•°•°•°•°•°•°•
“Best kena denda kat luar tadi?”
Yeosang menjeling San selepas sahaja dia melabuhkan punggung di tempat asalnya.
Dia baru dapat masuk ke kelas selepas sahaja Cikgu Ju keluar tadi. Sudahlah lama mereka berdiri. Lenguh kaki dibuatnya.
“Huh! Nasib bukan aku seorang kena denda! Kalau tak malu aku,” balas Yeosang datar.
“Oh ya, apa reaksi kau masa kau dengan Ryusang tadi tu? Aku tengok korang rancak berbual jer tadi,” kata Yunho pula ingin tahu.
Dia perasan sewaktu Yeoaang dan Ryusang didenda di luar kelas tadi, mereka berbual dengan rancak.
Tertanya juga apa yang mereka bualkan itu.
“First-first aku memang terkejut habis sebab tengok muka kitorang seiras. Then, kitorang cuma bual kosong jer.”
Jawab Yeosang terang. Yang lain sekadar mengangguk tanda faham. Wooyoung menoleh ke belekang untuk melihat Ryusang.
Tetapi dia tiada dalam kelas. Wooyoung hairan.
“Mana Ryusang?” soalnya.
“Dia kena pergi bilik guru sebab dia belum ada kelab lagi. Hari ni ada aktiviti kelab jadi dia kena daftar diri dia dekat mana-mana kelab yang dia nak,” balas Mingi lebar. Wooyoung mengangguk faham.
Yeosang pula mendiamkan dirinya. Dia tahu keadaan dia sekarang sudah okey cuma dia risaukan satu perkara.
Dia takut sekiranya dia pengsan lagi ketika menari nanti. Sudahlah hari itu dia pengsan sebab terlalu penat. Dia takut dia akan menyusahkan orang pula.
“Kau boleh menari kan Yeosang?” soal San. Yeosang mengangkat bahu tanda tidak pasti.
“Nanti aku tengok keadaan aku...”
•°•°•°•°•°•°•
Ryusang berjalan keluar dari bilik guru setelah berjumpa dengan Cikgu Ju tadi.
Borang yang berkaitan dengan aktiviti kelab di pegang kemas. Dia terfikir mahu baca borang itu di dalam kelas supaya senang untuk tahu kelab mana dia masuk.
Sekarang ini free time, kebanyakkan pelajar sudah keluar dari kelas untuk berjalan-jalan di kawasan sekolah.
Ryusang melabuhkan punggung di sebuah kerusi. Matanya terus melihat kelab apa yang ada di sekolah ini.
1) Memasak
2) Menari
3) Menyanyi
4) Melukis
5) Komputer
6) Sains
7) Photographer
8) Berlakon
9) Berkebun
10) Bola Tampar
11) Bola keranjang
12) OlahragaTerdapat banyak aktiviti kelab di sekolah ini. Antara semua itu, dia tertarik dengan dua kelab.
Iaitu kelab menari dan kelab bola keranjang.
“Dalam ni hanya boleh pilih satu jer. Kalau aku ambil menari, mesti appa marah...”
Gumamnya dalam hati. Dia suka menari tetapi ayahnya tidak mengizinkan dia menari.
Dia mengeluh. Mahu tidak mahu dia terpaksa lepaskan kelab menari. Dia membuat keputusan untuk masuk kelab bola keranjang.
Hal ini kerana dia dengan bola keranjang tidak pernah berpisah. Dia juga selalu mewakil sekolah dalam pertandingan bola keranjang ini.
Jadi, tiada masalah sekiranya dia sertai kelab yang sama. Walaupun dari sudut hatinya mahu menyertai kelab menari.
YOU ARE READING
[C] Twin ☾ 강여상 ☽
Fanfic❝ Kenapa nasib malang selalu sangat menimpa kat aku? ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's family-friendly fanfiction Start : 1 November 2020 End : 26 November 2020 Cover : thanks @babytaehyun_ for this beautiful cover [ Hight Rankings ] #1 in kangyeosang (0911...