•°•°•°•°•°•
20 tahun lalu...
“Tahniah, encik! Dapat anak kembar!”
Ucap seorang jururawat itu kepada Kang Jinwoo dengan riang. Dia yang mendengar itu sudah menangis kegembiraan.
“Terima kasih...” katanya girang. Dia segera mendapatkan kedua-dua cahaya matanya.
Isterinya hanya tersenyum melihat suaminya yang berada di sebelah. Dia sudah terbaring lemah selepas dia bertarung nyawa selama sejam lebih itu.
Tidak lama kemudian, pintu wad itu dibuka oleh seseorang. Pantas mereka menoleh melihat.
“Sampai pun kau, Chan! Lambat betul kau,” kata Jinwoo kepada Chanhyun. Dia sekadar tersenyum sahaja.
Im Chanhyun, merupakan adik kepada isterinya, Im Ryuna. Chanhyun selalu menolong mereka setiap kali mereka ada masalah.
Chanhyun berjalan menghampiri Jinwoo dan Ryuna. Buah tangan yang dibawanya tadi diletakkan kemas di atas meja. Dia melihat kedua-dua anak buahnya itu.
“Tak sangka noona lahirkan kembar. Lelaki ke perempuan ni?” soalnya kepada Ryuna.
“Lelaki. Yang dipegang oleh Jin tu abang, yang noona angkat ni adik.” jawab Ryuna perlahan sambil mendodoikan anaknya itu.
Chanhyun mengangguk tanda faham. Dia mendekati melihat kedua-dua cahaya mata Ryuna dan Jinwoo itu.
Si abang mempunyai tanda lahir di tepi mata kirinya manakala si adik pula tiada. Dia mengusap pipi gebu si adik itu dengan lembut.
“Comel...” katanya perlahan. Ryuna yang berada di hadapan itu sekadar tersenyum sahaja.
•°•°•°•°•°•
Beberapa minggu kemudian, kesihatan Ryuna semakin merosot selepas bersalin malah Yeosang juga mudah terdedah dengan penyakit.
Jinwoo binggung kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk sara keluarganya. Lebih-lebih lagi kos ubatan untuk Ryuna dan Yeosang itu.
“Chan, hyung tak tahu nak minta tolong dengan siapa sekarang ni. Chan seorang jer yang hyung dapat harapkan,” kata Jinwoo risau.
“Hyung minta jer apa yang hyung nak. Chan akan tolong,” balas Chanhyun tenang. Dia tahu yang sekarang ini Jinwoo sangat risaukan dengan kesihatan kakaknya itu dan juga Yeosang.
“Tolong ambil Ryusang sebagai anak angkat kamu.”
Mata Chanhyun terbeliak selepas sahaja Jinwoo membuat permintaan dengannya tadi.
“M-mwoya? Ambil Ryusang? Kenapa pula?” soalnya bertubi-tubi.
Sungguh dia terkejut dengan permintaan Jinwoo itu. Kalau minta duit atau lain-lain tidak mengapalah. Tetapi ini berkaitan dengan anak!
Lebih teruk lagi, Jinwoo menyuruh untuk dia ambil Ryusang sebagai anak angkat! Sudahlah dia belum berkahwin...
“Chan, hyung tak ada banyak duit untuk sara keluarga hyung. Tambahan pula, Ryuna dan Yeosang sakit sekarang. Hyung tak ada masa untuk jaga Ryusang nanti. Tolonglah Chan...” terang Jinwoo pada masa yang sama merayu kepada Chanhyun.
Dia sudahlah tiada wang yang cukup. Malah, dia kerja pun kadang-kadang tidak pulang ke rumah. Dia risau sekiranya dia terabaikan Ryusang yang tiada mempunyai apa-apa jenis penyakit seperti isterinya dan Yeosang.
Chanhyun terkaku seketika. Dia tidak tahu untuk berkata apa. Tetapi, melihat Jinwoo sudah tidak berdaya itu dia terpaksa akur. Kalau tidak, makin susah jadinya.
“Baiklah hyung. Chan akan ambil Ryusang,” ujarnya perlahan. Chanhyun tersenyum kelat.
“Gomawo, Chan! Hyung banyak susahkan kau,” ucap Jinwoo serba salah. Chanhyun menepuk bahunya.
“Tak ada lah. Hyung kan abang ipar aku. Mana ada susah,” balas Chanhyun untuk menenangkan Jinwoo.
Jinwoo mengangguk kecil. Lalu dia menyerahkan sepenuhnya Ryusang kepada Chanhyun untuk menjaga.
Tidak lama kemudian, keluarga Jinwoo terpaksa berpindah ke Seoul atas sebab urusan keluarga.
YOU ARE READING
[C] Twin ☾ 강여상 ☽
Фанфик❝ Kenapa nasib malang selalu sangat menimpa kat aku? ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's family-friendly fanfiction Start : 1 November 2020 End : 26 November 2020 Cover : thanks @babytaehyun_ for this beautiful cover [ Hight Rankings ] #1 in kangyeosang (0911...