➺2.9

406 78 2
                                    

•°•°•°•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•°•°•°•°•°•

Esok pagi, Yeonjun melangkah masuk ke dalam kelas seperti biasa. Kelihatan dalam kelas hari ini belum ramai pelajar yang sudah sampai.

"Huh? Ryusang pun belum sampai? Biasanya waktu macam ni dia dah sampai," gumamnya dalam hati.

Dia melabuhkan punggung di tempat duduknya. Baru sahaja dia buka telefon, satu mesej dari ketua kelab bola keranjang masuk ke dalam notifikasi telefonnya.

Minho Sunbaenim

Aku nak kau jumpa
dengan aku kat
court sekarang.

Bawa Ryusang sekali
tahu? Ada hal
penting aku nak
bincangkan.

Yeonjun berkerut dahi selepas baca mesej dari ketua kelabnya tadi.

"Ada apa agaknya?" soalnya dalam hati.

Tidak lama selepas itu, dia ternampak Ryusang melangkah masuk ke kelas bersama Yeosang. Pantas Yeonjun menyapanya.

"Morning, Ryu!" sapa Yeonjun mesra.

"Morning too, Jun."

Balas Ryusang sambil mengukir senyuman manis sebelum dia meletakkan beg sekolah di tempat duduknya. Yeonjun bingkas bangun lalu menghampiri Ryusang.

"Ketua nak jumpa kita kat court sekarang," kata Yeonjun membuatkan Ryusang sedikit hairan.

"Huh? Ada apa?" soalnya pelik.

Yeonjun mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tanpa membuang masa mereka berdua terus keluar dari kelas untuk menuju ke court.

Sementara Yeosang pula hanya duduk di dalam kelas seorang diri. Dia mahu berbaik semula dengan Yeonjun namun Yeonjun berkeras tidak mahu.

"Susah sangat ke nak minta maaf?" cebiknya dalam hati.

Ketika dia mahu membaca novel, secara tiba-tiba Hongjoong dan Seonghwa menerjah Yeosang membuatkan dia terkejut.

"BAA!"

"Ohkaupergimasuklongkang!"

Mereka berdua tertawa selepas Yeosang melatah tadi. Dia memandang Hongjoong dengan Seonghwa dengan pandangan menjengkelkan.

Sudahlah mereka buat dia terkejut. Maaf pun tiada! Apalah...

"Yah! Dah kenapa hyung ni?" marah Yeosang sambil mengusap dadanya perlahan.

"AHAHAHA! Janganlah marah. Kitorang bergurau jer," kata Hongjoong dengan sisa tawanya.

Yeosang menggulingkan kedua bola matanya. Malas pula rasanya mahu layan abang-abang dia itu.

"Yang lain belum sampai lagi ke?" soal Seonghwa setelah perasan hanya Yeosang sahaja berada di kelas.

"Belum rasanya," jawab Yeosang ringkas.

"Mana Ryusang?" tanya Hongjoong pula.

"Dia keluar dengan Yeonjun tadi. Tak tahulah ke mana," balas Yeosang.

"Aku dengar ayah Ryusang kemalangan semalam. Macam mana keadaan dia sekarang?" soal Seonghwa lagi.

Yeosang menceritakan tentang keadaan ayah Ryusang sekarang kepada Seonghwa dan Hongjoong.

Mereka berdua mengangguk tanda faham.

"Maksudnya Ryusang tinggal dengan kau sekaranglah kan?" teka Hongjoong. Yeosang sekadar mengangguk sahaja.

Tidak lama selepas itu, WooSan dan YunGi tiba di kelas dengan riuh. Apabila mereka lihat Yeosang ada di dalam kelas bersama Hongjoong dan Seonghwa, bertambah bisinglah mereka.

"Wah! Korang semua ada lah! Mana Jongho?" soal Yunho sebaik sahaja sedar bahawa Jongho tiada bersama mereka.

"Dia ada hal dalam kelas. Tu yang tak ada dengan kitorang," jawab Seonghwa bagi pihak Jongho.

"Korang nak dengar benda yang best tak?"

Tanya Wooyoung dengan riang. Yeosang, Hongjoong dan Seonghwa pula berasa ingin tahu apa itu.

"Apa benda tu?" tanya mereka bertiga serentak.

"Sekolah kita adakan pertandingan bola keranjang tahun ni!" kata San riang membuatkan mereka bertiga terkejut.

"Mwo?"

[C] Twin  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now