Prolog

26 3 0
                                    

Malam yang sepi seolah-olah ingin memberikan ketakutan dan kesedihan kepada penghuni bumi. Di dalam sebuah rumah agam tiga tingkat, terdengar esakan seorang budak perempuan berusia 4 tahun dari dalam sebuah stor.

"Mama, kesian dekat adik. Bukaklah pintu tu. Mesti adik lapar." Kata si abang yang pertama.

"Mama, maafkanlah adik. Dia tak sengaja lah terpecahkan pinggan tadi." Kata si abang yang kedua.

"Mama, adik takut gelap. Kesian dekat dia duduk dalam tu sorang-sorang. Dalam gelap pulak tu." Kata si abang yang keempat.

Abang yang ketiga hanya tetap menikmati makan malam dengan adiknya yang ke 5 dan ke 7 tanpa mempedulikan ketiga-tiga adik-beradiknya yang sedang memujuk mama mereka. Padahal di dalam hati, dia turut merisaukan adiknya yang dikurung di dalam stor tanpa diberi makan. Egolah katakan.

"Cukup. Mama tak nak dengar korang bertiga suruh mama pergi bukak pintu tu. Finish your food right now. Padan muka dia. Sape suruh pecahkan pinggan mama. Mahal tau tak set pinggan mangkuk tu mama beli." Puan Qaisara tidak menghiraukan pujukan anak-anaknya itu.

"Mama, sebiji jer yang pecah. Bukannya pecah semua. Lagipun adik tak sengajalah mama." Kata si abang yang keempat.

"Mama tak kira. Kalau mama dengar korang suruh mama bukak pintu tu, korang yang mama letak dalam tu." Kata Puan Qaisara dengan nada yang berbaur ugutan.

"Mama tak tayang tatak Ai ke?" Tanya adiknya yang paling bongsu.

Puan Qaisara terdiam sejenak saat mendengar soalan yang diajukan oleh anaknya itu. Bagaimana untuk dijawab kalau hakikatnya dia sangat membenci budak perempuan itu.

"Mestilah mama sayang, korang semua kan anak-anak mama. Mama cuma bagi hukuman je dekat dia sebab dia degil." Puan Qaisara menayangkan sebuah senyuman palsu buat anaknya yang bongsu.

"Mama, kalau dia bagitau papa pasal ni, macam mana?" Tanya Cassandra yang merupakan anak yang ke 5. Cassandra sangat membenci adiknya yang ke 6 itu kerana adiknya itu sangat disayangi oleh papa dan abang-abangnya kecuali yang ke 3. Adiknya pula erk... camne nak tahu sayang ke tak dekat adiknya yang ke 6 sebab adiknya itu baru berusia 3 tahun. Sayang kot sebab diaorang kan rapat.

"Berani dia nak mengadu? Kalau dia bagitau dekat papa, mama akan pastikan dia kena lebih teruk dari ni." Kata Puan Qaisara tanpa perasaan membuatkan Cassandra tersenyum sinis.

"Mama!!!!" Jerit ketiga-tiga si abang kecuali yang ke 3.

"Huhuhu.. mama.. bukaklah pintu ni... huhuhu..." jerit seorang budak perempuan sambil menggoncang pemegang pintu itu berkali-kali. Air mata masih membasahi pipinya yang tembam itu.

Bebola mata berwarna hijau emerald kelihatan bersinar kerana dibasahi dengan air mata. Kelihatan cantik dan sangat meruntun hati sesiapa yang melihat keadaannya saat ini. Namun tidak untuk ibu kandungnya yang telah mengurungnya di stor ini.

Di tubuhnya penuh dengan kesan cubit dan pukul. Kulitnya memang cantik seputih susu dan gebu namun kecantikan itu sirna gara-gara kesan lebam dan pukulan yang dihadiahkan oleh mamanya.

Semua salahnya. Andainya tadi dia mendengar nasihat abang-abangnya untuk tidak menyentuh set pinggan mangkuk yang baru dibeli oleh mamanya, pasti semua ini tidak terjadi.

Perutnya asyik berbunyi sedari petang tadi. "Laparnya..." dia memegang perutnya sendiri sambil mula membayangkan dia sedang memakan makanan yang dimasak oleh mamanya. Sudahlah semua makanan itu adalah makanan kegemarannya.

Dilabuhkan punggungnya di atas lantai itu. Sejuk dan dingin. Itulah yang dirasakan olehnya sedari tadi. Sudahlah dia hanya memakai gaun separas paha berwarna biru muda mendedahkan bahagian atas dari dadanya. Terdapat tali pengikat di bahagian leher dan hanya sehelai sweater berwarna putih yang sedang dikenakan olehnya.

Tanpa sedar, dia terus terlena di lantai begitu sahaja meskipun banyak nyamuk sedang selesa menghisap darahnya di bahagian muka dan kakinya.

Give me your loveWhere stories live. Discover now