➺3.2

401 73 1
                                    

•°•°•°•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•°•°•°•°•°•

Ryusang tersandar di dinding setelah penat dia berjalan tadi. Moodnya tidak begitu baik hari ni. Minggu ini, macam-macam hal yang berlaku pada dirinya. Antaranya ialah...

Percubaan bunuh diri Yeosang dulu.

Ayahnya terlantar di hospital dan koma.

Dia ada merasakan sesuatu yang tidak kena pada ayah Yeosang.

Dia dipilih untuk mewakili sekolah.

Minho memarahi dan menamparnya tadi.

Sungguh hal-hal itu membuatkan kepala Ryusang seperti mahu meletup. Dia tidak tahu mengapa dengan dirinya sekarang.

“Apa masalah aku ha-- Argh!”

Secara tiba-tiba, kepalanya mula terasa sangat sakit. Ryusang memegang kepala dengan kedua-dua tangannya sambil menutup mata.

Dia terduduk dan mengurut kepala untuk menghilang segala rasa kesakitan yang menyerangnya kini.

“Ryusang? Kau kenapa?”

Dia lantas menoleh melihat ke arah pemilik suara yang memanggil namanya tadi.

Kelihatan Yeosang dan Yunho sedang berlari kearahnya. Dia tidak berkata apa pun kerana kepalanya masih lagi terasa sakit.

“Kau sakit ke? Rupa kau macam pucat jer,” soal Yunho risau.

Ryusang menggeleng. Matanya masih tertutup rapat.

“Kalau sakit jomlah kita ke bilik rawatan. Aku tengok rupa kau macam tak okey jer,” cadang Yeosang pula. Namun Ryusang tetap menolak.

Gwenchana. Lagipun kepala ni jer buat hal,” katanya perlahan.

Yeosang dan Yunho memandangnya dengan tidak percaya. Mereka takut sekiranya Ryusang menipu yang sebenarnya dia sakit.

“Tadi kitorang cari kau kat court. Tapi kau tak ada sebab ketua kelab kata kau terus pergi lepas dia marahkan kau tadi,” ujar Yunho lebar. Ryusang terdiam.

“Kau kenapa? Kalau kau diam macam mana kitorang nak tolong kau?” celah Yeosang.

Dia mahu tolong Ryusang sekiranya dia ada masalah kerana Ryusang selalu tolong dia setiap kali dia dalam kesusahan.

Buat baik dibalas baik bukan? Jadi dia pun mahu tolong Ryusang juga.

“Entahlah. Aku tak rasa bersemangat untuk wakil sekolah...” kata Ryusang membuatkan mereka berdua hairan.

“Kenapa pula?” soal mereka berdua serentak.

“Aku tengah risau dengan appa yang masih koma kat hospital. Lepas tu Yeonjun yang nak masuk sebenarnya tapi dia suruh aku sebab dia kata aku jauh lebih baik dari dia.”

“Aku takut... Kalau aku penyebab sekolah kalah nanti, Yeonjun mula bencikan aku. Korang pun tahu kan yang aku rapat dengan dia selain korang berdua.”

Terang Ryusang panjang dan lebar membuatkan Yeosang hilang kata-kata. Begitu juga dengan Yunho.

Sungguh dia faham apa yang Ryusang ceritakan tadi. Yeonjun juga dulu merupakan kawan baiknya sebelum bertukar menjadi musuh.

Yeosang menepuk bahu Ryusang perlahan lalu berkata sesuatu.

“Aku faham. Sebab dulu pun aku macam kau juga. Kalau aku diberi pilihan kan, aku nak pergi ke zaman tahun lepas.”

“Apa maksud kau?” soal Ryusang kurang faham apa yang disampaikan oleh Yeosang tadi.

“Aku nak bagi Yeonjun main tahun lepas supaya persahabatan kitorang tak putus. Tapi disebabkan masa tu aku yakin sangat aku boleh buat, semuanya dah hancur.”

Jelas Yeosang membuatkan Ryusang terdiam. Namun, ada satu ayat ini yang membuatkan dia terkesan sangat.

“Sekarang Yeonjun sudah bagi kepercayaan kat kau. Kalau contoh kau punahkan kepercayaan dia apa yang dia rasa? Gembira atau kecewa?”

[C] Twin  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now