➺1.3

468 87 27
                                    

•°•°•°•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•°•°•°•°•°•

Sekarang adalah subjek pendidikan jasmani. Subjek dimana subjek yang paling disukai oleh semua pelajar lelaki.

Semua pelajar kelas 5-1 bergegas menuju ke padang untuk bermain selepas sahaja menukar pakaian sukan.

“Untuk hari ini kamu semua akan main bola keranjang. Sila pilih pasukan ya,” arah Cikgu Ju kepada anak muridnya.

“Manakala pelajar perempuan pula bermain bola tampar ya,” tambah Cikgu Ju lagi.

Mereka berlima setuju menjadi satu pasukan. Wooyoung dan San terus memanggil pelajar lain untuk menyertai pasukan mereka.

Manakala Ryusang pula berada di pasukan lain kerana Yeonjun mengajaknya untuk bermain bersama.

“Kita jer ke sepasukan? Tak nak ajak yang lain ke?” soal Ryusang kepada Yeonjun.

“Boleh ajak sesiapa kalau kau nak. Tapi aku tak nak Yeosang sama kumpulan dengan kita,” balas Yeonjun membuatkan Ryusang hairan.

Baru sahaja dia ingin bertanya lagi, Yeonjun terlebih dahulu memanggil pelajar lain untuk sertai pasukan mereka.

Yunho dan Mingi hanya perhatikan sahaja Yeonjun itu dari jauh. Yeosang mengira ahli pasukannya.

“Okey cukup! Boleh mula!” kata Yeosang kuat.

“Yeo, hati-hati tahu?” nasihat Yunho.

Yeosang mengangguk tanda faham. Dia berjalan menuju ke posisinya untuk mulakan bermain.

“MULA!”

Semua pelajar kelas 5-1 mula bermain selepas sahaja mendengar arahan oleh Cikgu Ju tadi.

Wooyoung pantas menghantar bola kepada Mingi. Dia berlari sambil bawa bola sebelum bolanya dirampas oleh pihak musuh.

“Yunho ambil ni!”

Jerit Mingi lalu menghantar bola kepada Yunho. Namun, Yeonjun terlebih dahulu merampas bola itu dari Yunho.

“Ish!” Yunho geram. Dia berlari untuk mengambil bola itu dari Yeonjun.

Tetapi dia sempat menghantar bola kepada Ryusang sebelum Yunho datang menghalang.

Ryusang menangkap lalu dia terus membaling bola kearah tiang gol musuh. Pasukan Yeonjun mendapat satu mata.

Daebak! Balingan kau memang cantik tadi!” Puji Yeonjun sambil membuat high five dengan Ryusang.

Yeosang terngucap-ngucap mencari nafas. Penat rasanya selepas dia berlari tadi. San yang perasan itu terus menghampirinya.

“Kau okey tak?” soal San. Yeosang mengangguk tanda ya.

“Haa, Yeosang! Kalau rasa penat sangat tu pergilah berehat! Takut kau pengsan masa bermain nanti buat orang susah jer!”

Dengan selamba Yeonjun kata begitu kepada Yeosang dengan nada mengejek. Wooyoung yang mendengar itu mula panas hati.

“Kau ni kalau tak puas hati cakap jerlah!” ujar Wooyoung geram. Yeonjun tersenyum sinis.

Manakala Ryusang pula hanya terdiam. Dia tidak tahu mengapa dengan Yeonjun dan Yeosang. Dia merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada mereka berdua.

“Jom sambung main!”

Kata Yeonjun lagi. Ryusang sekadar akur lalu memberikan bola kepada Yeonjun.

Di dalam minda Yeonjun mula keluar idea dia yang jahat. Dia memandang Yeosang yang sudah penat itu sambil tersenyum sinis.

Bola yang berada di pegangan tadi terus dibaling ke arah Yeosang dengan kuat.

“Yeosang! Tangkap ni!” jerit Yeonjun membuatkan Yeosang terkejut.

Akibat tidak sempat untuk menangkap, bola itu tadi terkena pada kepala Yeosang menyebabkan dia jatuh pengsan.

“YAH YEOSANG!”

“YEOSANG-AH!”

[C] Twin  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now