(SLOW UPDATE) 'Aku hanya mahu kau saja ajarkan aku tentang cinta dengan cara kau mencintai aku.' ... LUNA THASYEANNA. Si gadis yang berpewatakan dingin. Baginya cinta tidak wujud. Cinta sejati? Cinta pun dia tak percaya apatah lagi cinta sejati. Lamaran demi lamaran ditolak olehnya. Dia sendiri melihat keruntuhan rumah tangga ibu bapanya. Sejak dari itu, dia takut untuk masuk ke alam 'fantasi cinta'. AFFAN DAMIEN LEE. Lelaki muallaf ini sungguh mendambakan kasih sayang seorang wanita yang digelar isteri. Dia merupakan yatim piatu. Hatinya mula terpaut untuk mendekati Islam kerana layanan orang Islam yang terlalu baik padanya. Insiden demi insiden yang berlaku melibatkan mereka berdua. Si gadis menuduh si teruna sebagai pembawa malang tapi si teruna menganggap itu perancangan tuhan. "Hey! Mata letak dekat lutut ke?"- Luna Thasyeanna "Mata letak lutut tak apa daripada awak tu. Mulut baru lepas celup dari longkang!"- Affan Damien Lee Kerana satu kejadian, si gadis terpaksa menerima lamaran si teruna. Dengan hati yang separuh rela si gadis terpaksa menyelami dunia si teruna. Apabila bahagia sudah mereka kecapi, datang pula badai melanda rumah tangga mereka. "Kau tinggalkan Luna atau aku sendiri yang buat Luna tinggalkan kau."- Mizal Akmal "Suami you tu bukan setia dengan you pun. Macam mana la you boleh percaya dengan suami you tu? Entah-entah dia dah murtad. You tahu apa?"- Umaira Darwina Hasutan demi hasutan dielak oleh si gadis namun si teruna 'kalah'. Affan terpaksa pergi meninggalkan isterinya. "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi."- Affan Damien Lee