•°•°•°•°•°•
Pagi itu, Seonghwa tiba di sekolah awal seperti biasa. Jikalau dulu dia selalu pergi ke sekolah dengan Yeosang, hari ini tidak kerana Yeosang masih lagi ditahan ke hospital.
Setelah sahaja dia meletakkan beg di tempat duduknya, Seonghwa keluar menuju ke tepi tangga untuk berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain.
“Sampai pun kau, Hwa.” Kata salah seorang rakannya, Hongjoong.
“Lama ke korang tunggu?” soal Seonghwa.
“Tak ada lah,” balas yang tinggi itu, Yunho.
Seonghwa melabuhkan punggungnya di sebelah Wooyoung. Penat rasanya kerana dia dari tadi berdiri.
“Hyung, macam mana dengan Yeosang hyung?” soal si paling muda, Jongho.
“Haahlah. Dia dah okey ke?” sampuk Mingi pula.
“Dia dah okey. Cuma kena tahan sebab badan dia masih lemah,” jawab Seonghwa lebar.
Mereka yang lain mengangguk tanda faham. Seonghwa tahu kerana Yeosang selalu tinggal bersama dengannya.
Tuan Kang akan meminta tolong keluarganya untuk menjaga Yeosang ketika dia sibuk. Tambahan pula, ayah Seonghwa merupakan kawan baik kepada ayah Yeosang.
“Kalau macam tu, petang ni kita lawat Yeosang nak? Tak ada lah dia sunyi nanti,” cadang San setelah lama mendiamkan dirinya.
“Bagus juga. Lagipun kita tak ada aktiviti kelab hari ni so bolehlah,” ujar Wooyoung pula.
Setelah lama mereka berlepak, akhirnya loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pembelajaran akan bermula tidak lama lagi. Mereka terus beredar untuk pergi ke kelas masing-masing.
•°•°•°•°•°•
Sementara menunggu guru tiba di kelas, Yunho mengambil kesempatan untuk berbual seketika bersama Mingi, San dan Wooyoung.
“Mesti kau sunyi kan tak ada Yeosang di sebelah kau,” tanya Yunho kepada Wooyoung.
“Bolehlah sikit. Tapi dia kan selalu bersendirian so bagi aku tak sangat,” jawab Wooyoung bersahaja.
Sedang leka mereka berbual, Cikgu Ju iaitu guru kelas 5-1 tiba di kelas dengan membawa seorang pelajar bersama dengannya.
Semua pelajar kelas 5-1 terkejut melihat rupa pelajar asing itu termasuklah Yunho, San, Mingi dan Wooyoung.
“Yeosang?” tanya mereka berlima serentak.
Rupa paras pelajar itu seiras dengan Yeosang. Mereka agak terkejut sedikit.
“Baiklah kelas, hari ini kita ada pelajar baru. Sila kenalkan diri kamu,” ujar Cikgu Ju di hadapan kelas.
“Annyeonghaseyo. Nama saya Im Ryusang. Saya berasal dari Pohang dan baru jer berpindah ke sini beberapa hari lepas. Sila beri tunjuk ajar.”
Ucap Ryusang sopan ketika memperkenalkan dirinya. Dia perasan bahawa riak wajah rakan sekelasnya menunjukkan bahawa mereka terkejut. Dia mula berasa pelik.
“Ryusang, kamu boleh duduk di belakang San.” Kata Cikgu Ju sambil menunjukkan tempat duduk untuk Ryusang.
“Nae.”
Ryusang berjalan menuju ke tempat duduknya. Anak mata rakan sekelasnya dari tadi tidak lepas melihatnya membuatkan dia berasa sedikit rimas.
“Kenapa diorang pandang aku macam tu?” gumamnya dalam hati.
Sungguh dia berasa kurang selesa dengan persekitarannya. Namun, dia cuba untuk menerima sikit-sikit.
YOU ARE READING
[C] Twin ☾ 강여상 ☽
Fanfic❝ Kenapa nasib malang selalu sangat menimpa kat aku? ❞ ✧*:.。.✎ ateez yeosang's family-friendly fanfiction Start : 1 November 2020 End : 26 November 2020 Cover : thanks @babytaehyun_ for this beautiful cover [ Hight Rankings ] #1 in kangyeosang (0911...