Remaja Akhir Zaman

34 1 0
                                    

Wahai remaja, sadarkah  kita hidup dekat dunia ini tak lain tak bukan untuk Allah. Bukan untuk manusia. Bukan untuk dunia. Tapi hanya untuk Allah. Tapi adakah kita nak sambut kecintaan kita terhadap Allah? Tanya lah hatimu sendiri. Berapa kali kita baca al-Quran? Berapa kali kita menyebut nama Allah? Berapa kali kita luangkan masa untuk Allah? Berapa kali wahai saudara❗

Ramai remaja sekarang ini lebih sibuk berhibur daripada melakukan benda kebaikan. Ramai remaja sibuk mencari cinta yang palsu berbanding cinta Allah. Ramai remaja yang sibuk hina agama Islam sendiri tanpa rasa berdosa. Ramai remaja yang sanggup buka aib sendiri dan orang lain. Ramai remaja yang hilang malu dek nafsu menguasai diri.  Ramai remaja yang sibuk mengejar popularitas dari sibuk mengejar akhirat. Allahu Akhbar,apa dah jadi akhir zaman ni😭kenapa jadi macam ini?

Remaja,Allah beri kita pelbagai nikmat. Apa yang kita balas? Kita balas untuk hina orang. Kita balas untuk jatuhkan maruah orang. Kita balas untuk sakitkan hati orang. Dengar dan fahami lah ayat ini,Allah beri nikmat supaya kita terus beribadat kepada Allah. Allah beri nikmat supaya kita rasa lebih syukur atas segala nikmat Allah. Nikmat mana yang kita perlu dustakan? Jangan sampai Allah balas balik perbuatan kita. Kita tak payah lah nak berlagak hebat. Sedangkan yang Maha Hebat itu adalah Allah. Allah akan balas lebih ganda apa yang kita buat dekat dunia ini. Jangan main-main dengan azab Allah wahai remaja.

Sebab itu Allah suruh kita bertaubat kepadaNya. Dalam masa yang sama,Allah suruh kita meminta maaf dan memaafkan saudara kita sendiri.  Tapi sayangnya,remaja tak rasa dosa tu apa. Remaja sekarang ni tak takut dengan dosa😭malah remaja sekarang ini bangga dengan dosa yang kita lakukan😓Allahu. Bertaubat lah wahai remaja.

Wahai remaja,dalam masa yang muda ini peranan kita sebagai anak muda,kita patut jalankan perjuangan dakwah. Dakwah ini lah yang menujukan kita betapa sayangnya kita terhadap Allah dan Rasulullah. Tapi berapa ramai remaja yang melakukan dakwah? Tak ramai😓sebab apa tak ramai? Sebab remaja sekarang sibuk buat dosa daripada buat dakwah ni. Remaja tak nak langsung nak menuntut ilmu agama. Padahal ilmu agama lagi penting daripada ilmu duniawi. Sebab itu kita ni kena ada ilmu. Kalau tak ada ilmu,kita akan bagi banyak alasan.

Alasannya adalah tak pandai berdakwah. Tak pandai tu boleh belajar sahabat. Cuma kita perlu lebihkan usaha. Tapi nak dapatkan ilmu tu pula kena beradab. Sebab adab itu lebih penting daripada ilmu. Sebab itu ada pelajar ni sangat berilmu tapi dia tak hormat orang yang lebih tua.  Kalau macam tu macam mana kita nak berjaya wahai sahabat? Kalau diri sendiri tak pernah nak hormat orang.

Belajar lah ilmu agama dengan orang yang lebih arif. Tak kisah kita baik atau jahat. Kita tetap layak untuk jadi pendakwah. Akhir kata,teruskan lah perjuanganmu wahai remaja. Jangan putus asa. Jika ada orang yang tak puas hati denganmu,teruskan melangkah ke medan dakwah tanpa henti. Abaikan mereka. Ingat lah,kita mengalah bukan sebab pengecut. Tapi kita mengalah sebab akal pemikiran kita matang. Jadi lah remaja yang bijak.

Don't Be Sad Allah Is With UsTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang