Keesokan harinya, Qarizh berjaya keluar dari hutan walaupun dia tercedera. Qarizh berjalan secara senyap dan sembunyi-sembunyi agara tidak ditangkap oleh Tentera Jepun berdekatan. Qarizh masuk ke dalam semak-samun lalu membuka baju lorengnya dan memasukkannya ke dalam beg. Hanya tersisa tshirt berwarna hitam yang sedang dia pakai. Qarizh keluar dari semak-samun itu lalu meneruskan perjalanannya.
"Jepun dah letupkan tempat ni. Sekarang ni mesti aku berada di Selangor." bisik Qarizh lalu berlari untuk menambah kelajuannya. Qarizh tidak memikirkan apa-apa selain keselamatan penduduk negerinya. Qarizh berasal dari Meru,Klang, Selangor. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Nur Qazrina Raisya. Qazrina sekarang sedang belajar di SMK Meru dan berada di tingkatan 4. Malangnya, sekolah tersebut di bom. Qazrina menjadi penyelamat kepada rakan-rakannya dengan membawa mereka keluar dari kawasan sekolah. Namun, Qazrina menjadi mangsa pengeboman tersebut.
Qarizh sewaktu menerima berita tersebut, dia sedang bertempur dengan Tentera Jepun di Ipoh, Perak. Qarizh kini hanya tinggal sebatang kara. Ibu bapa Qarizh telah meninggal dunia sejak Qarizh berusia 15 tahun. Qarizh benar-benar terpukul selepas mendengar berita kematian adiknya itu. Qarizh tidak tahu harus kemana.Hendak berlari lebih jauh dia tidak mampu kerana dirinya sendiri telah cedera.
Setelah beberapa jam berlari, Qarizh tiba di Meru. Qarizh berjalan sambil melihat keadaan Pekan Meru yang hampir musnah dibom oleh Jepun. Tiba-tiba seorang lelaki menerkam Qarizh dari belakang. Qarizh mengerang kesakitan apabila dia tersembam ke tanah. "Apa yang kau nak lagi Jepun?!" jerit lelaki itu. "Woi kau kenapa? Aku askar Malaysia la!" balas Qarizh. Lelaki itu bangun daripada Qarizh, begitu juga dengan Qarizh. "Qarizh?" soal lelaki itu. Qarizh mengangguk. "Amir?" soal Qarizh. Amir mengangguk.
Amir membantu Qarizh untuk berdiri. "Macam mana kau boleh terselamat daripada Tentera Jepun?" soal Amir sambil berjalan disamping Qarizh. "Zafran." balas Qarizh singkat. Amir tidak mahu bertanya tentang Zafran sebab dia tahu Qarizh pasti tidak selesa untuk menjawabnya. "Aku masih belum selamat, Amir. Jeneral Jepun masih mencuba untuk tangkap aku hidup-hidup." kata Qarizh. "Jadi, apakah yang kau mahu lakukan?" soal Amir. Qarizh menepuk bahu Amir menyuruh sahabatnya itu untuk mengikutinya.
Beberapa minit kemudian, Qarizh dan Amir tiba di sebuah bangunan yang telah diletupkan oleh Tentera Jepun. Qarizh mengangkat beberapa bongkah batu bata lalu meletakkannya di tepi. Terlihat sebuah terowong kecil yang menuju ke dalam bangunan tersebut. "Jom masuk." ajak Qarizh lalu merangkak masuk ke dalam terowong itu. Amir mengikuti dari belakang. Keluar sahaja mereka dari terowong tersebut, Qarizh menutup terowong itu dengan kain hitam. "Besar jugak tempat ni." kata Amir.
"Mulai sekarang kita akan bersembunyi di sini." kata Qarizh lalu menoleh ke arah Amir. Amir mengangguk lalu mendekati Qarizh. "Kalau Jepun serbu tempat ni macam mana?" soal Amir. "Kalau diorang serbu pun, diorang cuma mahukan aku. Jadi kau tak perlu risau, kau sembunyi je dekat timbunan batu tu." balas Qarizh lalu menunjuk timbunan batu yang akan digunakan oleh Amir untuk menyorok. "Habis kau?" soal Amir lagi. "Aku dah cakap pada kau yang diorang nak aku. Jadi kalau diorang nak aku, diorang kena usaha untuk dapatkan aku." balas Qarizh.
Beberapa jam telah berlalu, Qarizh sedang baring di atas sebuah kotak besar manakala Amir sedang mengasah pisaunya. Qarizh mencampak pisaunya ke sebuah bongkah batu yang agak besar lalu menghela nafas panjang. Qarizh bangkit lalu turun dari kotak besar tersebut "Aku nak keluar sekejap." katanya. Amir menoleh ke arah Qarizh, "Hati-hati, kalau ada apa-apa jerit tau." pesannya. Qarizh mengangguk lalu merangkak keluar dari tempat persembunyian mereka.
Di luar, Qarizh berjalan ke arah sekolah menengah yang telah diletupkan oleh Jepun. Qarizh membersihkan habuk di papan tanda sekolah itu, "Sekolah Menengah Kebangsaan Meru..." kata-katanya terhenti seketika. "Banyak kenangan aku kat sini. Malangnya, sekolah ni yang jadi sasaran. Apakah salah guru-guru dan para pelajar di sini? Kenapa mereka yang menjadi mangsa kekejaman Jepun ini?" soal Qarizh bertalu-talu. Rasa sedih dan kecewa sedang menguasai dirinya. Qarizh melangkah masuk ke kawasan sekolah tersebut. Dia keliling, naik dan masuk ke dalam semua blok sekolah tersebut. Namun apabila dia masuk ke dalam pejabat sekolah tersebut dia ternampak kelibat seseorang.
Qarizh mengangkat senapang M16-nya bersedia untuk menembak. Lelaki tersebut hanya kelihatan matanya sahaja manakala tubuhnya dilitupi dengan seragam berwarna hijau gelap. Mata Qarizh tidak diam, dia berusaha untuk mencari apa-apa yang mampu dirujuk pada lelaki itu. Qarizh ternampak lambang disebalik jaket yang dipakai oleh lelaki itu, 'Tak guna, Tentera Jepun.' kata Qarizh dalam hati. Tentera Jepun itu melangkah mendekati Qarizh lalu menendang senapang M16 Qarizh. Qarizh melihat senapangnya telah jatuh ke tingkat bawah lalu memandang Tentera Jepun di hadapannya.
Qarizh menumbuk dada Tentera Jepun tersebut lalu menyepak kaki kanan Tentera Jepun itu. Tentera Jepun itu membaling bom asap untuk mengaburi pandangan Qarizh. Qarizh tidak nampak apa-apa. Tiba-tiba satu tangan mencengkam leher Qarizh lalu mengangkat pemuda itu. Asap mula menghilang, terlihat Tentera Jepun tadi yang sedang mencekiknya sekarang ini. Tangan kiri Qarizh mencengkam tangan Tentera Jepun itu sambil mengerang sedikit kesakitan. Tentera Jepun itu sudah tidak memakai topeng muka lagi apabila dia mengangkat wajahnya, mata Qarizh membesar. "K-Kau?" kata Qarizh. Jeneral Jepun itu tertawa besar, "Ya, ini aku Qarizh. Akhirnya kita dapat juga bertemu secara bersemuka walaupun dalam keadaan begini." kata Jeneral Jepun itu.
YOU ARE READING
TAWANAN YANG DISEKSA
Mistério / SuspenseKisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklum...