*Cerpan merepek sempena Hari Raya* Puan Ariana ditimpa kemalangan - terima kasih kepada sebiji mercun - pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Jadi, Andi bersama ibunya beraya di hospital, ditemani Salleh. Pada senja pertama Hari Raya, mereka bersama-sama turun ke lobi hospital, namun terbabas ke tingkat paling bawah, selang setingkat dari tingkat lobi. Tingkat itu tingkat yang menempatkan Jabatan Forensik. Dan, mereka berdua langsung tidak menyangka apa yang dijumpai mereka di situ.