai waktu Subuh macam ni,” tutur Puan Fadzilah dengan nada menahan geram.

Amanda mula menangis. Memandang ke arah Puan Fadzilah dengan mata yang berkaca. Satu demi satu air mata makin lebat menitis di pipi pau itu.
Puan Fadzilah mengeluh.

“Lap air mata tu. Ibu takkan terpedaya dengan lakonan adik pagi ni.”

Amanda mula teresak.

“Amanda!.” Puan Fadzilah mula mahu nak naik angin. Nada suaranya naik seoktaf.

“Apa bising-bising ni?.” Suara Encik Roslan pula kedengaran.

“Adik ni. Buat perangai tak nak pergi sekolah pula hari ni,” adu Puan Fadzilah tentang peel anak dara mereka.

Encik Roslan memandang seketika ke arah Puan Fadzilah sebelum dia melangkah masuk ke kamar anak gadisnya.

Punggung dilabuhkan di sebelah Amanda. Bahu anak perempuannya dirangkul. Ditarik ke tubuh. Belakang tubuh Amanda diusap. Memujuk supaya Amanda bertenang.

“Mengada-ngada!,” marah Puan Fadzilah sambal memeluk tubuh. Wajah masam mencuka.

“Cuba cakap kenapa adik tak nak pergi sekolah hari ni?.”

Amanda menyapu air mata yang masih mengalir. Rangkulan dilepaskan. Wajah abah dan ibu bersilih ganti dipandang.

“Syahir cium adik. Dia peluk adik.” Amanda membuka mulut bercerita hal apa yang berlaku di sekolah.

Membulat mata Puan Fadzilah. Encik Roslan pula terdiam.

“Syahir mana ni?.”

“Kawan satu kelas dengan adik juga.”

“Dia buat apa lagi?.” Encik Roslan pula menyoal.

“Dia bagi surat dekat adik.”

“Dia tulis apa dalam surat tu? Mana surat tu?.” Puan Fadzilah pula melontarkan soalan.

“Adik dah koyak surat tu. Dia bagi masa tengah beratur nak pergi padang waktu Pendidikan Jasmani. Dia tulis I love you banyak kali. Lepas tu dia tulis aku suka kau banyak kali.”

“Bila dia cium adik?.”

“Minggu lepas. Hari Jumaat.”

“Bila dia peluk adik?.”

“Hari Jumaat tulah. Adik tengah sapu sampah masa tu. Dia datang belakang adik lepas tu dia peluk. Dia peluk daripada belakang. Lepas tu dia angkat adik sikit. Dia cium adik dekat pipi. Adik malu, adik tak nak pergi sekolah. Kawan-kawan asyik tanya adik kenapa dia cium adik, dia peluk adik. Adik tak tahu nak jawab apa.”

“Sungguh ke apa yang adik cerita ni?.” Soalan daripada Encik Roslan buatkan Puan Fadzilah berang.

“Soalan jenis apa tu? Ni bukan kejadian pertama. Itu hari Hisyam cium adik. Ni budak nama Syahir pula. Dah dua orang budak lelaki buat gangguan seksual dekat adik. Saya nak pergi jumpa budak yang bernama Syahir tu. Saya nak ajar dia sikit. Kurang ajar. Biadab. Budak-budak zaman sekarang begitulah perangai. Otak cerdik tapi sikap selalu nak naikkan darah orang.”

“Sabar, Ilah. Cuba bawa bertenang.”

“Macamana saya nak bertenang? Adik tu baru darjah berapa, tapi dah dua kali kena gangguan seksual macam tu. Adik sampai malu nak pergi sekolah. Abang ingat semua ni takkan beri kesan dekat emosi adik ke?.”

Encik Roslan mengeluh.

“Abang izinkan awak pergi sekolah. Slow talk dengan budak tu. Jangan nak marah-marah dia sangat. Bincang baik-baik."

Puan Fadzilah berdehem sedikit.

“Tengoklah dulu. Tak janji. Adik cepat bangun. Kejap lagi kita pergi sekolah. Hari ini ibu hantar adik. Tak payah pergi sekolah naik bas.”

Amanda mengangguk.

“Bas dah nak sampai ni, ibu. Dah ada dekat rumah hujung sana. Adik mana?.”

Separuh melaung suara Ajmal menyoal daripada tingkat bawah. Pagi-pagi hari berkerja dan persekolahan memang agak bising suasana di rumah Puan Fadzilah dan  Encik Roslan.

“Dikngah pergi dengan Diklong je. Hari ini ibu yang akan hantar adik pergi sekolah.” Jawapan balas daripada Puan Fadzilah sambal menuruni anak tangga.

Dahi Ajmal dan Azhar berkerut. Kalau ibu yang hantar pergi ke sekolah mesti ada apa-apa yang dah terjadi.

Mereka dulu pun waktu dibuli oleh rakan sekelas, ibu akan hantar ke sekolah. Ibu akan tanya itu, ini kepada rakan yang dah membuli itu. Selalunya, duit dan bekal makanan mereka diambil oleh rakan.

“Kenapa ibu?. Ada orang ambik duit adik lagi ke?.”

Puan Fadzilah mengeluh.

“Bukan pasal ambil duit ke apa ke. Ada seorang budak lelaki ni peluk, cium, kasi surat cinta dekat adik. Adik malu sampai tak nak pergi sekolah,” cerita Puan Fadzilah.

Terus membulat mata budak lelaki berdua itu.

“Budak mana? Nama apa? Eeeiii… kurang ajar betul.” Wajah Diklong sudah berubah menjadi tegang. Penumbuk sudah dikepal.

“Sudah-sudah. Pergi. Lama dah bas tunggu dekat luar tu.”

“Nama apa budak lelaki tu ibu? Bagitaulah dekat Diklong. Biar Diklong ajar dia. Biadab.”

“Syahir. Jangan nak cari pasal. Biar ibu yang settlekan dengan dia. Diklong jangan nak jadi samseng pula. Dah, pergi naik bas cepat.”

Puan Fadzilah menggeleng kepala perlahan. Itu hari entah apa yang Diklong dan Dikngah dah buat kepada Hisyam sampai menangis budak lelaki itu sebaik pulang daripada padang permainan. Bila ditanya pada anak terunanya, tiada jawapan yang dia dapat. Tapi semua itu terjadi sebab Hisyam pernah sentuh Amanda.

HAI ABANG SAYANGWhere stories live. Discover now