Chapter 1

130 7 32
                                    

" Sorry sorry " Alarm berbunyi menunjukkan pukul enam pagi. Chaeyeong bangun lalu mencapai tuala. Dia segera ke bilik mandi.

Uniform sekolah disarungkan pada badan. Chaeyeong duduk dihadapan cermin. Rambut disikat perlahan- lahan lalu diikat gaya half up. Cermin mata bulatnya dipakai. Apabila sudah siap, dia turun ke bawah.

" Selamat pagi, mak "

" Selamat pagi, sayang " jawab Puan Park sambil memasak sarapan di dapur.

" Mak masak apa tu? " tanya Chaeyeong dalam nada yang teruja.

" Mak masak nasi goreng kegemaran kamu "

" Wah...sedapnya "

" Dah dah mari makan "

" Baik "

Chaeyeong menikmati sarapan yang dibuat oleh emaknya. Air tangan ibu memang sedap sehingga menjilat jari. Mereka hanya makan berdua. Maklumlah dalam rumah ini hanya dia dan Puan Park sahaja yang ada.

" Chae, nanti Chaerin akan pindah sini "

" Hm? Bila? "

" Minggu depan "

" Ye ke?! Chaeyang tak pindah sini sekali? "

" Tak. Chaerin sorang je "

" Kenapa? "

" Entah lah ayah kamu tu. Chaerin nanti satu sekolah dengan kamu. Jadi, kamu tengok tengokkan dia ye "

" Okay. Mak, Chae pergi sekolah dulu "

" Ye lah. Hati-hati jalan tu "

" Baik. Bye, mak "

Chaeyeong keluar dari pagar rumah. Dia memandang ke arah rumah kosong yang berada di hadapan rumahnya itu.

" Bila lah rumah ni nak ada penghuni. Seram sejuk aku tengok rumah ni " kata Chaeyeong sambil mengusap- ngusap kedua-dua lengannya.

Chaeyeong berjalan seperti hari-hari biasa. Inilah rutin hariannya setiap hari. Dia hanya berjalan kaki ke sekolah kerana jarak antara rumah dan sekolah hanya mengambil masa dua puluh minit sahaja. Alang-alang itu boleh menghirup udara segar.

Dalam perjalanan ke sekolah, dia berjumpa dengan tiga ekor anak kucing yang sangat comel.

" Selamat pagi kitty. Lapar ye. Chaeyeong ada bawa makanan ni "

Chaeyeong merupakan seorang pencinta kucing. Dia mempunyai niat untuk membela kucing di rumah tetapi emaknya tidak mengizinkan dia untuk membelanya kerana takut kucing itu akan berak merata-rata dan Puan Park juga mempunyai alahan terhadap bulu kucing. Jadi, memang tidak boleh dibela.

" Makan kenyang kenyang ye. Chaeyeong pergi sekolah dulu. Bye! "

Skip

Sampai di sekolah, suasana riuh-rendah dengan suara para pelajar.

Chaeyeong menjejakkan kaki masuk ke dalam kelas. Terlihat dua gerangan sedang rancak berbual. Semestinya kawan-kawan baiknya. Kim Sohyun dan Kang Yuri.

" Chae! " sapa Sohyun.

Kim Sohyun. Dia memang seorang yang selalu masuk air. Supporting dan juga peramah orangnya. Ramai orang takut dengannya disebabkan mulut dia yang boleh membuatkan seseorang itu terciduk.

" Selamat pagi kawan-kawan pungutku " kata Chaeyeong.

" Eh eh kurang ajar! " marah Yuri.

Kang Yuri. Dia juga sama seperti Sohyun. Masuk air juga. Mulut dia boleh tahan seperti Sohyun. Kalau mereka bergabung, memang meletop habis. Suasana mesti riuh-rendah dengan kehadiran mereka berdua.

" Hahahaha sorry. Yang lain dah sampai ke? "

" Chaemi sampai dah dengan aku tadi. Jessica...tak tahu lah dia. Dia kan selalu datang lambat. Xiaoqi tak silap aku dah sampai " balas Sohyun.

Chaeyeong hanya mengangguk.

" Chaeyeong " tegur gerangan itu.

Chaeyeong terus menoleh ke belakang.

" Oh, abang Shownu rupanya...Kenapa? "

Shownu merupakan atlet bola sepak terkenal di sekolah. Lelaki pujaan para gadis. Badannya yang sado menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Mana taknya cair. Dia mempunyai abs di badannya itu. Sangat menggoda.

" Cikgu Lee nak jumpa " kata Shownu.

" Okay. Chaeyeong pergi sekarang. Terima kasih, bang "

" Sama-sama " Shownu meninggalkan Chaeyeong.

Di bilik guru.

Tok tok

Pintu bilik guru di ketuk dengan perlahan.

" Masuk "

" Ada apa cikgu nak jumpa saya ni? "

" Ha Chaeyeong, saya ada sesuatu nak bagitahu awak. Esok kita akan ada sekumpulan pelajar baru. Jadi saya nak awak datang ke bilik mesyuarat "

" Boleh je. Tapi perlu ke saya jemput dorang dari pintu depan sekolah? "

" Tak payah. Biar saya yang jemput dorang. Awak datang ke bilik mesyuarat je dan lagi satu awak kena jalankan tugas awak macam biasa "

" Okay "

" Baiklah tu je saya nk sampaikan. Awak dah boleh balik ke kelas "

" Baiklah. Saya minta diri dulu " kata Chaeyeong dan berlalu pergi.

" Kenapa cikgu tiba-tiba nak jumpa kau? " tanya Sohyun.

" Nanti lah aku cerita waktu rehat. Sekarang kita belajar dulu "

" Ha ye lah. Janji eh? "

" Iye janji " Chaeyeong membalas.













Hi readers! Ni ikha first ff so hope korg enjoy it ^^ sorry if there's any mistake. I will try to improve it :D

My Childhood Bff [ Editing ]Where stories live. Discover now