[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubungan cinta mereka terjalin. Qaseh dan Alexo kini berhadapan dengan masalah utama dalam hubungan mereka. Perbezaan agama. Perpisahan yang tidak diingini oleh kedua pihak, kini mencetus bahaya apabila luka yang lama kembali berdarah. Kisah silam yang penuh tragis kini kembali membawa memori hitam singgah di ingatan. Dalam tidak diduga, nyawa Qaseh menjadi taruhan. "Saya nak awak jadi isteri saya."-Alexo Richard D'Russo- Namun, demi menyelamatkan satu satunya cinta kasih yang dia ada, penipuan terpaksa dia lakukan, tatkala hati belum terbuka untuk menerima Islam, dia paksakankan juga. Tanpa sedar dia lupa, mencintai seseorang biarlah kerana Allah, bukan kerana nafsu. "If I say I convert to Islam, but I don't follow what's it teachings?" -Alexo Richard D'Russo- "Bermakna awak belum sedia untuk bimbing mahupun bergelar suami pada saya. Antara awak dan Allah, saya pilih tuhan saya." -Qaseh Miranda Pattenson- Tercetuslah masalah yang lagi besar tatkala hati berbelah bahagi. Pada awal perkahwinan mungkin dia nikahi Qaseh demi keselamatannya. Tapi kini, dia nikah dan cintai Qaseh kerana Allah. Disaat mereka mula kembali kepada satu sama lain, kebenaran kisah silamnya menjadi buah mulut orang sekeliling sehingga Alexo kembali tenggelam dalam memori hitam 13 tahun lalu. Hanya demi Qaseh Miranda, dia sanggup korbankan nyawanya. Sungguh hebat cinta mereka. Cinta yang terjalin kerana kuasa-Nya yang Esa. Apakah kisah silam yang membawa mereka kembali ke dunia hitam? Mampukah mereka menjalin kasih kerana Allah? Genre: islamic, romance, action, thriller, family, sad
54 parts