•°•°•°•°•°•
"Appa... Bila appa nak sedar dari tidur ni?"
Tanya Ryusang perlahan. Dia sekarang berada di hospital untuk melawat ayahnya. Dia datang ke hospital ini berseorangan dengan menaiki teksi.
Walaupun sekarang pertandingan bola keranjang sedang berlangsung, dia langsung tidak datang ke sekolah untuk melihat. Yeosang ajak dia berkali-kali pun dia tetap tak nak.
Mata Tuan Im masih lagi tertutup rapat. Tunggu masa lagi untuk dia sedar dari koma. Sudah pastinya ia mengambil masa yang agak lama.
Tidak lama kemudian, telefon Ryusang berdering. Terpapar nama Yeosang di skrin telefonnya. Pantas dia menjawab panggilan tersebut.
"Hai?"
"Ryu, kau kat mana sekarang?" soal Yeosang dalam panggilan tersebut.
"Aku kat hospital. Lawat appa aku," jawab Ryusang datar.
"Okey. Kau tunggu kat situ. Aku on the way nak ambil kau," pesan Yeosang membuatkan Ryusang hairan.
"Huh? Kau nak-- Eh?"
Hampa. Belum habis lagi dia berkata Yeosang terlebih dahulu memutuskan panggilan. Dia mengeluh kecil.
Ryusang kembali melihat wajah ayahnya semula. Dia tersenyum kecil seraya bangun dari duduknya.
"Ryu balik dulu tahu, appa. Nanti Ryu lawat appa lagi..."
Selepas sahaja itu Ryusang melangkah keluar dari bilik wad. Dia menuju ke pintu utama hospital untuk menunggu ketibaan Yeosang di situ.
Sementara menunggu, Ryusang berjalan-jalan di sekitar luar kawasan hospital untuk menghilangkan rasa bosan. Sesekali dia buka telefon untuk melihat status kawannya sekarang.
Di sosial media, dia dapati ramai kawannya menghantar status tentang kemenangan sekolah mereka dalam pertandingan bola keranjang itu. Dia tersenyum lebar.
"Nampaknya sekolah aku menang dalam pertandingan tu... Hebat!"
Detiknya dalam hati. Terasa rugi pula dia tidak datang tadi. Namun, apakah daya dia terasa mahu lawat ayahnya di hospital.
Kemudian, dia perasan bahawa Yeonjun telah menghantar satu mesej kepadanya. Lantas dia baca mesej tersebut.
YeonJun Choi
Aku dah tunaikan
permintaan kau
semalam. :)Ryusang tersenyum selepas baca mesej Yeonjun itu. Hatinya mula terasa lega selepas tahu bahawa Yeonjun dan Yeosang sudah berbaik semula.
Pantas dia menaip untuk membalas mesej Yeonjun itu.
YeonJun Choi
Aku dah tunaikan
permintaan kau
semalam. :)Thanks, Jun. Kau
memang kawan
baik aku."Ryusang!"
Lantas dia menoleh ke belakang setelah mendengar namanya dipanggil oleh seseorang.
Kelihatan Yeosang dan Tuan Kang kini datang menghampirinya. Ryusang melambai ke arah mereka.
"Kat sini rupanya kamu. Jenuh kitorang cari," kata Tuan Kang. Ryusang sekadar tersengih.
"Hehehe. Mian," ucap Ryusang malu. Tuan Kang sekadar menggeleng sahaja.
"Jomlah kita balik. Kau pun mesti dah lama kat sini kan?" ajak Yeosang pula.
Ryusang menggeleng kecil. Baginya tidak terlalu lama sebab dia baru berada di hospital dekat dengan sejam.
Tanpa banyak bercakap, Ryusang mengikut Yeosang dan Tuan Kang untuk pulang ke rumah bersama.
YOU ARE READING
[C] Twin ☾ 강여상 ☽
Fanfic❝ Kenapa nasib malang selalu sangat menimpa kat aku? ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's family-friendly fanfiction Start : 1 November 2020 End : 26 November 2020 Cover : thanks @babytaehyun_ for this beautiful cover [ Hight Rankings ] #1 in kangyeosang (0911...