Saat cintanya terputus di tengah jalan, Izara menutup pintu hatinya dan meneruskan kehidupan dengan luka yang berbekas di hati. Setahun masa yang diambil untuk pulih sehinggalah dia mengambil risiko untuk berkenalan dengan seorang jejaka tinggi lampai. "Awak berani tak?" - Faeeq Aisar "Berani apa?" - Izara Aqila "Berani ikut saya pergi kursus kahwin." - Faeeq Aisar Dari niat ingin berkawan, Izara mengambil risiko untuk bercinta untuk kali yang kedua. Semuanya indah sehinggalah saat itu tiba. "Saya trauma dengan perempuan." - Faeeq Aisar Sekali lagi Izara merasakan dirinya disia-siakan oleh lelaki tetapi Izara masih bertahan kerana rasa cinta yang tak pernah berkurang pada Aisar. Dia ikhlas ingin menjadi seseorang yang sentiasa ada untuk Aisar. "Saya boleh jadi rumah kedua untuk awak berehat." - Izara Aqila Apakah kesudahan cerita cinta mereka? Bahagia atau menderita? SHORT STORY. BASED ON TRUE STORY.
15 parts