Prolog

177 13 0
                                    

Prolog

Mei 2017 , Boxcar Baker & Deli, Marylebone, London, United Kingdom.

Aroma espresso yang kuat dan warna yang likat itu membuatkan Elina tersenyum sambil menikmatinya. Suasana yang sejuk di tanah Eropah itu cukup mendamaikan dengan secawan kopi panas. Seperti selalu dia akan duduk menghadap cermin kaca itu supaya boleh melihat orang lalu lalang di situ.

Planner dihadapannya sudah penuh di conteng-conteng dengan nota dan jadual kerjanya. Sesekali dia mengerling jam di pergelangan tangannya takut terlajak waktu untuk dia berjumpa dengan pelanggan di butik nya.

Hari bekerja atau tidak suasana dibandar itu pasti sibuk tidak kira dari kalangan penduduk atau pelancong yang datang melancong ke negara itu atau mungkin ada segelintirnya juga seperti diri dia yang datang berhijrah ke tanah besar itu.

10 tahun menetap di London Elina sudah semakin selesa untuk membiasakan dirinya, butik dan jenamanya kini sudah semakin terkenal dan mula mendapat perhatian orang ramai di negara itu dan juga Malaysia selepas mencipta nama dan memenangi beberapa anugerah dalam industri fesyen.

Ia bukan satu impian yang dirancang untuk menjadi terkenal dalam industri fesyen tapi satu titik perjalanan yang tersurat, sudah banyak ranjau dan duri yang dia tempuhi di situ sebelum menjadi Naira Elina yang dikenali dalam industri fesyen antarabangsa.

Walaupun kejayaan semakin besar dalam hidupnya namun Elina sentiasa rasa sunyi, rasa kosong dan rasa itu semua sentiasa mengejar dia seperti kejayaan dalam hidupnya. Elina melepaskan hela. Cawan mengandungi espresso panas itu diletakkan semula di atas meja.

Sreett!!

Bunyi kerusi sebelah di tarik oleh seseorang. Elina sedang sibuk mencatat sesuatu di atas buku planner nya. Dia sempat memandang sekilas lelaki yang baru saja duduk disebelahnya itu.

Kring!! Kring!!

Elina mencapai telefon bimbitnya dan melekatkan pada telinga.

"Yes Hawa. I dekat tempat biasa. What? Seriously? Haihh kenapa dia nak cepatkan appointment? I tak habis lagi minum air i. Ok ok i balik sekarang." Elina memutuskan talian. Dia mencapai handbagnya dan memasukan semua barang ke dalam bag semula.

Lelaki di sebelahnya menongkat dagu sambil memandang Elina yang sedang berkemas.

"Are you malay?" soal lelaki itu. Kening Elina bertaut. Dia memandang lelaki itu semula. Ish takkan tak kenal i kot, mesti bukan orang-orang fashion. Sempat Elina mengutuk lelaki itu dalam hati

"Yes." jawab Elina malas. Dia mencapai cawannya semula. Tidak mahu membazir, dia cuba sedaya upaya untuk menghabiskan kopi panas yang mulai suam itu.

"Malaysian?" soal lelaki itu lagi. Elina terasa jengkel.

"Yes Malaysian."

"Dah agak dah. Sebab tengok muka you pun nampak muka melayu." komen lelaki itu. Elina tercengang. Dia memandang lelaki itu atas bawah.

"Eh jangan salah faham. I mean muka you ayu, manis macam wanita melayu?" tambah lelaki itu. Elina sudah mencapai handbagnya dan bangun dari kerusi besi itu.

"Oh really? Thank you so much atas pujian tu. I got to go." nada yang digunakan Elina jelas tidak ikhlas dan menjengkelkan. Lelaki itu tersenyum nipis dan melambaikan tangan ke arah Elina. Walaupun wanita itu sudah bergegas meninggalkan cafe tersebut lelaki itu masih bersungguh melambaikan tangannya.

*****

Elina memperbetulkan winter coat yang menutupi tubuhnya itu. Angin di luar terasa begitu sejuk walaupun sudah 3 lapis baju dipakai Elina.

Dia mempercepatkan langkahnya untuk menuju ke Boxcar Baker & Deli. Sudah seminggu dia tidak dapat minum kopi panasnya di cafe itu akibat kesibukan kerja di butik.

Dia menolak pintu kedai tersebut seraya itu Dennie pekerja di cafe itu tersenyum kearah Elina. Elina merapati kaunter kedai tersebut.

"As usual Den. Add on this croissant." kata Elina dengan teruja sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah roti pastri yang bergulung seperti siput itu. Lelaki dihadapannya itu tersenyum lebar.

"Alright miss El! 10 minutes okay!" sempat dia mengenyitkan matanya sebelum melakukan kerja dengan pantas. Elina melihat sekeliling kedai untuk mencari tempat kosong.

Okay nasib tak ada orang duduk! Elina berlalu kearah meja tempat dia selalu duduk untuk meletakkan plannernya diatas meja dan berlalu semula ke kaunter bayaran.

Selesai membayar dia mengangkat dulang berisi air dan roti pastri itu berhati-hati menuju ke tempat duduknya.

"Emmm sedapnya bau." Elina berkata sendiri sambil menghirup aroma espresso likat itu. Di cicipnya sedikit.

"Nice to meet you again miss?" suara itu! Elina menoleh ke sebelah. Lelaki tempoh hari itu tersenyum manis kearah nya.

"Haha. Yah yah." Elina tertawa yang dibuat-buat.

"You sorang je ke?" soal lelaki itu lagi. Senyumannya masih sama seperti tadi. Elina menoleh ke sisi kiri dan kanannya.

"Eh i ramai ni. Hah kiri kanan i ada orang. You tak nampak ke?" Elina membuat reaksi teruja. Lelaki itu tersengeh. Malu dengan soalannya sendiri.

"Hahaha. Kelakar juga you ni."

"Ye kelakar sangat." Elina mencapai handbagnya, dia mahu mencari earphone yang di masukan ke dalam handbagnya sebelum keluar dari butik tadi.

"You dah lama stay sini?" soal lelaki itu lagi.

"Lebih kurang." jawab Elina malas. Dia sekadar menjawab supaya tidak menampakkan dirinya sombong.

Mana tahu lelaki itu adalah wartawan dari Malaysia, desis Elina. Dia berdecit setelah beberapa minit tidak menjumpai earphone di dalam handbag miliknya.

"Oo yeke. I kerap juga datang sini. I suka London. Dia menarik. Dari segi reka bentuk bangunan, sejarah dan tempat-tempat lawatan i rasa London padat dengan tarikan yang epik. Dia boleh buat sesiapa je teruja. Betul tak?" Elina memandang lelaki itu sebentar.

Memandangkan ear phone miliknya tidak ada sama, mungkin dah tersurat yang hari ini dia kan mengenali lelaki di sebelahnya itu. Elina berfikiran positif.

"Yup. Dia ada tarikan dia sendiri yang boleh buat sesiapa pun jatuh cinta dengan suasana di sini. Pembangunan dan teknologinya jauh maju ke depan and yang bestnya dekat sini dah tak susah nak cari Halal restoran. Cumanya kita kena ingatlah budaya kita tak kira berapa lama kita duduk di sini. We still have adat as muslim and melayu." Elina juga memberi hujahnya.

Dia akui kadang-kadang terlalu mencabar bila berada di industri fesyen dan hiburan yang rata-ratanya bukan penduduk beragama Islam. Pergaulan rakan seperjuangan, gaya hidup, pemakanan dan cara berfikir juga satu ujian untuk Elina, syukur dia masih ingat pesan dan didikan orang tuanya dahulu.

"Betul! I setuju. Nak kemana-mana sangat senang sebab transportation dia kan mudah nak dapat dan makan yes bab makan senang nak cari dekat sini. Halal restoran ada banyak cuma sometimes jauh sikit dari kawasan kita je la kot kan?" lelaki itu memandang Elina yang tersenyum sendiri. Cantik. Hidungnya mancung, alis matanya panjang, bibirnya nipis dan rambutnya ikal panjang. Sempurna ciptaan tuhan, bisik hati lelaki itu.

"Hello! Berangan pula." suara Elina sedikit meninggi. Lelaki itu tersengeh dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah sampai Malaysia?" soal Elina.

"Hahaha belum belum. Ada dekat London lagi. Tengah tengok bidadari turun dekat London ni." kata lelaki itu selamba seraya menyedut ais chocolate yang sudah mula cair.

Elina menjongketkan bibirnya keatas. Dasar typical lelaki melayu tak boleh renggang dengan ayat manis, sempat Elina mengutuk lelaki itu di dalam hati.

Mereka kemudian sambung berbual beberapa jam sehingga Elina meminta diri untuk beredar pulang. Lelaki itu hanya memandang pemergian Elina yang sudah semakin menjauh dan menghilang.

Yang Terakhir Where stories live. Discover now