-38-

220 31 18
                                    

Pertarungan antara mereka sememangnya tidak dapat dielakkan lagi.Tempik pekik saling berbalas serangan dan tangkisan merajai pendengaran sementara para penyerang permukiman tersebut juga tidak mahu mengaku kalah.

Indah yang menyeret langkah sambil mengawasi gerak penanda lawan di hadapannya itu sempat mengerling Naufal yang tampaknya sedang bahu membahu di sebelah Nik.Malahan mengacu potongan kayu seperti lagak sang samurai yang menjadi kebangaan para Shogun di zaman Edo kuno.

Baru beberapa jam menjejakkan kaki ke permukiman tersebut,pemuda yang satu itu sudah mengalami kejutan tidak terduga tetapi mujur dia tampak baik-baik sahaja walaupun terbersit kerisauan dalam hati Indah apabila memandang kedua-duanya.

Walaupun Indah tahu keadaannya juga tidak berkedudukan lebih baik berbanding kedua-dua pemuda tersebut,dia sedar mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada menghadapi keadaan tersebut dengan tawakal serta kebergantungan yang tinggi kepada Yang Maha Menciptakan.

Dalam keadaan sedikit alpa begitu,kesempatan tersebut diambil oleh lawan Indah untuk melancarkan serangan ke arah gadis tersebut membuatkan tubuh Indah tersembam ke tanah.Belum sempat dia bangkit semula,sepasang tangan yang kukuh sudah mengunci lehernya dari belakang.

Jika dibandingkan dari segi saiz,Indah sudah pasti kalah kepada susuk lawannya yang jauh lebih tinggi dan kekar namun hal tersebut tidak membuatkan Indah mudah tenggelam punca.Nafas yang semakin pendek kembali diatur seraya lidahnya menggumamkan zikir yang tidak putus-putus.

Dengan sepenuh tenaga dan tidak meronta secara membuta tuli walaupun kuncian tersebut sedikit sebanyak berjaya juga membuatkan Indah kewalahan menarik nafas,kedua-dua tangannya dijangkaukan ke arah leher penyerang tersebut.

Sepenuh tenaga-ibu jari,jari telunjuk dan jari tengahnya mencengkam ruas leher penyerang tersebut dan mencengkamnya kejap seperti cengkaman helang sambil membenamkan kukunya sekuat yang dia termampu.

Falsafah dan kebijakan yang terkandung dalam gerak dan pergerakan silat bukan sekadar langkah untuk menyerang dan menangkis serangan lawan.Ada makrifat,hakikat dan sains anatomi manusia yang hanya difahami jika seseorang benar-benar menghayati setiap pergerakan.Dalam keras ada lembutnya dan dalam lembut ada pula kerasnya.

Dari segi saiz,Indah memang kalah tetapi dia tahu ada titik kelemahan yang boleh digunakan dan salah satu daripadanya ialah pada bahagian leher.Mencengkam ruas leher penyerang tersebut dengan sekuat tenaga membuahkan hasil apabila Indah merasakan cengkaman susuk berjubah hitam tersebut mendadak longgar.

Serangan Indah yang menyasarkan salur darah dan saluran pernafasan penyerang tersebut membuahkan hasil dan cengkaman yang longgar itu menjadi penanda kepada Indah untuk berbalik melancarkan serangan.Merendahkan tubuhnya sedikit,dengan tenaga yang tersisa indah melonjakkan tubuhnya ke atas tepat mengenai bingkai dagu penyerang tersebut.

Serangan mendadak gadis tersebut mengejutkan lawan dalam keadaan dia sendiri mengalami kesukaran untuk berdiri dengan betul kerana serangan yang ditumpukan ke arah lehernya itu malahan jari-jemari gadis itu menyekat aliran darah dan salur pernafasan membuatkan dia mulai goyah berdiri di atas kakinya sendiri.

Kesempatan tersebut diambil oleh Indah bagi melakukan satu sapuan ke arah kaki lawannya dengan menyelitkan kaki kanannya di antara bukaan kaki penyerang tersebut.Menegapkan kuda-kuda antara celah kaki susuk tersebut,Indah menggunakan sikunya bagi menujah rusuk lawan dan serangan serentak ke arah rusuk dan saukan ke pelipat lutut tersebut berjaya membuatkan lawannya tumbang ke belakang.

Sepantas kilat Indah berpusing dan menyudahkan serangan tersebut dengan satu tujahan penumbuk ke wajah susuk berjubah hitam itu.

Di sudut yang lain,jelas kelihatan Tun Indera-Aduka-Abu Wassim-Abu Zarr dan Tun Fatimah juga sedang menghadapi lawan tetapi pertembungan lima susuk tubuh tersebut jelas berbahaya kerana ada antara para penyerang tersebut yang mulai mengeluarkan senjata masing-masing.

SAPTA ADHYASTAWhere stories live. Discover now