•°•°•°•°•°•°•
Yeosang membuka kedua-dua matanya perlahan setelah lama dia pengsan tadi. Pandangannya agak samar-samar ketika dia buka mata tadi.
“Aduh...” Yeosang berdecit sakit apabila dia merasakan kepalanya sakit.
“Dah sedar pun kau...”
Yeosang berpaling ke arah pemilik suara tadi. Kelihatan Ryusang sudah tersenyum lega melihat Yeosang sudah sedar.
“Aku...” belum habis lagi Yeosang bercakap, Ryusang terus memotong.
“Kau pengsan tadi. Kitorang terus hantar kau ke bilik sakit.”
“Owh... Mana kawan aku yang lain?” soal Yeosang perlahan.
“Diorang keluar tadi. Memandangkan sekarang ni free time, aku jaga kau kat sini.”
Balas Ryusang lagi. Yeosang mengangguk tanda faham.
Apa yang dia ingat, dia pengsan kstika Yeonjun membaling bola ke arah kepalanya tadi. Tidak tahulah sama ada sengaja atau tidak.
Kemudian, mereka berdua terdengar suasana yang riuh di luar bilik sakit. Yeosang mahu bangun tetapi Ryusang terus menghalang.
“Kau jangan bangun. Tunggu sini kejap,” kata Ryusang. Dia terus pergi keluar untuk melihat apa yang sudah berlaku.
•°•°•°•°•°•
Suasana di dalam kelas 5-1 bising kerana Yunho sedang bergaduh dengan Yeonjun.
“Kau sengajakan baling bola tu kat kepala Yeosang!” marah Yunho. Dadanya turun naik tahan amarah.
San, Mingi dan Wooyoung di belakang cuba untuk menenangkan Yunho daripada marahnya membara.
Yeonjun tersenyum sinis. Dia sekilas memandang Yunho dengan pandangan menjengkelkan.
“Kau ada bukti ke nak kata aku buat macam tu? Jelas sekalilah yang kawan kau tu lemah! Memang patut dia keluar dari kelab bola keranjang!”
Balas Yeonjun sambil tertawa berdekah. Dalam hati Yunho sudah membara geram. Dia terus menumbuk Yeonjun menyebabkan semua pelajar kelas 5-1 terkejut.
“KAU JANGAN KATA KAWAN AKU TU LEMAH!”
Herdik Yunho. Dia seperti tidak dapat mengawal kemarahannya. Dia dan Yeonjun saling bertumbuk di dalam kelas.
Ryusang yang baru sahaja masuk kelas itu terkejut melihat pergaduhan antara Yunho dan Yeonjun.
“Yah! Hajima!”
Lantas dia cuba untuk menghalang. Namun, dia sendiri ditumbuk oleh Yunho menyebabkan dia jatuh tersungkur.
“Ryusang!”
Terkejut Mingi melihat Ryusang sudah terjatuh. Begitu juga dengan pelajar yang lain.
Ryusang memegang pipi yang baru sahaja ditumbuk oleh Yunho tadi. Sudahlah ia kena pada lukanya makin bertambah sakit pipi dia.
Yunho juga terkejut. Dia tidak menyangka bahawa dia tertumbuk Ryusang secara tidak sengaja tadi.
“Heh! Kau dah tertumbuk kawan kau tu tapi kenapa kau tak minta maaf?”
Soal Yeonjun sinis. Darah yang mengalir di mulutnya itu dikesat dengan kasar.Yunho tidak berkata apa. Dia terus keluar dari kelas begitu sahaja. Suasana di dalam kelas terus senyap selepas melihat guru disiplin berada di hadapan kelas mereka.
“Apa yang dah berlaku? Kenapa dengan kawan kamu?” soal guru disiplin. Namun tiada sesiapa pun yang menjawab. Termasuklah Ryusang sendiri.
YOU ARE READING
[C] Twin ☾ 강여상 ☽
Fanfic❝ Kenapa nasib malang selalu sangat menimpa kat aku? ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's family-friendly fanfiction Start : 1 November 2020 End : 26 November 2020 Cover : thanks @babytaehyun_ for this beautiful cover [ Hight Rankings ] #1 in kangyeosang (0911...