Aiman membonceng motosikal sewanya itu dengan berhati - hati sambil melilau ke kiri dan ke kanan . Bunyi kereta dan motor agak sibuk di jalan raya pada waktu malam begini . Tadi , terdetik dihatinya terasa untuk menghentikan semua ini . Tapi , disebabkan satu ayat yang dikatakan Dee pada masa dahulu kepadanya itu membuatkan dia tidak putus asa untuk mencari gadis itu .
" apa kau buat kalau orang yang dah benci , minta maaf dekat kau ? " tanya Aiman .
" kalau aku , aku akan minta masa untuk bagi dia kemaafan dari aku. Even aku cakap aku maafkan dia , itu tak bermaksud yang aku lupa apa yang selama ni dia buat dekat aku " kata Dee .
" ooo macam tu , kalau ... Aku buat salah dekat kau ? Kau maafkan aku tak ? " tanya Aiman .
" hmm bergantung pada apa kesalahan yang kau buat . Aku jenis yang ikut hati . Kalau kau bersungguh - sungguh untuk dapatkan kemaafan dari aku , maybe aku maafkan kau " kata Dee .
Bunyi hon kereta daru belakang membuatkan Aiman tersentak . Dia melihat lampu isyarat menunjukkan lampu hijau . Mengelamun sampai terlupa ! Laju dia menghidupkan enjin motor lalu meninggalkan kawasan tersebut .
Enjin dimatikan lalu motor diparkir di tepi jalan . Dia duduk menghadap ke arah kenderaan yang lalu lintas di jalan raya .
" hmm , mana aku nak pergi sekarang ni ? Esok cadang nak pergi kundasang lepas itu labuan , then beufort . Bukan sure pun Dee ada dekat situ kan ? " Desis Aiman . Telefon bimbitnya itu dibawa keluar dari kocek seluar . Skrin telefon dikihat jika ada sebarang mesej yang dia tidak baca . Sedang dia menyentuh skrin atas bawah , satu mesej masuk .
" Come to Kudat , there's many interesting places at there "
" kudat ? Tak pernah dengar pun ? Ke aku yang ketinggalan zaman ? Agaknya kudat jauh ke tidak ek dari sini ? " desis Aiman dalam hati . Aplikasi GPS itu dicari lalu ditekan .
Sudah tertera perkataan kudat sebelum dia menaip untuk mencari , Aiman senyum nipis . Boleh juga pergi Kudat , lagipun bukannya seratus peratus bahawa tempat yang akan dilawat esok kampung Dee ?
58 kilometer kalau dia bergerak dari kota marudu ke Kudat . Lama ke ? Tidaklah sangat . Sekarang , pukul lapan setengah . Kalau 58 kilometer bersamaan dengan hampir satu jam . So , kiranya masih sempat lah kan ? 1 jam , 60 minit . 1 minit , 60 saat . 1 jam , 3600 saat . So , aku gerak sekarang . Aku kira sampai 3600 nanti , sampai lah Kudat kan ? Heh , nasib pandai math !
Enjin motor dihidupkan , mata memandang kiri - kanan memastikan jika tiada kerendaan yang melintas . Kemudian , dia beredar daripada situ .
Hampir 30 minit dia membonceng sambil itu dia juga berasa gelisah . Betul ke jalan yang dia lalu ni ?
" yang maps ni pun satu lah asyik turn left , turn left ! Baik turn to my heart aje . Ni kalau salah jalan ni , mati aku . Mati ! " rungut Aiman .
" Dah 30 minit ni . Signboard Kudat pun tak nampak macam mana ? Sekarang ni dah 30 minit bersamaan dengan 1800 saat . So kalau 3600 tolak 1800 jadi 1800 lah so aku ada 30 minit lagi and also 1800 saat . Ish pening lah ! Bodoh punya maps ! " kata Aiman geram . Aiman merengus geram .
" turn right , and you're arrived at the destination "
" eh kau , nak kena carut dulu baru bagitahu ? Lain macam maps aku ni . Turn right ? Ish , ikut aje lah . Sesat nanti adalah orang kutip aku jadi anak pungut ! " kata Aiman .
Aiman mengikut sahaja apa yang dikatakan aplikasi maps itu. Dikatakan kanan , dia pusing ke kanan . Sesudah dia pusing ke kanan , enjin motor dimatikan sekejap . Dia memandang ke kiri dan ke kanan adalah kawasan perkampungan .
YOU ARE READING
Meet you again , mr bully ?
Romansa| H I A T U S Deeyaa amna sering dibuli sejak dia kecil lagi . sehingga satu tahap , sahabatnya sendiri , Aiman rayyan membulinya tanpa sebab .Deeya bertekad untuk mempelajari seni mempertahankan diri untuk melindungi dirinya daripada dibuli . "Ai...