BAB 5

11 1 0
                                    

Dua orang askar Jepun meletakkan Qarizh di atas sebuah kerusi lalu mengikat tangannya. Qarizh masih belum sedarkan diri. "Kenapa Jeneral nak budak ni?" soal Askar Jepun itu. "Budak ni tahu pasal senjata rahsia tu dan budak ni ada hubung kait dengan pembunuhan Leftenan Jeneral Daigo Nakaya." balas rakannya lalu mereka berdua keluar dari bilik tersebut.

Beberapa tahun sebelum ini, Qarizh dan Zafran pernah diminta untuk melakukan misi pembunuhan bersama dengan ejen dari Rusia. Objektifnya ialah membunuh seorang Jeneral Jepun. Ejen daripada Rusia membenarkan Qarizh untuk memilih seorang daripada 10 Jeneral Jepun untuk dibunuh. Qarizh juga yang membunuh Jeneral Jepun tersebut yang merupakan ketua untuk pasukan artileri Jepun. Pihak Kerajaan Jepun mencuba untuk cari siapa yang membunuh Jeneral tersebut. Mereka menuduh Malaysia yang melakukannya namun Malaysia dilindungi oleh Rusia dan Indonesia. Kedua-dua negara tersebut menyokong bahawa Malaysia tidak akan melakukan perbuatan sedemikian. Walaubagaimanapun kedua-dua negara ini bangga kerana mereka sudah lama ingin melakukan perbuatan tersebut namun tidak kesampaian.

Namun apabila diselidik semula, memang benar Malaysia yang melakukannya. Rusia melindungi Malaysia sekali lagi dengan berkata bahawa ejen-ejen tersebut adalah dari negara mereka. Dalam masa yang singkat kesemua negara menyalahkan Rusia namun Jepun tetap salahkan Malaysia. Jepun juga tidak menyangka bahawa Malaysia sanggup berbuat sedemikian kerana mereka jangkakan Malaysia ialah sebuah negara yang baik. Sejak itu, Kerajaan Jepun sudah tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kerajaan Malaysia.

Qarizh mula menyedarkan dirinya, dia mengerang sedikit kesakitan. "Aku...Aku kat mana ni?" soal Qarizh lalu mencuba untuk bergerak. Qarizh tersedar yang dia diikat pada kerusi tapi dia tidak panik kerana dia tahu siapa pelakunya. Qarizh melihat keseluruhan bilik tersebut, "Tak nampak macam bilik tahanan langsung." kata Qarizh. Qarizh menoleh ke kanan, dia terlihat sebuah gambar seorang Jeneral Jepun. Mata Qarizh membesar, "N-Ni bilik dia. Tapi, kemana dia pergi?" soal Qarizh. "Aku dekat belakang kau, Qarizh." tiba-tiba Jeneral Jepun itu berada di belakang Qarizh sambil bersandar pada dinding.

Jeneral Jepun itu menghampiri Qarizh dan berdiri di hadapan pemuda itu. PANG! Satu tamparan kuat mendarat di wajah Qarizh. Qarizh menatap Jeneral Jepun itu dengan penuh amarah. "Aku Leftenan Jeneral Koishi Shimizu. Selamat datang, ke pangkalan aku." ucap Leftenan Jeneral Koishi. Koishi menggenggam rambut Qarizh dengan kuat, "Beritahu aku, semua yang kau tahu pasal senjata rahsia tu." arah Leftenan Jeneral Koishi. "Aku tak tahu apa-apa pasal senjata tu." balas Qarizh tanpa rasa gerun. Leftenan Jeneral Koishi menghentakkan kepala Qarizh pada kerusi tersebut. Qarizh tertawa kecil, "Kau kena buat lebih dari ni untuk paksa aku." kata Qarizh. 

Leftenan Jeneral Koishi menanggalkan sarung tangannya lalu menumbuk dada Qarizh dengan kuat. Tersembur darah merah daripada mulut Qarizh. "Beritahu sekarang." arah Leftenan Jeneral Koishi. "Aku dah cakap yang aku tak tahu apa-apa pasal senjata rahsia tu." balas Qarizh. Leftenan Jeneral Koishi mencekik Qarizh, "Kau tipu, aku tahu yang kau sebenarnya tahu tentang senjata rahsia tu namun kau sendiri yang tidak mahu mengaku." katanya lalu melepaskan leher Qarizh. Qarizh hanya tersenyum sinis, "Kalau aku tahu sekalipun, aku tak akan beritahu kau apa-apa." katanya lalu menanduk kepala Leftenan Jeneral Koishi. Leftenan Jeneral Koishi berdecit, "Sakit tapi tak sesakit benda yang aku akan buat pada kau lepas ni." katanya.

Leftenan Jeneral Koishi mengeluarkan sebilah pisau berwarna hitam dari laci mejanya. "Apakah yang kau nak lakukan dengan pisau tu?" soal Qarizh. Dia rasa tidak sedap hati dengan tindakan Leftenan Jeneral Koishi. Koishi mencekik Qarizh tidak terlalu kuat lalu meletakkan hujung mata pisau di perut Qarizh. Qarizh menelan air liur, perit. "Kalau ini tak berjaya paksa kau untuk beritahu pasal senjata rahsia tu, aku akan buat lagi teruk daripada ini." kata Leftenan Jeneral Koishi. 

"Aku takkan beritahu kau apa-apa pun." balas Qarizh. Koishi mengukir senyuman sinis lalu menusuk perlahan pisau ke dalam perut Qarizh. Qarizh mengerutkan dahinya menahan sakit ditusuk oleh Leftenan Jeneral Koishi. Darah merah mengalir keluar dari perut Qarizh. Qarizh hendak memuntahkan darah dari mulutnya namun dia tahan sementara. Koishi yang melihat Qarizh kurang memberi reaksi, menusuk pisau tersebut lebih dalam lalu diputarkan ke kiri dan kanan sebanyak 2 kali. Tindakan Leftenan Jeneral Koishi berjaya membuatkan Qarizh memuntahkan darah yang pekat dari mulutnya.

"Sakit? Tidak mengapa, selepas yang ini akan ada banyak seksaan lain aku nak buat pada kau." kata Leftenan Jeneral Koishi lalu mencabut pisau tersebut dari perut Qarizh. Nafas Qarizh turun naik, "Lepaskan aku,Koishi." kata Qarizh. Koishi membuka ikatan kaki dan tangan Qarizh dari kerusi tersebut. Dia menarik kolar baju Qarizh lalu mendekatkan Qarizh dengan dirinya. "Kau lemah, Qarizh. Kau takkan dapat buat aku berdarah sikit pun." kata Leftenan Jeneral Koishi lalu menghentam Qarizh ke dinding. Qarizh mengerang kesakitan lalu jatuh melutut.  Koishi menghampiri Qarizh. Qarizh terlihat besi tajam lalu mengambil secara diam.

Apabila Koishi telah mendekat, Qarizh bangkit lalu menerkam Koishi. Qarizh mencuba untuk menikam Koishi namun dapat ditahan oleh Koishi. Qarizh dan Koishi menahan masing-masing daripada cederakan satu sama lain. Koishi mempunyai lebih banyak tenaga berbanding Qarizh manakala Qarizh memaksa dirinya untuk bertahan. Koishi menumbuk wajah Qarizh dengan kuat hingga menyebabkan Qarizh berundur beberapa langkah. Besi tajam itu dirampas oleh Koishi lalu membalingnya ke dinding. "Itu sahaja yang kau mampu, Qarizh?" soal Koishi. Qarizh menekap perutnya yang masih berdarah, menahan rasa pedih luka tersebut. Qarizh mendekati Koishi, dia menekap perutnya semakin kuat. Koishi menarik Qarizh masuk ke dalam dakapannya. "Aku bagi kau masa 3 hari untuk jujur pada aku berkaitan dengan senjata rahsia tu." kata Leftenan Jeneral Koishi sambil mengusap lembut rambut Qarizh. Qarizh hanya diam membatu kerana dia tidak tahu ingin berbuat apa-apa.

TAWANAN YANG DISEKSAWhere stories live. Discover now