Koishi mencengkam rambut Qarizh dengan kuat lalu mendongakkan kepala Qarizh menghadapnya. "Dah puas ke belum?" soal Koishi. Qarizh tidak menjawab, dia menendang perut Koishi dekat seluruh kudrat yang ada pada dirinya. Tubuh Koishi menghentam dinding di belakangnya. Koishi mengukir senyuman sinis, dia mengeluarkan sebilah pisau dari poketnya lalu membalingnya ke arah Qarizh.
Qarizh tidak dapat mengelak, akhirnya pisau tersebut kena pada bawah jantung. 'S-Sikit lagi tadi. K-Kalau dia baling tepat tadi memang mati aku.' kata Qarizh dalam hati sambil menahan rasa sakit tikaman itu. Koishi menghampiri Qarizh, "Kau bertuah sebab aku tak sasarkan jantung kau. Kalau tak kau dah mati tadi." kata Koishi lalu mencabut pisau tersebut dengan kuat. Darah memancut keluar selepas Koishi mencabut pisau itu. Qarizh menekap perutnya dengan kedua-dua belah tangan. "K-Kau memang tak ada h-hati perut, Koishi." ucap Qarizh menahan sakit.
Koishi tertawa sinis, "Ya, memang aku tak ada hati perut. Pandang aku Qarizh." balas Koishi. Qarizh menatap Koishi dengan tatapan kosong. Mata Koishi sedikit membesar, 'Dia ada... Warna mata yang sama dengan aku...' kata Koishi dalam hati. Koishi menghentam kepala Qarizh pada bucu meja. Qarizh mengerang kesakitan lalu menyentuh kepalanya. Darah merah mengalir keluar darpada kepalanya.
Koishi berjalan ke arah mejanya lalu menyarung semula sarung tangannya. "Kau duduk sini diam-diam. Aku nak keluar, ingat kalau kau cuba larikan diri kau tahu akibatnya." kata Koishi lalu keluar dari bilik tersebut. Qarizh menyandarkan badannya semula pada dinding, "Kalau aku lari pun takde guna kalau dia dah seksa aku sampai macam ni." katanya sambil menekap perutnya. Qarizh mencapai sebatang kayu yang digunakan oleh Koishi untuk memukulnya lalu membaling kayu tersebut pada rak buku di hadapannya.
Sebuah buku jatuh dihadapan Qarizh, lalu dia mengambil buku tersebut. "Lifetime: Nur Qaireen Radhwa" tajuk buku tersebut. Mata Qarizh membesar, 'M-Mama?' ucapnya dalam hati lalu menyorokkan buku tersebut dibelakang sebuah rak besi di sebelahnya. 'Ada peluang nanti baru aku baca.' katanya. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka, dua orang lelaki masuk ke dalam bilik tersebut. Qarizh menoleh ke arah kedua-dua lelaki itu, "Zayyan? Affaz?" teka Qarizh. Zayyan memandang ke arah sumber suara tersebut, "Qarizh!" jerit Zayyan lalu mendekati Qarizh begitu juga dengan Affaz.
"Ya Allah, kenapa sampai macam ni Qarizh?" soal Zayyan panik melihat rakannya berlumuran darah. "Jeneral tadi yang buat kau macam ni, betul tak?" teka Affaz. Qarizh mengangguk. "Tak guna!" Affaz bingkas bangun lalu berlari menuju ke pintu namun Zayyan menahannya. "Af, sabar kalau kau bunuh jeneral tu pun kawan kau ni takkan dapat keluar dengan selamat." Zayyan mengingatkan Affaz. "Zay, tengok apa yang mamat tu dah buat dekat Qarizh! Mujur Qarizh ni kuat walaupun dia dah tak ada family." kata Affaz. "Kau silap, Af. Aku masih ada kau dan Zayyan. Kita bertiga kawan, selagi korang masih ada aku akan tetap bertahan." Qarizh membetulkan apa yang dikatakan oleh Affaz sebentar tadi.
"Kau nak air Qarizh?" soal Zayyan. Qarizh mengangguk perlahan. Zayyan mendekati Qarizh lalu mengeluarkan sebotol air mineral dan membukanya lalu menghulurkannya kepada Qarizh. Qarizh meneguk hampir setengah botol air mineral itu lalu memberikannya semula kepada Zayyan. "Aku yang risau tengok kau macam ni, Qarizh." kata Affaz. Qarizh tertawa kecil, "Jangan risau sangat pasal aku, cuma terus berdoa kepada Allah supaya aku masih mampu tahan semua ni." kata Qarizh.
Hampir 20 minit berlalu, "Aku rasa baik korang pergi sekarang." kata Qarizh. Affaz dan Zayyan terkejut, "Kenapa?" soal mereka berdua. "Kejap lagi dia datang balik, jadi lebih baik korang pergi." balas Qarizh. Affaz sebenarnya tidak mahu pergi dari situ namun jika Qarizh sudah berkata begitu, dia tiada pilihan lain. Zayyan ingin melangkah namun Qarizh memegang seluarnya, "Ambil kertas yang ada darah aku atas meja tu. Kertas tu ada kod rahsia diorang yang aku dah pecahkan." kata Qarizh lalu melepaskan genggamannya pada seluar Zayyan.
Zayyan mengambil kertas tersebut lalu melangkah ke arah pintu. "Jaga diri kau, Qarizh." pesan Zayyan. Qarizh mengangguk. "Cepat Zayyan, itu jeneralnya." kata Affaz. Zayyan dengan cepat keluar lalu menutup pintu tersebut. "Hati-hati korang..." kata Qarizh perlahan. Tiba-tiba pintu bilik tersebut ditendang kuat oleh Koishi. "Wah, wah, nampaknya ada yang bawa masuk pengintip dalam pangkalan aku." kata Koishi dengan nada sindiran.
"Apa yang kau cuba maksudkan, Koishi?" soal Qarizh. "Kau dah berani cabar aku ya, Qarizh. Baiklah sekarang kau bagi tahu aku pasal dua orang yang baru keluar dari bilik ni tadi atau kau nak bagi tahu pasal senjata rahsia tu. Pilihan kat tangan kau, Qarizh." kata Koishi sambil mengacukan pistolnya pada bahu kanan Qarizh. Qarizh mengetap giginya, "Aku takkan bagi tahu kau apa-apa, Koishi. Kalau kau fikir aku akan takut untuk hadap apa yang kau buat pada aku selama ini, kau silap." balas Qarizh tanpa rasa gentar.
Koishi melepaskan tembakan pada bahu kanan Qarizh. Qarizh menjerit kesakitan, darah mengalir keluar dengan deras. "Aku tak pernah fikir yang kau akan takut dengan apa yang aku buat. Aku seronok bila dapat seksa orang macam kau." kata Koishi lalu mencekik Qarizh. "Kalau aku nak kau mati, aku akan pastikan yang kau mati depan kawan-kawan kau." sambung Koishi lagi lalu melepaskan leher Qarizh. Qarizh mengetap giginya menahan rasa sakit pada bahunya.
YOU ARE READING
TAWANAN YANG DISEKSA
Gizem / GerilimKisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklum...