Keesokan paginya, Qarizh membuka matanya perlahan-lahan. Dia terlihat Amir sedang menukar pembalut di kakinya dengan yang baru. Amir menatap ke arah Qarizh, "Nak aku tukarkan pembalut kau jugakah?" soal Amir sambil tersenyum. Qarizh hanya mengangguk. Amir mendekati Qarizh, "Tahan sikit ini mungkin akan rasa sedikit sakit." pesan Amir lalu membuka pembalut di lengan kiri Qarizh.
Selesai menukarkan pembalut Qarizh, Amir mengambil sedikit makanan dari dalam beg silangnya. "Nah, ambillah nanti lapar pula." kata Amir lalu menghulurkan makanannya kepada Qarizh. Qarizh mengambil makanan tersebut, "Terima kasih, Mir." ucapanya. Qarizh makan dengan penuh selera manakala Amir hanya meneguk air di dalam botol airnya. 'Aku rasa sesuatu yang tidak kena tapi apa?' kata Qarizh dalam hati lalu memandang Amir.
Selesai makan, Qarizh bangkit lalu berjalan ke arah Amir. "Amir, aku rasa ada sesuatu yang tidak kena lah." kata Qarizh. "Aku juga,Qar. Tetapi aku tidak tahu apa." balas Amir. Qarizh kembali ke tempat duduknya lalu membuka topinya. Rambut Qarizh yang sedikit perang menarik perhatian Amir. "Wah, cantik rambut!" puji Amir sambil memadamkan unggun api di hadapannya. Qarizh tertawa kecil, "Terima kasih, dulu ramai panggil aku mat Saleh sebab rambut aku ni la." jelas Qarizh.
Beberapa jam kemudian, sebuah lori membawa 20 orang anggota Tentera Jepun berhenti di tempat persembunyian mereka. Qarizh dan Amir bangkit daripada duduk sambil memegang senjata masing-masing. Separuh daripada jumlah Tentera Jepun itu mengepung mereka berdua. Qarizh menatap ke semua Tentera Jepun itu sehinggalah satu suara bergema di telinganya. "Leftenan Muhammad Qarizh Rizki, kita berjumpa lagi." kata Jeneral Jepun yang berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut.
Qarizh mengetap giginya lalu menyerang seorang tentera Jepun, diikuti oleh Amir. Qarizh melilit tangannya pada leher seorang askar Jepun lalu mengelar lehernya. Seorang lagi askar Jepun menerkam Qarizh dari belakang. Qarizh mengerang sedikit kesakitan kerana belakang tubuhnya masih belum pulih sepenuhnya. Qarizh menggenggam kolar baju askar Jepun itu lalu membalingnya ke arah besi tajam hasil daripada runtuhan bangunan tersebut. Darah mengalir dengan banyak, Qarizh hanya menatap askar Jepun yang mati tersebut dengan pandangan redup. Kemudian dia sambung berlawan dengan saki baki Tentera Jepun yang ada.
Di sisi lain, Amir perlu menghadapi askar terbaik Jepun. Amir menelan air liur sendiri, perit rasanya. "Kau, aku. Satu lawan satu." kata Amir. 'Bodoh kau Amir, kenapa kau cakap macam tu?!' katanya pada diri sendiri. Askar Jepun itu tidak membalas kata-kata Amir sebaliknya dia terus mara ke arah Amir sambil memegang pisau. Amir mengelak lalu menendang belakang askar Jepun itu. Askar Jepun itu menoleh ke arah Amir lalu berlari ke arah Amir. Askar Jepun itu menyepak kepada Amir namun sempat ditahan oleh Amir. 'Kuat juga dia ni tapi aku tak boleh kalah sekarang.' kata Amir lalu menepis kaki askar Jepun itu. Kemudian dia melayangkan kakinya ke leher askar Jepun itu namun dapat ditahan.
"Aku baca gerakan kau,Amir." kata Askar Jepun itu. Mata Amir membesar, " Apa kau cakap tadi?" soalnya. Askar Jepun itu maju dengan pantas sambil menghayunkan pisaunya ke arah Amir. Amir tak dapat mengelak dengan cukup pantas menyebabkan lengan kanannya disiat. Amir mengerutkan dahinya menahan rasa pedih di lengan kanannya. Askar Jepun itu maju kembali ke arah Amir lalu menendang perut lelaki itu. Amir cuba menahan namun tidak cukup lalu menyebabkan dia jatuh di atas timbunan kayu. Amir mengerang kesakitan. Askar Jepun itu menghampiri Amir. Dia bersedia untuk menikam Amir namun, "Cukup, jangan bunuh dia dulu. Aku nak guna budak tu." kata Jeneral Jepun.
Qarizh dibelasah oleh tiga orang askar Jepun. Dia berjaya membunuh 16 daripada 19 orang Tentera Jepun. Stamina Qarizh semakin berkurangan tapi itu tak jadi penghalang untuk dia terus melawan. Qarizh berdiri tegak sambil menggenggam erat pisau yang berlumuran darah. Dua orang askar Jepun maju ke arah Qarizh. Seorang askar Jepun ingin menikam Qarizh namun Qarizh sempat mengelak lalu menikam belakang leher askar tersebut. Seorang lagi mencekik Qarizh dari belakang menggunakan senapangnya. Qarizh struggle untuk melepaskan diri. Qarizh menyiku perut askar Jepun tersebut lalu berpaling dan menikam dada Askar Jepun itu.
Jeneral Jepun itu menepuk tangannya, "Hebat Qarizh, sungguh hebat. Tetapi kau tinggalkan kawan kau berjuang sendirian melawan askar aku daripada unit khas." Jeneral Jepun itu melirikkan matanya ke arah Amir. Qarizh menoleh lalu mengetap giginya. Amir sedang dicekik oleh Askar Jepun dari belakang menggunakan senapangnya. Amir mencuba untuk melepaskan diri namun gagal kerana staminanya sudah sampai hadnya. Qarizh memandang ke arah Jeneral Jepun itu semula, "Lepaskan kawan aku." katanya. Jeneral Jepun itu tertawa sinis, "Boleh tapi kau kena menyerah diri dahulu." katanya.
"Jangan Qar, jangan risiko kan diri kau untuk aku! Aku tak nak kau ikut diorang." jerit Amir. Askar Jepun itu menguatkan lagi cekikannya terhadap Amir. Amir kesukaran untuk bernafas. "Cukup! Kau nak aku sahaja, jadi lepaskan dia!" kata Qarizh. Jeneral Jepun itu tersenyum sinis lalu berlari ke arah Qarizh dan mencekiknya. Jeneral itu mengangkat Qarizh sehingga kakinya tidak mencecah lantai. "Aku nak kau tengok apa yang aku akan buat kejap lagi." kata Jeneral Jepun itu lalu melepaskan genggamannya daripada leher Qarizh dan menendang pemuda itu. Belakang Qarizh terhentak pada dinding lalu jatuh meniarap.
Jeneral Jepun itu memberi isyarat supaya Amir dibawa ke hadapannya. Askar Jepun itu menolak Amir jatuh melutut di hadapannya. Amir menatap Jeneral Jepun itu sambil mengetap giginya. Qarizh mengangkat wajahnya, Jeneral Jepun itu tersenyum sinis lalu mengelar leher Amir. Mata Qarizh membesar, "A-Amir?... Kau memang tak ada hati perut!" jerit Qarizh. "Buang mayat budak ni." arah Jeneral itu. Jeneral Jepun itu menghampiri Qarizh, "Sekarang, tak ada sesiapa yang boleh tolong kau." katanya. Dia memaksa Qarizh untuk berdiri lalu menolak pemuda itu ke dinding. "Haritu, kau dah cederakan aku. Jadi sekarang aku yang cederakan kau." kata Jeneral Jepun itu.
Jeneral Jepun menumbuk perut Qarizh bertubi-tubi. Qarizh batuk, terlihat cairan berwarna merah keluar daripada mulutnya. Jeneral Jepun itu berhenti lalu mencekik Qarizh dengan kuat. Qarizh mencuba untuk melepaskan dirinya namun dia gagal. Setelah melihat Qarizh semakin lemah, Jeneral Jepun itu melepaskan leher Qarizh. Qarizh jatuh dan tidak sedarkan diri. "Bawa dia, aku akan jumpa dia di pangkalan." arah Jeneral Jepun itu sebelum melangkah menjauh daripada Qarizh.
YOU ARE READING
TAWANAN YANG DISEKSA
Mistério / SuspenseKisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklum...