➺0.1

980 117 27
                                    

•°•°•°•°•°•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•°•°•°•°•°•

Seorang remaja lelaki keluar dari perut kereta setelah tiba ke rumah barunya.

Dia menghela nafas. Perjalanan dari Pohang ke Seoul tadi mengambil masa yang sangat lama. Dia tidak menyangka bahawa dia akan tinggal di bandar mulai hari ini.

"Besarnya rumah ni..." gumamnya dalam hati. Dia berasa sedikit teruja kerana rumah barunya ini jauh lebih besar berbanding rumah lamanya.

"Ryusang, mari tolong appa angkat barang ni. Banyak benda yang perlu kita kemas hari ini."

Panggil Tuan Im kepada anak lelakinya, Im Ryusang. Tangannya kemas membawa bagasi mereka.

"Nae appa," tanpa membantah Ryusang datang membantu ayahnya untuk mengangkat barang.

Setelah selesai meletakkan semua barang dan kotak-kotak di dalam rumah, Tuan Im mengajak Ryusang untuk berehat seketika di luar rumah.

"Kamu okey tinggal di sini? Seoul ni tak sama macam dekat Pohang tahu," soal Tuan Im inginkan kepastian dari anaknya.

"Jangan risau, appa. Ryu okey jer. Teringin juga nak tinggal kat kawasan bandar," jawab Ryusang sambil tersenyum. Tuan Im menghela nafas lega.

"Baguslah kalau macam tu. Jom kita kemas rumah pula."

"Okey."

Ryusang dan Tuan Im melangkah masuk ke dalam rumah baru mereka untuk mengemas.

Dia tiada ibu mahupun adik beradik. Dia hanya ada ayah sahaja. Namun, dia bersyukur kerana Tuan Im sangat mengambil kisah fasal dirinya.

Sekarang dia berada di tempat baru maka bermula lah hari barunya di sini dengan suasana yang berlainan daripada sebelumnya.

•°•°•°•°•°•

Di hospital, Seonghwa mundar-mandir di hadapan bilik wad. Dia sangat risau dengan keadaan kawannya yang tiba-tiba pengsan di sekolah tadi.

"Seonghwa!"

Dia pantas berpaling ke arah pemilik suara yang memanggilnya tadi. Seorang lelaki berusia 40an berlari menghampirinya.

"Kenapa dengan Yeosang?" soal Tuan Kang yang merupakan ayah kepada kawannya, Kang Yeosang.

"Saya tak tahu, samchon. Yeosang tiba-tiba pengsan masa dia menari tadi," jawab Seonghwa.

Tuan Kang mengeluh. Sungguh dalam hatinya sekarang hanya memikirkan tentang anak lelakinya sahaja.

Tidak lama kemudian, doktor yang merawat Yeosang tadi keluar dari bilik wad. Lantas Tuan Kang menghampirinya.

"Doktor, macam mana keadaan anak saya?" soalnya risau.

"Keadaan dia selamat. Dia cuma penat sahaja. Encik boleh lawat dia," kata doktor itu sebelum pergi meninggalkan Tuan Kang dan Seonghwa di situ.

Mereka dengan berhati-hati melangkah masuk ke dalam bilik wad untuk melawat Yeosang.

Kelihatan dia sudah tertidur di atas katil dengan lena. Tuan Kang mengukir senyuman nipis lalu membelai anaknya dengan lembut.

"Yeosang, cepat sembuh ya? Maafkan appa sebab tak dapat jaga kamu selalu..."

Kata Tuan Kang perlahan. Seonghwa yang berada di hadapannya hanya mengukir senyuman kelat.

"Yeosang akan sihat, samchon. Jangan risaulah..." ujar Seonghwa untuk menenangkan Tuan Kang. Dia tersenyum nipis.

"Nae..."

[C] Twin  ☾ 강여상 ☽Where stories live. Discover now