DIA meletakkan beg bagasi kepunyaannya itu disebelah kemudian dia melabuhkan punggung di kerusi dimana tempat yang disediakan untuk menunggu penerbangan ke suatu tempat . Air kopi starbuck yang dibelinya tadi dihirup sedikit bagi membasahkan tekak . Sekarang ini , dia sedang bermesej online bersama Za'im dan Lynn . Kenalan lynn terlebih dahulu dibuka .
Weh , Dee kau betul ke nak pergi sabah itu sebulan ?
Ye , betul . Kenapa ?
Tak adalah , cuma kau pergi lama sangat nanti rindu lah aku !
Ceh , rindu konon ! Kan boleh aje vc ke call ke . Its okaylah , cause aku pergi sana sebab nak lawat nenek aku . Itu sahaja .
Kalau macam itu , orrite bos ! Nanti kau sampai sabah , tangkap gambar tau !
Ye , okay . Aku tangkap gambar
Yeke ni ? Hmm aku doakan perjalanan kau sampai lah ya . Tapi kan , aku nak tanya , Aiman ada dekat situ tak ?
Em , tak
Apa punya boyfriend , lah ! Tinggal girlfriend dia seorang diri . Iyapun teman la
Dia sibuk itu , em Lynn aku rasa aku nak pergi beli something ini . Nanti kita chat balik ya ?
Okay !
Dee meletakkan semula telefonnya itu kedalam beg sandang miliknya kemudian dia berjalan ke suatu kedai serbaneka untuk membeli sesuatu . Sedang dia berjalan menuju ke kedai tersebut , bahunya dilanggar seseorang kasar . Dia hampir terjatuh akibat tolakan itu . Dia sempat mengerling ke arah figura yang melanggar bahunya tadi , berlari seperti nampak hantu sahaja ! Sambil tangannya memegang dompet . Sah - sah , mesti pencuri ini ! Dee membatalkan niatnya untuk memasuki kedai serbaneka itu . Dia berlari sepantas yang dia mampu mengejar pencuri tersebut .
" cik , tolong kejar dia ! " lolong satu suara itu . Tampak seperti lelaki yang dompetnya dicuri itu berumur dalam lingkungan 40 ke 50 sebegitu . Semakin pencuri itu menjauh darinya , semakin dee memecutkan langkah . Dia ingat lari marathon ke apa ?
Hampir sahaja dia hendak melanggar seseorang , sempat dia mengelak manakala lelaki itu selamba sahaja melanggar orang tanpa rasa bersalah .
" woi , berhenti lah ! Bagi balik dompet itu ! " jerit Dee . Orang sekeliling sudah mula memandang seorang gadis yang mengejar seorang pencuri . Apa lagi ? Rakam lah !
" woi , sudah lah penat aku berlari ini ! Berhenti lah! " jerit Dee lagi namun tidak didengari pencuri itu . Buat - buat pekak pula ! Aku cabut telinga itu baru tahu ! Peluh sudahpun mengalir di dahi . Kaki tidak berhenti - henti bergerak . Jarak dia antara Pencuri itupun sudah tidak jauh mana , Dia berlari laju , laju dan laju dan sekarang , dia berada dibelakang pencuri itu .
" tak payah lah kejar aku ! " kata pencuri itu .
" kalau kau taknak dikejar , bagi lah balik dompet itu ! " kata Dee . Tampak kaki si pencuri itu sudah longlai akibat lari terlalu laju , kolar baju lelaki itu ditarik kebelakang membuatkan lelaki itu terdongak . Kaki bahagian belakang lelaki itu ditolak membuatkan dia melutut . Huh , akhirnya dapat juga tangkap !
" bak sini dompet itu ! " kata Dee . Terus dompet yang terletak ditangan pencuri itu diambil .
" security ! security ! " panggil Dee . Tidak lama kemudian , muncul dua orang pengawal keselamatan yang bertugas disitu .
YOU ARE READING
Meet you again , mr bully ?
Romantik| H I A T U S Deeyaa amna sering dibuli sejak dia kecil lagi . sehingga satu tahap , sahabatnya sendiri , Aiman rayyan membulinya tanpa sebab .Deeya bertekad untuk mempelajari seni mempertahankan diri untuk melindungi dirinya daripada dibuli . "Ai...