➺3.0

396 72 4
                                    

•°•°•°•°•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•°•°•°•°•°•°•

Ramai pelajar berkumpul di papan kenyataan sekolah pada waktu lapang untuk melihat risalah pertandingan bola keranjang itu.

SENARAI NAMA YANG TERPILIH UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN BOLA KERANJANG SEOUL HIGH SCHOOL

1. Lee Minho
2. Kim Seunghun
3. Lee Juyeon
4. Na Jaemin
5. Im Ryusang

"Wah! Nama Ryusang pun ada sekalilah!"

Kata Mingi teruja. Begitu juga dengan yang lain.

Yeosang tidak berkata apa. Dia tahu setiap tahun sekolah ini akan adakan pertandingan bola keranjang. Tetapi entah kenapa dia tidak begitu semangat untuk ambil tahu pula.

Dan dia juga perasan sesuatu. Nama Yeonjun tiada dalam senarai permain. Adakah sebab dia sendiri tidak mahu atau Ryusang mengambil tempatnya.

"Mana Ryusang? Aku nak ucapkan tahniah kat dia!" ujar San pula riang.

"Mungkin dia kat kelas?" teka Yunho.

"Kalau macam tu, jomlah!"

•°•°•°•°•°•

Ryusang berjalan di belakang sekolah seorang diri. Dia tahu tentang pertandingan bola keranjang itu.

Tetapi, dia berasa seperti tidak bersemangat pula untuk bermain. Malah, kejadian yang berlaku di court pagi tadi masih segar di ingatannya.

•°•°•°•°•°•

Beberapa jam lalu...

Ryusang dan Yeonjun berjalan menuju ke court bersama untuk berjumpa dengan ketua kelab mereka. Iaitu Lee Minho, senior mereka.

Kelihatan Minho sudah lama berada di situ menunggu ketibaan mereka berdua.

"Lama ke hyung tunggu kitorang?" soal Yeonjun.

"Taklah lama sangat. Duduk."

Minho mempelawa Ryusang dan Yeonjun duduk di hadapannya. Tanpa banyak bercakap mereka hanya akur sahaja.

"Hyung panggil ni pun sebab nak bincangkan fasal pertandingan tu," Minho memulakan bicara.

"Hyung dah pilih ke siapa yang akan main tu?" soal Ryusang penuh teruja.

Minho menangguk tanda ya. Yeonjun dan Ryusang tertanya siapakah orang itu.

"Siapa hyung?" soal mereka serentak.

"Setakat ni hyung, Jaemin, Seunghun dan Juyeon sahaja. Hyung panggil kamh berdua pun sebab hyung tak tahu nak pilih siapa."

Terkejut Yeonjun dan Ryusang mendengar selepas sahaja Minho kata begitu. Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain.

"Yeonjun, kau tahu kan yang kau ni ahli kelab kegemaran hyung. Ryusang pula, rupa dia seiras dengan bekas ahli kelab kita tu. Jadi hyung tak tahu nak pilih siapa antara korang sebang korang berdua memang hebat."

Tambah Minho lagi. Sungguh dia tidak tahu mahu pilih siapa antara mereka berdua kerana Ryusang dan Yeonjun merupakan ahli kegemarannya.

"Hyung, saya cadangkan hyung ambil Ryusang untuk masuk pertandingan bola keranjang tu."

Cadang Yeonjun membuatkan Ryusang terkejut. Pantas dia membidas.

"Eh, kenapa aku pula? Kau lah yang sepatutnya main," bidasnya sedikit pelik.

"Kau main jauh lebih hebat daripada aku. Jadi, aku nak kau yang masuk peetandingan tu." balas Yeonjun sambil tersenyum garis membuatkan Ryusang terdiam.

"Kalau macam tu hyung ambil Ryusang okey?"

Kata Minho lalu menulis nama Ryusang pada borang kemasukkan pertandingan bola keranjang.

End flashback...

•°•°•°•°•°•

Satu keluhan berat dilepaskan. Dia tahu riak wajah Yeonjun tadi gembira selepas mendengar tentang pertandingan itu.

Namun, Yeonjun memberi dia untuk bermain. Dia boleh sahaja cuma satu perkara yang membuatkan dia risau.

Iaitu menghampakan Yeonjun. Di mana berlakunya dia putuskan persahabatan dengan Yeosang ketika dulu...

[C] Twin  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now