Sambungan kisah Jasmine, Diana, Aeya dan Anna yang sudah berubah di tingkatan 4. Pengetua Srivilla High School memerlukan mereka untuk menguruskan sekolah untuk sementara waktu. Mereka bersetuju dengan pertolongan 4 pelajar lelaki yang pernah dibenci mereka dahulu. Namun, musuh mula menampilkan diri dengan pelbagai rancangan. Dicuba untuk diatasi sebaik mungkin walaupun agak sukar. Mereka hampir berputus asa namun mendapat sokongan daripada 4 pelajar lelaki yang berjaya menawan hati mereka. Musuh makin membenci apabila usaha mereka sia-sia.