Xiumin, semua orang kenal dia siapa.. Lelaki yang kacak bergaya. Digilai ramai wanita, namun kesian lelaki ini tidak tahu apa itu cinta yamg sebenar. Dia hanya tahu, lawak lawak dan lawak. Bermain dengan kata-kata pada semua perempuan itulah caranya menghiburkan hati sendiri.. "Saya teringin nak berkahwin dengan perempuan secantik bidadari syurga seperti awak.. Nak tahu tak, hidup saya tak sempurna jika awak tiada"-Xiumin ... "Irene". Kali pertama dia memanggil nama ku, sungguh jiwa ini rasa tak tenteram. Senyuman langsung tidak lepas dari wajah ku. Terima kasih, Xiumin. .... "Jangan main-main lagi, Xiumin.. Enough"-Irene. Xiumin melepaskan nafas panjangnya. "Irene, saya tak main-main.. Please, dengar cakap saya. Saya cintakan awak"-Xiumin "Dah berapa kali, saya dengar ayat bodoh awak tu.. Hanya berjenaka tak habis-habis. Sebab awak, semua orang diperbodohkan"-Irene. Xiumin tertunduk. .... Cinta, tu apa? Xiumin diam termenung memerhatikan gambar seorang perempuan yang hanya tinggal kenangan. Dia jadi begini, kerana dia kehilangan seseorang yang dia sangat sayang. Sana. Start:30/11/2019 Start Publish:18/12/2019 End: 1/1/2020