°1 ST BORN° (SWEET ROMANCE) TUAN HARED WAZIR TUAN SAIFULLAH Nama itu memang sudah tertera di surat beranaknya sejak lahir lagi. Tuan Hared. Bukanlah lelaki hebat seperti mana yang diimpikan oleh setiap wanita. Dia punya rupa tetapi tiada harta. Dia hanyalah seorang kapten bola sepak yang menyakitkan hati, nakal dan pembuli! Memang sadis apabila tanpa diduga hadirnya seorang perempuan yang mampu mengkucar-kacirkan hidupnya. DIANNE ARDILLA ZAYNE Model berdarah kacukan ini terpaksa dibiarkan masuk ke dalam hidupnya. Gadis yang paling degil, dan sukar diduga. "Kenapa pula i kena turutkan apa yang you nak? I bukan kuli you, orang gaji pun bukan. Jangan ingat pangkal nama you ada Tuan means I kena tunduk pada you. Sorry sikit! Dalam mimpi pun jangan harap"_Dianne Ardilla "Aku tak minta pun kau tunduk pada aku disebabkan nama aku. Kau kena ingat satu benda. Aku selamanya suami kau dan kau patut ikut cakap aku sebagai suami. Bukannya tuan"_Tuan Hared Hidup Dianne Ardilla tidaklah semudah yang disangka. Menjadi popular bukanlah tiket kebahagiaan. Tanpa sedar, ada yang menyimpan hasrat busuk untuk melenyapkan Dianne Ardilla dari dunianya. Tuan Hared berusaha melindungi gadis itu walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri. "Dee, ikut abang. Jangan percayakan Hared. Dia bukan lelaki yang tepat untuk lindungi Dee. Dee hanya selamat dalam jagaan abang seorang. Tolonglah, kembali kepada abang..."_ Rizqi Putra "Saya merayu kepada awak, Dianne. Saya perlukan Hared di sisi saya. Dia dah janji dengan saya, dia akan jadi suami saya. Bukannya perempuan lain, termasuk awak.. Tuan Hared bukan untuk awak.."_ Natrah Naylah Mengapa semua orang begitu kejam, mahu memisahkan aku dan dia? Aku tak perlukan manusia lain untuk jadi orang ketiga dalam hidup kami. Andai perpisahan itu membahagiakan semua insan disekeliling kita, aku nak kau tahu. Diri aku lebih bahagia andai kita berdua terpisah kerana ajal. #1romance 20.8.23 #1fiction 19.9.22 #1love 21.6.22