My new babies🤍💜 Start: 19 July 2022 End: Genre: Royal-Romance Sinopsis Aku Alara Surya. Panggil Lara. Aku anak tunggal dan aku bakal isteri seorang lelaki yang tak pernah aku cinta. Hidup aku hanya ada pelajaran dan masa depan yang kuinginkan. Keinginanku mungkin sederhana tapi sederhana itu bahagia. Dia Luthfan Akasyaf. Aku panggil dia Anak Elsa. Dia mungkin paling kacak di kolej itu tapi tidak bagi aku. Bolehlah kacak tapi tidak menepati cita rasa ku yang inginkan kesederhanaan. "Jadi Permaisuri Kerajaan ini!" - Luthfan. "Tak nak! Awak ingat kita tengah main catur ke?" - Alara. Bila aku tahu sebenarnya Luthfan merupakan Putera Mahkota yang bakal menggantikan bapannya, satu sahaja dalam kepala otak, lelaki itu terlalu grand untuk dijadikan suami. Beliau merupakan Putera Mahkota dan aku adalah tunang kepada Putera Mahkota. Gila! Memang gila! Daripada impian nak bina kehidupan sederhana tup tup kehidupannya selalu disoroti orang-orang lain. Segala tingkahnya bakal menjadi perbualan semua orang dikolej. Tak! Seluruh manusia yang berada di kerajaan ini. Tidak! Nantikan cerita penuh seminggu sekali.