➺3.1

388 72 0
                                    

•°•°•°•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•°•°•°•°•°•

Pada waktu kelab, hanya pemain yang terpilih untuk masuk pertandingan itu sahaja datang ke kelab untuk berlatih bersama.

Ryusang tidak dapat bermain dengan fokus. Fikirannya jauh melayang. Sudah banyak kali Minho menegurnya namun dia masih lagi buat kesilapan yang sama.

“Berhenti! Kita rehat!”

Arah Minho kepada semua ahlinya. Ketika Ryusang sedang elok minum air itu, Minho menghampirinya dengab riak wajah yang masam.

“Im Ryusang! Kenapa dengan kau hari ni? Aku suruh kau fokus tapi kenapa kau masih ulang kesilapan yang sama?”

Marah Minho. Ryusang hanya berdiam diri. Apa yang dikatakan oleh Minho tadi seolah-olah masuk ke dalam telinga kanan dan keluar dari telingan kiri.

Tiba-tiba, satu hanyunan pelempang tepat mengena pada pipi gebu Ryusang. Dia terkejut.

“Huh?”

“Kau dengar ke tak apa yang aku cakap tadi? Bila aku tampar kau baru kau sedar!”

Habis Ryusang dimarahi oleh Minho di depan semua ahli kelabnya. Tanpa berkata apa Ryusang terus pergi meninggalkan court begitu sahaja.

•°•°•°•°•°•°•

Di bilik tarian, Yeosang merebahkan dirinya di atas lantai setelah penat dia menari tadi.

Nasib baiklah dia menari sekejap sahaja. Kalau tak mungkin dia akan pengsan.

“Yeo, agaknya Ryu pulang sama dengan kau ke? Dia kan ada latihan bola keranjang sekarang ni,” tegur Seonghwa.

Yeosang mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia juga baru teringat yang Ryusang terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola keranjang.

Pantas dia mencapai telefonnya di atas meja untuk membuat panggilan dengan Ryusang. Lama dia tunggu namun Ryusang masih belum balas.

“Dia tak balas...” kata Yeosang perlahan.

“Mungkin dia sibuk berlatih agaknya,” teka Jongho yang kebetulan berada di sebelah Yeosang.

Dia tidak berkata apa. Mungkin ada betulnya juga kata Jongho tadi.

Hyung, aku nak keluar kejap. Nak jumpa dengan Ryusang.”

Yeosang bingkas bangun lalu meminta izin dengan Hongjoong.

“Okey. Tapi aku nak Yunho ikut kau sekali,” kata Hongjoong lalu menyuruh Yunho untuk mengikut Yeosang pergi bersama.

Yunho hanya akur. Dia dan Yeosang melangkah keluar dari bilik tarian untuk berjumpa dengan Ryusang.

•°•°•°•°•°•

Tiba sahaja di hadapan court, mereka berdua lihat Ryusang tiada di situ.

Yeosang ternampak kelibat Minho di hadapannya sambil berbual dengan Juyeon. Pantas dia mendekati mereka berdua.

“Erm... Hai korang. Boleh aku tanya?”

Tegur Yeosang malu. Minho dan Juyeon terus memandangnnya.

Mereka terkejut melihat Yeosang berada di hadapan mereka sekarang. Mereka tahu Yeosang merupakan bekas kelab bola keranjang bersama Yunho.

“Yeosang? Kenapa kau kat sini? Kau tak pergi menari ke?” soal Juyeon bertubi-tubi.

“Tak. Aku nak cari Ryusang. Aku ingat dia ada kat sini berlatih dengan korang,” balas Yeosang lebar.

Mereka berdua saling memandang. Minho sekadar melepaskan keluhan kecil.

“Tadi dia ada jer. Tapi lepas aku marah dia, dia terus pergi. Tak tahulah kenama dia pergi tu.”

Jawab Minho dengan nada yang datar. Yeosang dan Yunho yang mendengar itu berkerut hairan.

Marah? Fasal apa pula kali ini?

[C] Twin  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now