Mengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi tragedi.Fikir mereka percutian itu bakal berjalan lancar, namun semuanya melesit sama sekali apabila bertembung pula dengan pembunuh bersiri Mereka dihurungi perasaan takut dan serba salah Takut jika turut diburu oleh pembunuh tersebut dan serba salah kerana tidak menghubungi polis Fikir mereka, semuanya terhenti disitu sahaja rupa - rupanya tidak.Mereka diterror, yang lebih menakutkan lagi adalah si penerror mengetahui segala aktiviti mereka Kehidupan mereka setelah itu berubah secara drastik.Malah salah seorang daripada kawan mereka telah dijadikan tahanan Mahu tidak mahu mereka perlu berjumpa kembali untuk merungkai teka - teki yang menghantui hidup mereka Jika mereka tersilap langkah, nyawa menjadi taruhan Tanpa disedari si penerror yang selama ini mereka cari hanya berada berdekatan.Setiap kali teka - teki mereka menemui jawapan pasti si dia datang untuk menghancurkan segalanya Adakah mereka dapat merungkai persoalan tersebut? Apakah kawannya bakal selamat? Siapa dalang disebalik terror yang berlaku? Apakah motif si 'dia' ? T/W : - Nama tempat hanyalah pinjaman dari dunia sebenar. - Nama watak pula hanyalah rekaan tidak berdasarkan mana - mana orang yang hidup dan wujud - Telah diedit semula untuk jalan cerita yang lebih baik ⚠Terkandung bahasa kesat ⚠ Action merbahaya ⚠ Tidak sesuai untuk sesetengah orang Selamat membaca