TUGASAN!

301 23 1
                                    

Keesokkan harinya...

Nashmie tersenyum manis apabila anak buahnya sudah mengetahui keberadaan perempuan sudah bertahun dia mencari gadis itu namun tidak ketahui mungkin ini rezeki dia "boss nak saya culik dia atau bunuh"Nashmie menjeling tajam "kepala otak kau bunuh kau nak kena pancung dengan Ah Yong ke "mereka terkejut jangan lah marah orang cuma tanya je

"Maaf boss"dengus Nashmie

"Aku nak kau pantau dia dari jarak jauh bila dah tiba masanya aku nak kau culik bawak dia ke gudang jangan sampai konco Ah Yong tahu kita dapat ayam tu faham"arah Nashmie mereka semua mengangguk tanda faham . Tanpa mereka sedar ada salah seoang konco Nashmie menyamar Kadet Farhan diarahkan untuk menyamar dan mengikut pergerakan Ah Yong dan Nashmie .

"Akhirnya aku jumpa kau"sinis Nashmie dia akan pastikan harga perempuan tu lebih tinggi berbanding ayam yang pernah dia jual sebelum ini. Ayam paling mahal,tiada yang dapat menandingi anak raja pun tak ada cantik macam tu tahu perempuan itu membawa keuntungan yang besar kepada Nashmie. Nashmie ketahuilah engkau salah target tanpa Nashmie sedar dia sudah masuk ke dalam sarang ular yang penuh berbisa,terkena sikit percikan kau mati.

Kadet Farhan terus bergerak ke tandas dia menghantar beberapa text kepada Yerin Sofiea,kerena tugas ini hanya perlukan 4 atau 5 orang sahaja salah satunya Yerin Sofiea, Haikhal dan Kadet Farhan. Nashmie meneguk air coke dengan rakus dia melihat gambar tersebut cantik kulit putih memang betul orang kata tidak akan ada yang cantik selain cinta pertama acehh.Namun wajah gadis seakan seseorang namun dia tidak ingat siapa

••••

Yerin Sofiea mendapat text tersebut daripada Kadet Farhan terus menghubungi Haikhal memberitahu tentang rancangan jahat Nashmie yang ingin menculik sesorang terus Haikhal mengajak Yerin Sofiea untuk bertemu di cafe mereka selalu jumpa kerana disana lebih selamat dan jauh. Mereka takut kalau orang lan tahu tentang ini,kerja ini bukan senang tahu kalau tersilap sikit mungkin akan ada yang menjadi korban hari raya haji pulak .

"Sayang nak pergi mana tu"Soal Inspektor Farid kepada isterinya siap sahaja memasak Yerin Sofiea datang menyergah suaminya "abang yerin nak keluar kejab nak beli barang"Inspektor Farid tersenyum nipis

"Yelah jangan balik lambat kejab lagi shift petang ann"Yerin Sofiea menganggukkan kepala tanda faham terus dia bergegas keluar Inspektor Farid tidak tahu bahawa isterinya berada di misi yang berbahaya hanya orang tertentu yang jalan kan mungkin ada sebab kenapa pihak atasan tidak mahu orang tahu. Kerja macam ni memerlukan masa yang amat panjang untuk mengendalikan kes tersebut berhadapan dengan maut pulak tu kalau satu terbunuh ini tidak mengapa tapi kalau dah berpuluhan manusia yang tidak bersalah terkena tembakan dari pihak lawan membuatkan mereka serba salah.

Haikhal mengarahkan beberapa orang untuk menjaga jarak,ingat dia takde konco ke apa guna dia datang ke kelab malam tu bersuka ria baik dia dengan bini dia lagi bagus ada jugak faedah mereka boleh berdua daripada membazirkan diri demgan urusan dunia hitam ni. Leeng Ah pun sekarang semakin berani membunuh orang sesuka hati kerana dadah habis nyawa orang yang tidak bersalah ditarik sebegitu,Ay Yong tidak tahu kegiatan adik kesayangan itu bagaimana hanya tunggu masa untuk berkas mereka semua termasuk Mr Tamara itu kerana dia lah punca menyebabkan kegaduhan bersenjata api.

Sejam lebih Yerin Sofiea tiba terus wanita itu masuk mencari kelibat sepupunya itu, tidak lupa fail dan jugak camera yang telah dipasang setiap kelab didalam pasu tempat sesuai untuk mereka melihat aksi Ah Yong dan mereka yang datang "Aku rasa kita kena bertindak lebih awal lagi"saranan Yerin Sofiea kepada Haikhal dia takut mereka terlambat

"Aku pun fikir benda yang sama,Nashmie dengan Ah Yong dah berbelot. Kau dah dapat tahu siapa upahan dia?"Soal Haikhal dia melihat vd tersebut melalui laptop nasib baik lah cafe ni ada wifi syukur boleh buat kerja dengan pantas

"Ahli koperal dari unit Delfa Urose ada setengah daripada tu sabotaj projek itu belum dikira pecah amanah . Delfa pun dah buat report polis,Shariff yang handle . Aan dengan Ian masih dalam siasatan mayat yang gudang tu"Haikhal mengangguk tanda faham mungkin mereka perlu cepat kalau tidak habis mereka semua

•••••

"Rian kenapa ni"Tengku Andrian Far'yan menoleh ke arah Tan Sri Izzhan dengan senyuman nipis "tak ada apa lah pa"sebenarnya dia sedang memikirkan dendam dia terhadap seseorang dan Nuresya Farrose

"Eriqa teman Rian kejab pak long nak ke tandas kejab kalau pak ngah dah sampai suruh tunggu" pesan Tan Sri Izzhan kepada Eriqa Mirsha ,Masih ingat restoran kegemaran Tan Sri Izzhan mereka semua sedang bersarapan untuk pergi ke Pulau Pinang ada beberapa urusan mahu mereka siap kan. Di sana terdapat beberapa saudara nya ada salah satu anak daripada mereka ingin berkahwin jadi mereka perlu pergi kesana dan disana lah misi Eriqa Mirsha cuba memikat Tengku Andrian Far'yan akan bermula tidak sia sia dia carikan calon untuk saudara nya .

Telefon pintar Tengku Andrian Far'yan berdering dia melihat ternyata Nuresya Farrose sedang memaut gambar semalam bersama keluarga, semalam jugak dia telefon kekasihnya namun tidak diangkat marah lagi perempuan katakan hati lembut" tak sangka kan maya nak kahwin"Tengku Andrian Far'yan tersenyum nipis tidak tertarik untuk mendengar nya

"Kau ada masalah ke"sambung Eriqa Mirsha

"Nothing,jangan cakap dengan aku.Aku tak ada mood nak cakap"pulak dah ini mesti sebab perempuan tu terus Eriqa Mirsha mengetap bibir apa yang bagus sangat perempuan tu dia tidak tahu. Cantik biasa je dia tengok,dia ingat dia je cantik apa guna Allah ciptakan kecantikan tu poyo je lebih.

Sewaktu Nuresya Farrose keluar dari rumah dia terus bergerak ke markas untuk mengetahui siapa lagi yang melanggar orang yang dia sayang tu. Dia tekad akan balas dendam sampai mati dia tak akan maafkan orang yang membunuh wanita dia sayangi itu,Sudah lama dia tidak melawat kubur di Korea tapi dia akan usaha jugak untuk ke sana tanpa pengetahuan sesiapa dia rindukan pelukan dan haruman wanita itu

"Haaa maaf lah papa ,lambat sikit ada jem"Tan Sri Khalid tersenyum besar dia melihat Tengku Andrian Far'yan dan Eriqa Mirsha namun Eriqa Mirsha menjeling tajam ke arah papanya.

THANK FOR WAITING

VOTE FOLLOW BACK

MRS TENGKU ANDRIAN ✓ | 02Where stories live. Discover now