➺2.1

427 77 10
                                    

•°•°•°•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•°•°•°•°•°•

Sebaik sahaja Cikgu Ju keluar dari kelas selepas mengajar, Ryusang bingkas bangun dari duduknya lalu menghampiri Yeosang yang sedabg berbual dengan Wooyoung.

“Hai korang,” sapa Ryusang mesra.

“Hai,” balas Yeosang dan yang lain.

“Yeosang, boleh aku tanya soalan kat kau?”

Soal Ryusang inginkan kepastian. Dia takut sekiranya masa ini dia tidak dapat bercakap dengan Yeosang.

“Boleh tapi fasal apa?” soal Yeosang pula.

”Fasal kau dengan Yeonjun.”

Selepas sahaja Ryusang menyebut nama Yeonjun, mereka semua memandangnya sekilas. Begitu juga dengan Yeosang.

“Kenapa korang pandang aku macam tu?” tanya Ryusang hairan.

“Jom kita lepak kat belakang sekolah. Kau pun ikut kitorang juga, Ryusang.”

Ajak Mingi secara tiba-tiba. Ryusang sekadar akur lalu mengikut langkah mereka berlima dari belakang.

•°•°•°•°•°•

Sampai sahaja di belakang bangunan sekolah, mereka menyuruh Ryusang untuk bertanya semula soalan yang dia lemparkan kepada Yeosang tadi.

“Apa soalan kau tadi, Ryu?”

“Aku tanya kenapa dengan Yeonjun dan Yeosang. Aku cuma nak tahu apa punca yang buatkan Yeonjun tak suka dengan Yeosang.”

Mereka semua terdiam seketika. Lebih-lebih lagi Yunho dan Yeosang.

“Maaflah kalau korang rasa aku ni macam kacau daun tapi korang pun tahu kan yang aku ni rapat dengan Yeonjun. Jadi tak salahkan kalau aku nak tahu apa punca?” tambah Ryusang lagi.

Sungguh Ryusang mahu tahu apa sebenarnya yang sudah berlaku dengan Yeosang dan Yeonjun.

Sejak dari hari itu lagi dia asyik tertanya apa masalah mereka berdua.

Yeosang melepaskan keluhan berat. Lalu dia menjawab perlahan.

“Aku yang punca semua ni... Semua ni salah aku...”

“A-apa maksud kau?” soal Ryusang keliru.

Yunho mula menceritakan apa yang sudah berlaku pada Yeosang sehinggakan Yeonjun berdendam dengannya sehingga hari ini.

•°•°•°•°•

Beberapa tahun lepas, Yeosang dan Yunho merupakan ahli bola keranjang yang paling terkenal di sekolah.

Dulu mereka sangat rapat dengan Yeonjun kerana Yeonjun seorang yang peramah dan ambil berat fasal mereka berdua.

Namun, semuanya berubah sejak tahun lepas dimana Yeosang dan Yunho dipilih untuk menjadi wakil sekolah dalam pertandingan bola keranjang di sekolah.

Yeonjun tidak di pilih kerana Yeosang telah mengambil tempatnya. Malah, semua orang memberi harapan tinggi pada Yeosang.

Dia berasa sedikit cemburu. Namun, dia tidak sampai hati kerana Yeosang merupakan kawannya. Dia redha walaupun hakikatnya dia berasa sangat geram.

Tiba waktu pertandingan itu, Yeosang tiba-tiba pengsan ketika bermain kerana dia mempunyai masalah pernafasan. Hal ini menyebabkan sekolah mereka kalah teruk dalam pertandingan tersebut.

Sejak dari itu, Yeonjun sering menyalahkan dia dan selalu mengatakan jika dia yang wakil dan bukan Yeosang, sudah pasti sekolah mereka akan menang.

Akibat Yeosang berasa sangat bersalah terhadap ahli pasukannya, dia keluar dari kelab tersebut lalu mendaftarkan diri ke kelas menari bersama Yunho.

Dan sejak itulah, Yeonjun mula membenci dengan Yeosang dan juga berdendam dengannya.

[C] Twin  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now